:: follow me :: tq so much be my follower ::

Friday, December 17, 2010

matahari dah keluar..alhamdulillah

selamat pagi jumaat.. pagi ni baru nampak matahari.. macam semalam langsung matahari takde.. rindu kat matahari.. takde matahari alamatnye tak kering la baju-baju.. kan susah tu.. hikhik.. bosan betul duk membela badan kat rumah ni.. tak sabar rasa nak balik kampung.. dah hampir 4 bulan tak balik kampung.. sebab tu family kat kampung rindu kat aku.. hikhik, ke aku yang rindu kat diorang?? dua-dua kot..

tetiba teringat lagu sungai lui aizat nyanyi tu.. terpikir-pikir mana letaknya sungai lui ni?? wujud ke tak? atau hanya dalam lagu.. so. aku pun google.. memang wujud lah sungai lui ni.. aku klik sini.


Kampung Sungai Lui terletak di tepi Sungai Lui yang bercantum dengan Sungai Langat . Kampung Sungai Lui terletak di mukim Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Penduduk kampung ini orang Melayu keturunan Kerinchi atau Kurinchi yang pindah dari Sumatra , Indonesia sekitar tahun 1800 yang lalu.

Penduduk di sini banyak mengusahakan dusun buah-buahan seperti durian, langsat, rambai dan tampoi. Ada juga yang menanam rambutan dan pisang . Tidak ada pula kelapa sawit . Beberapa keping papan tanda menunjukan mereka ingin menjual tanah . Dato' Yusuf Haslam mendirikan sebuah rumah di sini dengan papan tanda Casa d' Haslam.


layan lagu aizat jap.. lama pun takpe.. suka sangat dengar lagu ni..



Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini


p/s : lepas ni aizat buat lah lagu bukit payong pulak.. kampung aku tu.. hehe..

2 comments: