:: follow me :: tq so much be my follower ::

Monday, May 9, 2011

destinasi ke 4..

haish..
baru je lepas bayar separuh daripada yuran MGK sekolah.. so, balancenya akan dibayar bila ada duit lebih pulak.. hehe.. lega sekejap.. kalau tak, nak pandang muka cikgu tu pun segan, sebab yuran tak dibayar lagi..

sebab nak bayar yuran MGK lah aku turun dari rumah seawal jam 7 pagi dengan tekad nak ambik duit..

first destination - bsn
memang nak ambik rm50 je untuk belanja memandangkan gaji masuk dalam bsn..

second destination - cimb (dekat je, tak sampai 500m dari bsn)
nak ambik rm60 untuk bayar MGK tu lah.. sampai-sampai out of service.. bengang.. motif tak nak ambik kat bsn tadi.. sebab sayang rm1..kuikui

kena u-turn pulak

third destination - shell (maybank)
isi minyak terus lah.. dahla salah park, ingatkan tangki minyak belah kanan.. rupanya kiri maa..
nasib baik pam attendant tu baik hati suruh aku ke depan.. thank u bang..
okey, memang malang nasib.. tak dapat nak kuarkan rm60 ikut atm maybank.. resit je kuar.. bengang dah..

kena u-turn lagi

fourth destination
bsn balik (setelah jam menunjukkan pukul 7.17 pagi)
takpelah tolak rm1 pun.. asalkan dapat ambik rm60.. berjaya.. tapi susah hati sebab takut punch card merah..

7.24 pagi.. yeah, punch card tak sempat merah setelah aku agak memecut dan membebel kerana bmw kat depan adalah macam kurak-kurak..


No comments:

Post a Comment