:: follow me :: tq so much be my follower ::

Thursday, August 4, 2011

nak diy veil sendiri lah..

dh 4 ogos.. maknanya dah 4 ramadhan jugak.. hati dah mula risau sebab persiapan untuk majlis pertunangan aku belum lagi siap sepenuhnya..niat di hati nak guna polisterin je semua sebagai tapak hantaran kecuali kek dengan kuih.. yang ni letak dalam bekas siap-siap la..

sabtu ni aku ingat nak settlekan beli semua barang.. tu pun kalau sempatlah.. dan yang paling aku teruja nak beli kain net untuk diy veil.. hehehe.. tak tau lah jadi ke tak.. harap-harap jadilah kan?? dah banyak jugak aku buat research...

berkenan dengan satu veil ni..


Link
credit to faradiba

cantik kan veil yang faradiba buat..

senang je nak buat dia, takde lah susah sangat.. baca memang senang, tapi dah buat aku pun tak tau senang ke susah... yang penting kena cukup bahan..

aku rasa aku nak beli kain net dalam 1 meter je kot.. cukupla tu, aku tak nak buat veil yang panjang-panjang..pakai kebaya je pun, bukan pakai gaun.. lace yang nak letak kat tepi-tepi tu tak payah beli dah.. dah ada kain lebihan kat rumah...so, jimat...

lepas aku research, dah dapat gambaran macam mana nak buat dah..

- potong kain net tu bentuk bulat.. nak buat bentuk lain boleh jugak aku rasa..ikut selera masing-masing.. selera aku bulat..
-lepas tu kelim la sikit bahagian tepi tu bila dah siap gunting.. bagi kemas...
-sekarang, border lace... kena potong corak pada border lace tu ikut kreativiti...
- jahitlah kat tepi-tepi veil kita tu..
- dan siap...

nanti dah siap, aku post kat sini okey... kalau jadi lah.. kalau tak jadi, takde la post kat sini..

beruntung aku dapat kakak seorang tukang jahit... suruh je la dia gunting.. smooth la sikit dari aku yang gunting... bergerigi lah jawabnya..

p/s : nak buat warna putih je.. kot-kot nanti boleh pakai masa akad nikah pulak..hehehe


No comments:

Post a Comment