salam isnin.. khamis lepas genap 20 weeks aku pregnant.. means dah 5 bulan.. ahad lepas scan for 19 weeks but doctor cakap my baby head kecil 1 week dari tarikh aku pregnant.. EDB pun dah berubah..risau yang teramat rasanya.. harap-harap takde pape.. maybe sebab my period memang tak teratur.. masa mula-mula tau dah macam-macam aku fikir kat dalam kepala ni.. last-last mengadu kat suami.. dia cakap, kita doa banyak-banyak, moga semua selamat..
haish, bila teringat suami terus rasa nak menangis.. best kan bila suami ada di sisi.. dapat menumpang suka duka.. takdelah aku kena drive ulang alik paka-marang-paka.. semalam hampir 4 jam aku drive.. dari rumah ke gong badak, ke paka.. gila ar.. harap baby sihat je.. baby faham kan kerja mama?? abah takde kat sini.. jadi terpaksalah mama berdikari.. walaupun siap kena urut kaki lepas drive.. bidan cakap urat aku tegang, sebab tu sakit je.. maklumlah kereta manual.. kena tekan clucth kuat-kuat..
tapi kena kuatkan semangat demi baby...setiap malam mama cakap dengan baby, bagitau abah jauh.. jadi tak boleh nakal-nakal.. kena baik-baik je.. alhamdulillah, baby okey.. bila malam, punyala aktif.. suka..
semua akan ok..insyaallah...
ReplyDelete