:: follow me :: tq so much be my follower ::

Thursday, August 1, 2013

raya tahun ini

salam khamis..
aku memang likes hari khamis sebab balik awal dan hari last kerja of the week.. hehe.. bulan puasa ni pukul 3 petang dah boleh balik.. pukul 4 petang dah boleh sampai rumah.. ehem, petang ni makan ketam la kita.. hehe.. ari ni dah bape hari puasa ek?? 23 kan?? tapi aku dah tinggal puasa 2 hari gara-gara kekurangan air.. sampai nak pitam dan kebas-kebas tangan.. dr nasihatkan tak payah puasa.. tapi alhamdulillah, lepas tu aku sihat sampai sekarang.. lagi 5 hari nak due aku... cuak jugak kan??

semalam terfikir nak beli jugak baju raya.. nak jugak pakai sedondon dengan suami.. sian pulak dia nanti, pakai baju melayu maroon sorang-sorang.. jadi weekend ni jon kita shopping baju pregnant mak buyung ni... sempat ke tak sempat pakai, kemudian kira.. yang penting tetap kena ada baju raya.. dulu beria tak nak, sekarang beria nak.. hehe.. kalau baby dah kuar sebelum raya pun kena pakaikan dia baju maroon jugak.. hehe..  tapi belum ada pun lagi.. pakai baju tido dah la baby ek?? dah ada rasanya warna maroon..

persiapan raya untuk suami belum complete pun lagi.. baju melayu dah siap, jeans tak terbeli lagi.. tak tau la dia nak beli ke tak.. t-shirt berkolar dah beli sehelai.. nanti nak mintak dia beli sandal satu.. baru hensem sikit pakai dengan baju raya.. tak gitu.. tak kisah isteri ni tak raya asalkan suami mesti raya.. mesti kemas..

duit raya?? dah disediakan untuk adik-adik, anak-anak buah dan sepupu sepapat juga anak-anak kawan.. tapi angpau takde lah.. sape nak bagi angpau free kat aku ek?? ke kena beli jugak 2 3 bungkus..

cuti raya?? aku dah bercadang nak cuti raya 7 ogos, sehari lepas due.. tu pun kalau tak bersalin lagi dengan 11 ogos.. doakan aku bersalin ikut due tau.. tak pun selepas hari raya.. leh makan best-best dulu.. hehe.. oklah, sambung kerja pulak..


No comments:

Post a Comment