:: follow me :: tq so much be my follower ::

Monday, October 31, 2011

jelmaan ke??

dua tiga hari lepas.. ada ular sebesar ibu jari tangan aku kot.. duk melingkar kat kabinet dapur rumah aku yang kat tingkat 3 tu.. pelik jugak.. macam mana ular ni boleh naik sampai ke atas.. naik tangga kot.. maybe lah.. takkan dia panjat dinding kot.. tapi kejap je ular tu kat situ, 2 3 minit lepas tu lepas aku masuk bilik kejap terus hilang.. pelik jugak aku.. entah-entah dia dah masuk dalam laci kabinet dapur tu.. harap-harap dia dah keluar lah..

entah macam mana, dah riuh satu sekolah ular masuk rumah aku... rasanya aku cerita kat orang yang rapat dengan aku je.. biasa lah, cerita lebih cepat dari berita.. hehehe..owh, bukan tu aku nak cerita sebenarnya.. nak cerita apa yang sorang cikgu lelaki ni bagitau aku semalam..

dia cakap, sebelum pukul ular tu..( sebaik-baiknya dipukul dengan buluh nak bagi ular tu cepat mati ) tanya dulu 3 kali..

kau ni ular ke tak?? kalau bukan ular, pergi dari sini..

kau ni ular ke tak?? kalau bukan ular, pergi dari sini..

kau ni ular ke tak?? kalau bukan ular, pergi dari sini..

kalau dia tak lari tu, memang dia seekor ular.. kalau tak mungkin dia tu jelmaan..

naik bulu roma aku masa dia cerita.. aish.. harap-harap ular tu dah takde lah.. jangan dia buat dapur tu tempat tinggal dia dah lah.. kan nanti nampak lagi sekali dah besar.. minttak jauh..


Sunday, October 30, 2011

so gurlish

so gurlish..


berat badan naik wooo.. sebab tu kena pakai skirt.. jeans semuanya dah ketat-ketat macam nak balut nangka..

lagi satu sebab dah nak jadi bini orang, kena lah jadi perempuan sejati sikit.. huahua..


dan dia tetap sayang aku.. hehe.. kan?? si janggut?? janggut dah panjang..

p/s : hati-hati kalau ke klang nanti tau..heart you..


Sunday, October 23, 2011

warnanya merah hitam


nikon coolpix s2500

alhamdulillah syukur.. akhirnya aku dapat jugak memiliki kamera sendiri... walaupun sekadar kamera biasa, tapi aku amat-amat sayang padanya.. thank you pada mr tunang, sanggup melayan aku yang banyak songeh ni.. okey, ni kamera sharing is loving dengan mr tunang.. nama je kongsi tapi macam aku punya.. kihkih..

with love

Friday, October 21, 2011

tak sempat

tak sempat nak update belog dah..
bizi..
jumaat pun kena kerja..

Sunday, October 9, 2011

apa salahnya cakap sepatah..

selamat pagi ahad.. minggu ni minggu paling bizi kot bagi aku.. sebab isnin sampai khamis, aku tak kan berada di workplace aku ni.. aku akan ke bengkel... rasa best dah.. sebab bengkel starat 8.30 sampai tak tau.. hehe... suke suke sebab boleh rileks2, tak payah la berebut dengan budak sekolah nak masuk sekolah dah.. dan boleh masak mehun goreng ke, cekodok ke, paling tidak makan biskut cicah air tea o.. memang shedap..

owh, aku bengan sebenarnya sekarang ni.. haish, tak suka orang guna barang aku tanpa pengetahuan aku.. yark.. apehal macam tu ek?? walaupun masa tu aku takde, apa salahnya bila aku dah ada bagitau aku sepatah.. takdelah aku bengkek sangat.. ni tak, main taram je.. bikin panas je..

lagi satu cerita, aku dah nak resign jadi part time kerani dah.. serius penat yang amat tau.. rasa macam hari cuti aku takde je.. ape tak nya, keje je.. insyaallah, lepas ni ada rezeki untuk aku kawin.. yeeehuuu.. dah bagitau ma nak kawin bulan 6.. ma cakap okey je.. ma tak kisah cuma cukupkah duit aku masa tu?? hehehe.. tu yang masalah.. mr tunang, kita usaha sama-sama okey..

p/s : bengang... yang dasyat.. tu yang rasa nak marah orang je termasuklah mr tunang.. sowiii..

Wednesday, October 5, 2011

wordless wednesday...jeli kelapa muda

yummy...
macam nak beli lagi je hari ni.


jom ke koperasi cari jeli kelapa muda yang superbb ni..


Tuesday, October 4, 2011

giant, kuala terengganu


giant, kuala terengganu

takde idea... tempek gambar je lah..


Monday, October 3, 2011

honeymoon kat labuan??

insyaallah, kalau takde aral melintang.. mr tunang akan berangkat ke labuan awal tahun depan.. mencari rezeki untuk perkahwinan kami.. ahaks.. okey, tak best okey.. bila dah ke labuan memanglah jauh di mata.. tapi harap-harap akan sentiasa dekat dihati kami.. belum tentu balik 2 bulan sekali.. maybe 6 bulan sekali.. arghhh, giler lah..

so, mr tunang cakap nanti honeymoon kat labuan lah memandangkan (maybe lah) time kitorang diijabkabulkan ( ayat sedap) nanti, dia memang tengah bertugas mencari rezeki kat sana lagi.. jadi aku dah bagitau dia siap-siap.. pastikan cuti kawin nanti lama-lama.. tapi perancangan awalnya, nak honeymoon kat cameron jer sebelum honeymoon kat labuan pulak.. wahh, dasyat kan perancangan kitorang.. tapi kita hanya merancang, tuhan yang tentukan..

kejap nak google, cantik ke tak pulau-pulau kat labuan.. abang, kita g pulau yerk?? sebab aku suka laut.. sejuk je mata memandang..



p/s : breakfast dengan pop corn dan karipap karipap cinta kering saja hari ni..