:: follow me :: tq so much be my follower ::

Wednesday, March 31, 2010

teratak puteri punye give away..

aku baru je bukak blog aku ni..tengok2 update kawan2 aku a.k.a my roomate semuanya.




ni semua tentang give away yang dianjurkan oleh teratak puteri ..sempena hari lahir tuan punya blog, puan che wan aisyah yang ke 41.
okey..biar aku cerita sikit r..

  • contest ni berakhir pada 31 mac 2010
  • pemenang akan diumumkan pada 1 april 2010 and anak tuan punya blog ni Puteri Qareshah sendiri yang akan memilih pemenang dengan cabutan bertuah..
  • ade 5 orang yang akan menang sebab ada 5 jenis hadiah..hadiah semuanya cantik2 belaka..
  • owh lupa nak cakap..sape2 je ley join..yang dah jadi follower ley joined..yang tak jadi follower pun ley joined jugak and jadilah folllower teratak puteri..
  • last sekali korang kena bagi komen kat entri ni..jangan komen kat shoutbox..tuan rumah tak layan okey..

**harap aku bertuah la..hehehhe



al-fatihah

al-fatihah untuk arwah afif asyraf..
air mata ni keluar tak henti2 bila baca entri tentang arwah kat blog kakak arwah (nadya)..
baru aku sedar..bila seseorang dijemput Allah..itu yang dinamakan kehilangan yang hakiki dan abadi..hanya doa mengiringi setiap perjalanan mereka di sana..

jangan kita tangisi setiap perpisahan di dunia ini..semua ini hanya sementara..(dedicated untuk diri aku sendiri)

a message from somebody

somebody : saya cuma tak nak kehilangan awak je..
me : yup la..ser tak kan hilang k..kalau hilang pun ser jumpa Allah je..

**aku redha dengan setiap dugaan yang dah jadi kat aku..insyaallah, aku kuat untuk semua tu..Allah bagi kita dugaan sebab Allah tau, kita mampu buat..

aku yg tabah

tiba2 aku terpanggil untuk tulis entri tentang pengalaman kerja..
aku ade 1 je pengalaman kerja sebab sampai sekarang aku tak kerja2 lagi..hahha..dah meningkat umur pun tak kerja lagi..(bukan tua okey, cume umur je meningkat)..sepanjang hidup aku ni, baru sekali aku ada majikan maksudnya aku pernah bekerja la tu kan..hehhe..kalau tak silap aku, masa tu tahun 2007..lepas abeskan degree aku..bulan bape aku tak ingat la kn??tapi sebelum konvo..uisshh..gile tul..

nak tau ape nama majikan aku yang pertama tak??n apa position aku kat citu??owh...

employer : cubic electronic
position : operator pengeluaran

hehhe,,gempak tak position aku tu..kalau tak silap aku, 3 bulan kot aku kerja kat situ..n sempatla carik duit sikit untuk raya..tapi mak aku memang marah gila aku keje kat situ..sebab berat badan aku yang dulunya 47 kg susut sampai 43 kg..tapi aku suka la sebab aku kurus..tapi mak aku cakap aku menyeksa diri.hehhe..ye kot..masa aku keje tu, OT memang banyak gila tapi gaji aku tetap tak sampai 700 pun..huahua..sadis betul la..OT pulak kena paksa..gile kan?tiap2 hari aku keje 12 jam..dah la nak g toilet susah..masa rehat ciput je..

kadang2 aku rasa menyesal sangat la keje kat situ.tapi aku memang dah keje dah..tu semua kan pengalaman..kat kilang tu, tugas aku mula2 pasang skru..guna machine..bila aku tercalarkan sikit, mula la aku kena marah..ish..bila kena marah mula la aku rasa nak maki balik..yela, aku bukan tak pandai, dah ada degree mase tu, tapi jadi operator..kalau jadi technician okey lagi kan??tiba2 aku rasa dijadikan hamba abdi pulak..(eh aku bukan kutuk sape2 k, aku juz cite pengalaman aku je)

masa ni la aku nak rasa g keje naik van kilang..penat seyh..pagi2 kul 5.30 dah kena bangun, tunggu pulak van tu datang..kadang2 bersempit2 dalam van tu..duduk kat tempat keras tu..kat atas enjin kot..sakit2 bontot aku ni ha..tapi rezeki aku halal tau..aku kerja keras sampai kurus aku..masa keje kat kilang ni, langsung takde life aku rasa..pagi2 belum pun matahari kuar, aku dah sampai kilang dah..karang dah takde matahari baru sampai rumah..pastu satu hari tido..bangun tido g keje pulak..owh..sangatlah ngeri okey..

tapi aku tabik spring la kat mak cik-mak cik yang tak jemu2 kerja kat kilang..maybe itu je pendapatan untuk keluarga diorang..nak sara anak2 diorang..aku bukan menghina orang kerja kilang k..aku cuma juz cakap tentang diri aku je..tapi kalau ada yang terasa, aku mintak maafla..

korang tau ape motip aku tak nak balik kampung lepas abes degree??
sebab aku tak nak jauh2 dengan boypren aku yang dulu2..hahaha..dan kesimpulannya sekarang, aku single and available..

kenapa aku suka letak gambar yang takde kaitan??hehehe..sebab itu dah hobi aku...korang bace ayat tu macam nyanyi lagu bangau oh bangau k..part ular cakap..itu makanan aku

Tuesday, March 30, 2010

safi rania gold

rase macam nak tukar produk je..
sebelum ni aku pakai produk yang bercampur2..hahha
aku pakai sabun muka sendayu tinggi..krim pulak, krim safi yang hijau tu..
dah memang sah2 aku campur produk kan?
toner aku tak pakai..pelembap pun aku tak pakai jugak..tu yang aku tiba2 rasa gatal nak tukar produk ni..lagi2 aku punya sabun sendayu tinggi dah abes..tapi aku tak nak la pakai produk yang mahal2..tak mampu la..aku ingat nak pakai safi rania la..nak jugak pakai safi kan??sebab aku dah lama pakai safi, so aku nak pakai safi jugak la sekarang..ape pendapat korang tentang SAFI RANIA GOLD...



aku google2 kat google tadi..ada 1 set jugak safi rania gold ni..tak macam safi hijau yang aku guna tu..toner pun takde..aku dah jumpa apa yang ada untuk safi rania gold ni..ermm..tapi kalau aku beli 1 set berapa ye??macam mahal je..

eh aku dah jumpa la harga dia..aku letak kat sini la..tapi aku tak tau la betul ke tak harga ni..dah beli nanti baru tau kot..kalau harga ni salah, bukan salah aku k..salah reference aku la..hikhik..aku just berkongsi je..

gel pembersih wajah safi rania gold = RM14.40
pembersih wajah safi rania gold = RM14.40
krim kecantikan safi rania gold = RM 10.50
krim pelembap malam safi rania gold = RM25.90
krim pelembap siang SPF 20++ = RM 22.90
toner safi rania gold = RM14.40
skrub wajah safi rania gold = RM14.40

aku rase ada lagi produk yang aku tak senaraikan ni, tapi takpela..ambik yang penting untuk aku je la dulu..hahhaha..
aku dah kena bajet duit nak beli ni..tapi aku tak beli semua la..yang penting2 sudah..
hehe..banyak juga ni..bajet RM100 je..yang aku bold je la aku nak beli..yang lain tak perlu lagi kot..

sape2 yang pernah guna safi rania ni, bagila komen2 sikit..ok ke tak ke??sebab aku baru nak try ni..

selamat hari lahir my mum

30 mac 2010
selamat hari lahir mak aku yang aku panggil ma..
ma,
selamat hari lahir yang ke 54 tahun..
dah celebrate birthday ma baru2 ni..hehhe, sambut siap2 sementara adik beradik aku semua ada kat umh..
ermm..sebijik kek telah dibeli untuk ma..
dan juga sepasang sutera digital untuk ma..
ape2 pun, semoga mak aku akan dimurahkan rezeki dan panjang umur..
terima kasih atas segala pengorbanan mu menjaga kami semua..

**masa birthday ayah bulan lepas, tak celebrate sebab ayah tak duduk sekali dengan kitorang..bukan pilih kasih okey.. hanya yang faham memahami situasi ini..

Monday, March 29, 2010

tak betoi dah aku..

aku tak suka perasaan ni..
dah melampaui batas2 dah perasaan benci aku ni..
TAPI
benci-benci jugak..
sayang tu tetap tak ley nak hilang..
kan senang kalau perasaan sayang tu boleh di sapu dengan penyapu..
lagi senang kalau perasaan sayang tu juz hilang bila aku baca mentera skit2..
tapi hakikatnya tak la..
kena ada masa yang agak panjang nak hapuskan perasaan sayang tu..
gila tul la..
kalau tau susah macam ni, aku tak nak pun bercinta..
kalau tau susah macam ni, aku tak nak pun kenal dengan insan yang nama lelaki..
eh..tapi tak kan aku tak nak kawin kan??
ermm..
yang pastinya sekarang..
aku kena buat perasaan sayang tu pupus..
ada sape2 tak nak tolong aku ni?
tolong bagi idea skit..
aku dah sedikit tak betol dah sekarang..
kalau tak betol macam mana nak abeskan master ni..
TOLONG-TOLONG..

melompat2

iguana.
tapi aku panggil binatang tu dengan nama ' pok ke angguk'..ahahha..pelik ke??aku rase kalau orang terengganu mesti biasa dengan panggilan tu..ke aku sorang je yang panggil??ermm..tadi masa otw nak datang lab ni banyak betul aku nampak 'pok ke angguk' ni..ade yang dah mati terkangkang sampai kuar isi perut..ada jugak yang duk kat line putih tengah2 jalan..(nak mati jugak ke?)tapi walaupun 'pok ke angguk' ni duk kt tengah jalan n jauh dari aku yang tengah merempit ni, aku tetap takoot..

huhu..sebabnya, masa aku kecik2 kawan2 aku cakap, kalau 'pok ke angguk' ni melompat kat atas rambut kita, boley jadi botak woo..lagi satu aku memang sangat takoot dengan binatang yang boleh melompat2 ni..termasuklah katak..katak apa??'katak pisang'..tu yang aku panggil..katak ni kurus kering okey..dulu masa bilik baru aku tak siap lagi kat rumah ayah, selalu sangat ada 'katak pisang' ni la..ape yang dia nak pun aku tak tau..ngeri okey..mana tak nya, tengah aku duk golek2 kat atas katil..tiba2 aku terpandang mata dia kat celah2 pintu..huaaa..terusla aku berlari carik ayah aku..and ayah aku pun memainkan la peranan nya sebagai ayah..sian ayah aku, kena layan anak dia ni..

sampai sekarang pun kalau aku balik rumah ayah aku, aku pastikan akan aku cari kot2 ada..aishh.aku sangat berhati2 bab2 'katak pisang ni'..geli2..tapi sekarang 'katak pisang' dah tak datang lagi dah..aku ley tido dengan aman.ko pupus pun takpe la katak..aku tak sanggup dah nak jumpa ko lagi..

Sunday, March 28, 2010

boleh ke macam ni hari2..

mukaddimah haruslah diletak muka aku.hahha

jangan bosan kalau nampak muka ini lagi lepas ni..(kalau bosan pun aku tak kisah, yang penting aku tak bosan)
.
yezzaa..ari ni baru ada masa nak cerita kat sini..hehhe..sambungan cerita yang aku penat2 semalam..bukan aku sorang je yang penat2..termasuklah cik adah n cik d..hehhe..muahaha..bukan senang okey nak buat kerja2 yang tak berfaedah macam ni..time2 weekend je boleh dibuat..sebab kampus ini sunyi..ditambah pulak dengan budak2 pasca semua dah balik..so, tinggallah kitorang bertiga..hehhe..ape lagi, terus la kitorang membuat kerja yang aku agak excited..ambik gambar..tq to cik d, sebab mengsponsorkan kamera nya yang cun itu..dan hasilnya, semua2 orang yang ada dalam gambar itu dah jadi cun secunnya..(perasan ke?lantakla..yang penting haruslah memuji diri sendiri)..

jalan2 start dari lab pasca sampai la ke bangunan fakulti..hehhe..sangat gembira..see..kalau cantik cakap je la cantik..kalau tak cantik pun cakap cantik jugakla...hahha..ambik la hati penulis blog ini dan juga kawan2 nya yang juga penulis blog..hehhe...penat membebel....


*

*

*


menyengih dan menyenyum untuk adah


ahahaha..senyum untuk kamera..


kami @ lab pasca siswazah


self timer...yang dicuba banyak2 kali...tapi lastly, sangat berhasil..


love this piccas so much..


haruslah gambar last, si penulis blog ini...

**thanks to adah n d..make me happy all the time yesterday..hope the happiness will return every day..

aku sudah sedikit sebanyak lupa tentang kelukaan di hati ini..alhamdulillah..

Saturday, March 27, 2010

penat


penatnye duk gelak-gelak..
duk melompat-lompat..
duk feeling sorang-sorang..
duk feeling bertiga-tiga..
haha..
yang penting kitorang happy..
air oh air..
cik kiah, aku cilok air mineral ko 1 cawan...
hehhehe..
ape yang kitorang buat??

3 hari

yezzzaaa...aku dah jejakkan kaki aku di lab pasca siswazah..
motor aku telah jejakkan tayar nya kat tempat parking utem..fakulti fkekk..
ape motif aku tulis semua ni?
maknanya, aku dah keluar dari kepompong DT461..haha

3 hari aku berkurung dalam tu..
3 hari jugak makanan takde dalam perut..
3 hari jugak air mata aku ni keluar tak henti2..
3 hari jugak aku tak buat ape2 keje melainkan baring2 sambil sedih2..

bodoh pulak rasa..ikut sangat emosi..dah la ser..sekarang kena hepi..kena habiskan master..
tengok, adam pun dah bagi aku 2 kali besta..cayalah my niece yang hensem..bagi semangat kat cik yah dia ni..


dan2 pulak aku jumpa gambar adam ni..and aku tempek la kat cni..

Friday, March 26, 2010

susahnya lah..

hari2 yang aku lalui sekarang terasa kosong sangat..ahhh..kenapa perasaan rindu itu tiba2 datang di pagi2 jumaat ini?kenapa susah sangat nak ilangkan segalanya??sakit aku ni dah membuatkan aku terleka dengan emosi aku sendiri..apa2 rutin harian yang patut aku lakukan tertangguh begitu sahaja..sehari pun tak pernah aku jejak lab pasca siswazah minggu ni..kenapa ni ser??janganlah dikenang lagi orang yang tak pernah mengenang diri mu..

semalam, aku dapat kata2 semangat dari seorang kawan baik aku, rozaila...aku kongsi dengan korang semua k..

siapakah orang yang manis senyumannya?
orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, " Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun," lalu sambil berkata.." Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini, " sambil mengukir senyuman..

sedikit sebanyak kata2 ini memberi aku semangat..memberi aku satu kekuatan untuk teruskan hidup ini tanpa dia..untuk seseorang yang baru aku kenali, yang selalu menenangkan aku di pagi2 hari saat aku tak boleh nak lelapkan mata..berjuta terima kasih aku ucapkan..yes, i admitted it..u always make me smile..tak perlu aku mentionkan nama dia di sini..cuma segala kata2 nasihat dan semangat yang diberikan sangat aku hargai..

aku rindu nak jumpa kak syita..akak yang selalu ada disamping aku..tempat aku menangis dan bila aku menangis, akak akan menangis sekali..untuk housemate2 aku, adah, zack dengan d..aku hepi bila bersama dengan korang..boleh hilangkan sedikit kesedihan aku..yup, aku gelak2 tapi hati aku menangis..untuk semua kawan2 aku yang banyak berikan aku kata2 semangat, tq for everything..

**akhirnya, air mata ini gugur lagi...

Thursday, March 25, 2010

pergi

tak perlu rasanya aku huraikan apa dah jadi kat aku..yup..hubungan aku dengan dia dah putus..kerana apa??..biarlah aku sahaja yang tau..aku bersyukur sangat2 kerana aku mengenali dia dalam masa yang singkat sahaja.. 9 bulan..aku perempuan yang sangat lemah..aku akur dengan setiap kehendak dia..aku tak pernah membantah..tapi sabar aku ada batasnya..bukan aku menyesali satu pertemuan, tetapi aku menyesali diri aku yang terlalu mudah simpati kat orang lain..sampai satu saat, aku jugak yang diperbodohkan..seolah2 aku ini patung yang bernyawa..terima kasih untuk si dia, kerana pernah memberi harapan dan kasih sayang untuk aku sebelum ni..cuma satu aku harap..jangan sesekali mengulangi apa yang dia dah buat kat aku..okey, sekarang mungkin dia bahagia..dan aku juga perlukan kebahagiaan itu..tapi bukan dengan dia..mungkin ada insan yang akan menyanyangi aku seperti mana aku akan menyayangi dirinya..

shuuhh..pergi jauh2 dari diri aku..jangan sesekali tunjukkan muka lagi..

game over

its over..the game is over..
setelah sekian lamanya aku bersabar.. akhirnya pagi ini, aku mendapat kekuatan itu..
aku sudah bebas..
bukan aku tak sayang, bukan aku tak cinta..
tapi dia yang memaksa aku membuat semua ini..
terima kasih untuk segalanya..

free

i'm free..
aku gembira ke??
aku sedih ke?
yang pastinya, dia bukan tercipta untuk aku..
aku hanya mahukan ketenangan hati di saat ni..
mungkin ada hikmatnya Allah pisahkan aku dari dia..
aku percaya..kebahagiaan itu akn datang jua..

Wednesday, March 24, 2010

its complicated..
sape nak tolong aku??

top ke?

see..first time dapat award..tq ye cik adah bagi aku award ni..muahha..tiba2 rase dihargai..hahha..poyo gile ayat aku kn??

tapi aku tak tau nak bagi kat sape award ni la..jap..
bagi kat:
  1. ena
  2. mawar
  3. haha..tak tau dah..sebab semua dah dh tag..kih kih..
Ape yang perlu korang buat ialah :(aku copy je ayat adah ni)
  • Thanks & link to the person that gave you award..
  • Past this award onto 12 blogger's you've recently discovered and think are fantastic..
  • Contact and let them know they've won the award.

ini bukan klik2 dpt RM100 k..

aku nak buat ape yer kalau dapat RM100??


nampak tak duit kat atas tu??replika duit la..bkn duit..kalau duit, dah lama kaya orang yang baca entri aku ni..hehhe..ermm..sebenarnya..ni contest yang dianjurkan oleh seorang jejaka ini.. tak susah pun nak join contest ni..senang je..korang cuma juz cerita apa yang korang akan buat kalau dapat duit RM100..ermm,,senang bukan?bukan sorg je yang dapat hadiah..ade 5 orang yang akan dapat hadiah duit..best tu..aku nak cuba jugak ni..kot2 ada rezeki kan??



ini cerita aku
kalau aku dapat duit RM100 tu..aku nak bayar duit pelancongan aku..tak faham??sebenarnya family aku telah berpakat untuk buat 1 tabung..tabung pelancongan..alhamdulillah, tahun lepas family aku dah berjaya menggunakan duit yang kitorang kumpul tu dengan holiday di pulau kapas..


pulau kapas yang telah dilawati..(gambar sekadar hiasan)

so, tabung tu akan terus berjalan sehingga hari ini dan insyaallah selama-lamanya..kalau aku dapat RM100 tu kan, aku nak bayar la duit pelancongan tu..setiap bulan aku kena bayar RM15 je sebab aku tak kawin lagi..kalau dah kawin kena bayar RM25..hehe..kalau dapat RM100 ni, dah dapat bayar untuk 6 bulan lebih..aku tambah lagi RM5 terus dapat bayar untuk 7 bulan. okey tu kan??takde la asyik tertangguh2 lagi..terus settle untuk tahun ni...sangat best la kan??harap lepas ni family aku boleh g holiday cameron pulak..mak aku teringin sangat nak ke sana..oh RM100...

** first tau tentang contest ni bila baca blog cik kiah pg td...tq cik kiah..

scholarship..

pagi ni aku begitu sibuk la..sibuk kenapa??aku ditugaskan untuk mengisi borang scholarship untuk adik aku ni..dia beria2 suruh aku isi..sekarang baru aku tau, macam2 biasiswa ada..yela, dulu2 result aku tak berapa nak flying colors gitu..so, macam tak layak la nak apply benda2 ni..adik aku suruh aku apply untuk dia biasiswa sime darby, shell dengan khazanah..tapi aku tak siap lagi isi ni..malas la nak mengarang ni..


gambar2 di atas adalah hiasan semata2...

korang2 kalau nak apply biasiswa, klik je kat sini..siap dateline sekali..macam2 biasiswa ada..1 malaysia punya biasiswa pun ada..okla, aku nak menyambung isi form ni..

Tuesday, March 23, 2010

tak makan

gile la..
aku boleh tak makan ape2 ari ni..
pagi tadi aku juz minum secawan air masak..
walaupun aku lapar gila sejak dalam bas..
malam ni, ingat nak makan biskut dengan air..
tapi tak tau la lalu ke tak makan..
adeishh..
ape dah jadi pada aku ni?
aku je yang tau..
oh..tidak...
baru kejap tadi aku minum air masak..
rasa tersekat kat dada aku ni..
pedih gila..
sebab aku tak makan ke??
sangat tak suka dengan keadaan yang begini..

kampung time..

balik kg time..hehhe..lame betul aku menghabiskan cuti di kala musim tak cuti ini..mentang2 duen tak de..aku pun mentakdekan diri aku jugak la kat lab tu..keji betul la anak murid ni kan..konon nak study kat rumah, tapi sikit je aku sentuh..hehhe...biasa la kan, kalau dah namanye balik kg takde nya aku nak sentuh kerja2 aku dengan banyaknya..kali ni je aku agak rajin..time rajin aku mestilah masa si darwish tido..kalau tak, aku duk layan dia je la..kecik2 pun dah pandai nak suruh orang cakap dengan dia..baby zaman moden la katakan..


darwish tido pg2..

ermm..aku rase setiap kali balik kg, mesti ade sambutan hari lahir..kali ni buat birthday party untuk emak aku dan juga adik aku yang paling kecik..birthday emak aku sepatutnya 30 mac tapi diawalakn n birthday adik aku pulak 7 februari tapi dah terlewat..mula2 rancang nak buat birthday emak aku je, tapi mak aku pulak merancang nak buat birthday adik aku yang kecik..hehhe..tergelak2 kitorang..dengan rancangan yang bertindih2..tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..


kek untuk ma


kek untuk azie

MENU MALAM TU
  • mee rebus rozak..
  • sate ayam
  • honey dew
  • tembikai
  • kek 2 bijik (1 untuk azie, 1 untuk ma)
  • air masak je..(semua malas nak buat air)
masuk cite yang tak sepatutnya pulak kat sini..nak tergelak pulak aku..nak tau kenapa??tengok kat bawah ni k?


abaikan handset buruk itu..nak elakkan dari terbang sebenarnya..

pelik tapi benar..tu tiket bas aku yang telah dikoyak, sebab driver bas dah ambik lagi separuh tu..huhu..kertas A4 biasa je dia printkan tiket aku..hahha...abg aku cakap, printer rosak..dah takde dah warna merah putih untuk tikat MARA LINER..ade putih je semata...nasib baik dh nk datang melaka baru beli tiket, kalau tak confirm dah hancur..hehhe..

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

habuk

dah berhabuk sudah blog aku ni..lame dah tak update..sebab balik kampung..muahhaha..klah, lain kali aku cerita..emosi unstable..

Thursday, March 11, 2010

ape kes dengan aku?

ngantuk pulak dah..tapi kalau masuk bilik sekarang confirm aku tak leh nak tido..macam semalam jugak la..mata dah tak leh nak bukak, tapi bila baring atas tilam aku yang indah tu mata ni tak leh nak pejam pulak..walaupun ditemani seekor teddy bear pinky, dua bantal bulat2 panjang..1 tigger, 1 lagi patrick..1 bantal untuk tido, 1 bantal untuk diletakkan kat bawah kaki, 1 bantal bentuk love dan juga selimut aku yang sangat wangi itu...hahha..tapi tak leh jugak nak tido..kih kih..

aisshh..esok kena bangun awal2 pagi..kena tunggu bas salira pagi2 buta sebab nak g melaka sentral..kul 10 pagi dah naik bas balik terengganu darul iman..dah lama tak bangun awal ni..yela, beberapa hari ni kan aku period, so takde la nak bangun subuh2..tapi esok kena paksa diri bangun jugak la..aku dah siap set kat handset aku dah..kot2 tak terbangun, melepasla aku nak balik kampung kan??oohh mata aku..ngantuknya..

duit atau body??

hari ni bangun agak awal..tapi awal ke?bangun pukul 8 lebih pun awal ke??haha..kenapa aku bangun awal?sebab nya hari ni aku nak belanja z n adah breakfast kt mcD..macam orang2 kaya je aku ni..padahal bukan belanja pun..kebetulan hari tu aku dapat baucer breakfast free kat mcD..ada 3 baucer..so aku ajakla z n adah join sekali..ermm..lokasi mcD yang kitorang pilih mestilah yang paling dekat dengan utem..mcD depan zoo melaka..

ermm..memang betul2 free la..hanya tambah 3.80 untuk kopi untuk 3 orang..gile kenyang..sampai ke petang..ye ke??tak la, aku dah melantak keporok lekor 3 batang/kerat...(betul ke?belasah je la) dengan sirap bandung dah..sebab haus sangat hari ni..tapi bolehla tahan kenyangnya breakfast kt mcD ni kan?


ini lah breakfast kitorang pagi tadi..ade telur sebijik, daging , cheese..mau tak kenyang kan??pastu tambah kopi secawan..inilah namanya nikmat dunia..hahha

(gambar ihsan dari en google sahaja, sebab saya miskin..handset pun takde kamera apetah lagi nak ada SLR)

last mesej..tak boleh la hari2 nak makan kat mcD...susut la duit kat cimb aku kalau hari2 demand je nak makan kat mcD..kalau aku ni anak datuk takpe jugak..duit susut 1 hal, lagi 1 hal..berat aku yang elok2 dah maintain ni mau mencecah ke angka 50 pulak kan??hehehe.aku kat lab ni, tapi sempat lagi merapu..bosan weh ngadap buku hari2..

Wednesday, March 10, 2010

darwish

diyauddin darwish bin mohd suhardi..
aku tak tau la betul ke tak ejaan nama anak buah aku tu..tak pernah tengok surat beranak dia, so aku tak tau la kan?kalau salah pun, aku mintak maaf la kat abg aku, abg di dan juga kakak iparku kak na..hehhe..btw, aku macam pelik je bila nama anak buah aku ni di bin kan dengan nama abang aku..

layan je la gambar darwish ni yer..bape bulan ek??dia lahir 12.12.2009...dalam 3 bulan kot..



ade rupa aku tak?


mata , mulut or hidung macam aku?



apehal nak macam aku pulak kan??tapi ade kot kecomelan nya sikit2 macam aku..hahaha..aku nak perasan sikit la..walaupun kenyataanya tak comel langsung...ape2 pon..ni dia si comel darwish..




100

hahaha..baru 100 orang yang datang melawat..
orang lain dah berjuta..hehe..tapi takpe la..suka2 je berblogger..
sebenarnya baru je letak benda alah tu..dalam seminggu kot..hehe..wat sedapkan hati ke ser?..eh, tak la betul.memang baru letak..dari tahun lepas ada blog tapi aku membarukan nya tahun ni..baru je..sebab aku tak suka dengan yang lama..dengan entri2 sekali aku delete..

oppss..aku dah dapat tiket balik kampung.jumaat ni..12 mac 2010..pukul 10 pagi..bas mara liner..aku tak suka naik bas pagi2 sebenarnya, sebab sangatla bosan okey..dengan tak leh nak tido..lepas tu masa perjalanan mesti lama sangat..tapi nak buat macam mana, sape suruh lambat carik tiket kan?padan dengan muka ko ser..tapi, ape pon..aku akan balik jugak..time kasih untuk cik dalila misman..

**nak g toilet.jom2.

ade ke takde?


darwish

elaun masuk = elaun keluar..
hahha..sungguh aku tak reti nak berjimat-cermat..kuang2..
ahh..jangan pikir pasal duit okey?pikir duit, sampai bila pun hidup tak kan aman..ermm..betul kan?
yesss..aku nak balik kampung minggu ni..semalam jah mesej tanya boleh balik tak minggu ni?aku mula2 pikir dekat sejuta kali jugak la kan??last2 aku buat keputusan.AKU NAK BALIK..tapi tiket ada lagi ke?last2 minit baru nak carik tiket..hope ada la kan??

btw, aku dah mngirimkan tiket aku kepada d..alang2 dia nak g melaka sentral kan??so, keputusan dia?karangla aku bagitau ada ke tak tiket tu..tapi harap sangat ada la..tiba2 teringin sangat2 nak balik bila jah cerita pasal baby darwish...my youngest members in my family..terbayang-bayang dia cenyum2..dia merengek2..dia nangis2..iya, aku rindu..lagipun, nak celebrate birthday my mum sekali..kebetulan cuti sekolah, so semua ada kat rumah la..kecuali adik aku nor yang tak ley balik..dia tengah bizi dengan final exam kot..

korang doakan tiket aku ada ye??aku ingat nak cuti seminggu..sebab duen cuti jugak..tapi kena siapkan kerja dulu sebelum balik kampung..

Tuesday, March 9, 2010

oh lelaki (gatal)

tadi masa aku duk mengadap lappy ni, ade la sorang mamat tu tegur aku kat ym..kalau tak silap aku dah lama aku ada ID dia ni tapi tak tau dari mana..sebelum ni tak pernah pulak dia tegur aku..biasa la, dulu2 main add je sape2 pun..beginner la katakan..excited terlebih kan?ID si mamat ni thepassword..tp d tu diganti dengan huruf s ..pastu nama dia ala2 mat saleh gitu..perasan lebih kan??(sila abaikan sape2 yang add korang guna id ni)

mula2 elok je sembang dengan aku..lepas tu dia tnya macam ni..

gs: " u ni open minded tak"

aku : " eh, jangan cakap benda tak elok ok?"

gs :"ok"

aku :"ok"

lepas tu aku terus delete mamat ni..gatal nak mampus..aku memang tau dah taktik2 lelaki yang gatal2 ni, sebab pernah dah kena sebelum ni..kalau dah tanya open minded la, ape la..confirm la nk melucah-lucah bagai..bencik aku..eh lelaki,kalau dah gatal sangat, kawin je la..tiba2 aku geram tak tentu pasal..


kosong

setiap hari..
setiap masa..
setiap ketika..
mata aku hanya di situ..
tapi
kosong..
tak pernah ada..
sekian lamanya aku tunggu..
dan
sampai saat ini..
aku masih menunggu..
mengharapkan sesuatu..
bilakah masa itu..
mungkinkah
hingga akhir hayat..
aku akan terus menunggu..
NOKTAH

kenapa susah?

kenapa aku susah nak paham?aku makan banyak kepala ikan ke?atau pun aku banyak makan semut ke??ermm..nak salahkan makanan pulak kan?padahal diri sendiri sememangnya sudah lambat paham..bukan lembap okey, cuba lambat je nak paham..hehehe..masuk lab pagi ni dengan penuh bersemangat untuk berdiscuss dengan duen..sebab nya..semalam penat tunggu dia..bizi je dia..so, pagi2 ini aku mencurik sedikit masa dia, kejap je..dalam 10 minit je kot..campur tolak diganggu oleh telefon duen yang berbunyi n also mr imran yang tiba2 datang menyampuk.hehhe..nasib baik aku tengah discuss kan??
okies..DONE..i'm know what i must do know..

"carik diversity gain",carik ke??or fahamkan??ermm..dua2 akan aku buat..

selalu je salah faham..itulah aku..hehe..sampai bila nak faham yang tak silap entah..tapi aku akan berusaha untuk menamatkan perjuangan ini..semangat ser...yang penting aku kena rajin. tu je pokok untuk segala nya..haha..betul ke ayat tu??kasi belasah saja..

shawl contest

first time aku nak try masuk contest ni..cuba2 je..kalau berjaya alhamdulillah, kalau tak berjaya lain kali cuba lagi..heeee...ini dia


ini dia term and conditions untuk contest ini..

  • mestilah ade blog
  • jadi follower untuk blog shoppaholicshawl and kena letakkan sticky mode kat atas ni kat side bar blog korang.
  • upload pic korang 1@2 keping sahaja-mestilah picture yang pakai shawl..letak yang paling cun dan menarik..
  • kalau korang nak cerita pasal blog shoppaholic ok gak, kalau tak nak buat pon xpe :)
  • lastly hantar email = name, no hp and url blog anda kat shoppaholicshawl@yahoo.com dgn subjek "contest"
Tarikh tutup : atas permintaan ramai dilanjutkan sehingga 15/03/2010


Hadiah-hadiah untuk pemenang
- hadiah disediakan untuk first, second and third place and 2 hadiah untuk saguhati

-1= sehelai kain pasang dan akn mendapat sehelai shawl ribbon

-2= sehelai kain pasang dah sehelai shawl corak

-3= 3 helai shawl corak

saguhati
- 2 helai shawl corak

dan ini gambar yang aku pertaruhkan untuk contest ini...




Monday, March 8, 2010

my mum

hari wanita...duk jalan2 dari blog ke blog terbaca blog zakiah yang duk cerita tentang mak dia..tiba2 teringat kat mak aku yang aku panggil ma..ermm..sedih pulak bila teringat kat ma..umur mak aku dah 54 tahun..alhamdulillah, dia masih lagi sihat..walaupun jodoh mak dengan ayah aku tak sampai akhir hayat, tapi alhamdulillah, dia mampu teruskan hidup sebagai ibu tunggal..mak dengan ayah aku berpisah masa aku masih di tahun 1 di utem..entahla apa perasaan aku masa tu..macam blur2 je..

n now, alhamdulillah dengan izin Allah dia hidup dengan aman damai walaupun tanpa kehadiran suami di sisi..mak aku tak kerja...dia ajar mengaji kat rumah..kadang2 pagi, petang, malam..dia buat semua tu dengan ikhlas..malam2, pagi2 dia pergi surau tapi aku malas nak ikut kalau dia ajak..aku jahat..dia baik sangat..tapi aku yang degil..aku susah sangat nak dengar cakap dia..ermm..tapi lepas tu mesti aku menyesal kalau buat benda yang dia tak suka..itu aku..bukan mak aku..

sedih la..meleleh air mata aku tulis entri ni..teringat kat mak aku..aku tau, aku bukanlah anak yang baik..kadang2 aku melawan cakap mak aku...ingat ser "syurga tu kat bawah kaki ibu"..insyaallah, aku akan sentiasa menjaga mak aku..tapi sekarang aku jauh, hanya doa je yang mampu aku titipkan untuk mak aku..semoga mak aku sentiasa sihat dan panjang umur..



my mum dengan my sister,nor


dedicated to my mum..
aku rasa aku tak kan menjadi setabah dirimu..yang mampu mengharungi hidup ini tanpa kehadiran seorang suami..hanya anak2, menantu2 dan juga cucu2 yang menjadi kegembiraan buat dirimu sekarang..i'm proud of you my mum..u're the best mum forever..i love u..

Sunday, March 7, 2010

blurrr

"sumtimes
i wish dat i be in his place...
besides u
but i cant..."

"sumtimes i wish u were mine
so sorry"

" if i could swap my places with him"

"in my mind.. does she love me like u .... love ur beloved 1"


**aku cerita lain kali okey..tak dapat berfikir dengan baik..mata kabur dengan air mata..stop.

work place @ study place?

my work place..tp boleh ke my work place??sebab aku tak kerja lagi..jadi aku bagi nama my study place..hehhe..suka2 aku je kan? takde idea nak menglipurlara kan, juz aku nak bagitau apa yang ada kat my study place...hohoo..poyo gile kn??tapi a.a.k (ada aku kisah)?apa benda yang ada ye??
  1. my pc la..boleh ke kata tu hak milik aku?hehe..boleh la jadi milik aku sekejap kan?hehe..memang sangat best pc aku ni..dengan monitor yang besar gabak..dah macam tengok tv dah..hahha..ada macam2 benda kat dalam tu..ada yang berkaitan dengan study aku n ada jugak yang takde kaitan langsung..hahha..biasa la kan??hiburan tu perlu ade untuk menceriakan diri..
  2. kerusi ..aku ada dua kerusi kat cni..satu yang agak lembut n satu lagi yang keras gile..yang keras gila tu adalah tempat aku letak sweater aku @ lab kot aku..lagi satu kerusi keras tu akan jadi kerusi pelawat2 aku..hahha..sape ye yang biasa duk situ??abg zizi + adah + d + ungge..yang tu je yg selalu duduk situ..oppsss..lg sorg, kak syita..tapi sebab dia cuti bersalin, jd dh lama dia tak singgah kat kerusi tu..ermm,kerusi lembut pulak mestila tempat aku duduk 1 hari kat lab tu..hehhe..gigih okey aku berusaha..selagi tak gelap, selagi tu duk atas tu..hehhe..
  3. buku+kertas2 + surat2..macam2 buku la ada kat situ..buku aku pinjam, aku photostat, buku aku sendiri..surat2 pun banyak jugak,surat lama2 mana aku buang pun..bukan surat cinta okey??surat dari fakulti la..surat suh g seminar..surat suruh g kolokium(oohh..takut betul dengar kolokium ni)
  4. botol air..botol air ni aku baru je bawak dari rumah, kalau tak guna mug je la..botol air yg diberi percuma setelah aku membeli 'our blue'..haha..nak tau ape yang aku beli tanya aku sendiri okey..tak ley cerita kat sini ye..
  5. ole2..benda yang paling aku sayang..macam2 ole2 ada..ade keychain, beg kecik la, ade magnet2..macam2 la..semuanya lecturer2 or kawan2 aku yang bagi..yelah, diorang kan selalu pergi oversea kan?entah bila la aku pulak nak bagi kat diorang kan??
  6. headphone..headphone aku rosak sudah.dengar sebelah je..tapi kadang2 dia okey jugak..harap2 kau okey lagi ye?tak de fulus la nak beli yang baru..baik2 ye sayang..
  7. oppss..ada 1 kotak double a paper kat atas meja aku tu..konon2 nak letak makanan dalam tu.tapi takde makanan pun..saje je menyemak kat atas tu..kuang2..orang ada kotak, aku nak kotak jugak..hehhe..
tu je kot..yang lain banyak lagi tapi aku tak larat nak tulis dah..see the picture below ye..bukti2 ape yang ada kat my study place..hahha..

aku yg agak poyos di situ..

Saturday, March 6, 2010

kepala o kepala

uwwaaa..sakit kepala la petang ni..actually sejak pagi2 lagi dah sakit kepala ni, tapi gagahkan diri jugak pergi lab..aku ni pun satu, dah tau dari bangun tido kepala sakit..aku boleh pulak telan nescafe 3 in 1..aku ni degil kan??kan kan??tapi nak buat macam mana, itu dah memang favourite aku..PADAN MUKA AKU..

sebenarnya kan, dah lama sangat dah aku ada penyakit sakit kepala ni..seingat aku, sejak zaman2 sekolah lagi kepala aku ni buat hal..ade apa ye dalam kepala otak aku ni??Ohh,mintak jauh dari panyakit2 yang merbahaya..aku tak kawin lagi..tak kerja lagi...tak sempat lagi nak berbakti dekat mak ayah aku..tak nak mati lagi..(tapi kalau nak mati, tak kira sakit ke tak ke)still aku ingat lagi, masa form 2 kot..pergi balik sekolah naik bas n hari tu hari merentas desa..dah lepas merentas desa tu, kepala aku memang dah sakit sangat dah..sampai nak pitam, rasa kebas je tangan dengan kaki aku ni..lepas tu badan rasa berpeluh sangat2..tapi aku gagahkan diri jugakla nak naik bas sebab nak balik rumah..

haha..entah macam mana, kat dalam bas tu aku terM****H..sadis bukan..tapi nasib baik aku pandai cover okey..kebetulan masa tu, aku pakai jilbab yang besar..(sekolah agama kan?)ahaha..semua sisa2 tu tertumpah dekat jilbab itu..kuang2..huh, lepas dah kuar isi perut aku tu, hilang terus sakit kepala aku..ermm..kenapa ya??sakit apa sebenarnya??migrain ke??aku pun tak tau..

korang tolong doakan aku takde penyakit yang kronik2 yee..sebab sampai sekrang pun, kalau aku sakit kepala memang macam tu la aku..nak tido tak ley..kena baring statik je..tak leh nak gerak2..kalau sekali gerak ke kanan..mula la berdenyut2..sakit okey..bukan aku saja reka2 cerita..ermm..klah, nak layan cerekarama ni.."dalil cinta"..fahrin Vs shrifah amani..hahaha..

**sempat lagi mengadap lappy ni walaupun sakit kepala aku ni tak 100% hilang..gatai..

terima kasih ayah..

tengahari ni, aku berkira-kira dalam hati aku..perlu ke mintak duit dengan ayah ni??hehhe..macam tak biasa pulak aku ni kan??and last2 aku terpaksa la jugak coll my father..sebabnya,duit kat dalam purse aku dah tinggal tak sampai 50.. ingatkan elaun dah masuk ari ni tapi takde pun..hancur harapan aku..segan sangat sebenarnya nak mintak dengan ayah..tp dah mintak pun..(ser, sejak bila ko pandai segan2 ni?)

me : (kring2 kring2..banyak kali la jugak bunyi kring2 ni sebelum ayah angkat)..hello ayah..tengah buat ape?

ayah : baru je balik kenduri ni..kenapa?

me : nak mintak duit sikit boleh tak?? (ayat aku tak menahan kan?)

ayah : kenapa??(sambil ayah gelak2)

me : elaun ni tak masuk lagi..ingtkan masuk ari ni..

ayah : owh..dah tu bila nak ayah masukkan?

me : esok je la..hari ni kan bank tutup.

ayah : yela..

me : ayah nak masukkan berapa?

ayah : RM+++ cukup la kan??

me : cukup dah..ermm..takpela, assalammualaikum..

ayah : waalaikummussalam..

see??baik tak ayah aku..hehehe..semua ayah pun sama je kan??tak kan la seorang ayah sanggup nak tengok anak dia ni kelaparan kan??ayah aku memang senang sangat kalau anak2 dia mintak duit.tapi yang biasa mintak duit mestilah aku..nor dan sekarang ni azie..tapi berapa la sangat yang aku mintak kan??tak de pun sampai ribu riban..ratus2 je yang aku tau..tak banyak okey..entah bila la duit aku ni nak cukup kan??erm..agaknya aku kena masuk AKPK yang boleh menguruskan kewangan aku ni..hehe..macam banyak sangat je kan elaun aku..hahha..tapi yang sikit tu la sepatutnya kita perlu berjimat kan??

baby kak syita

tahniah aku ucapkan kepada nur massyitah dan syahrul sebab dah selamat melahirkan seorang baby gurl yang cantik dan comel sangat pada 7 februari 2010..nama baby kak syita nayli' uzma..cantik kan??tak pernah lagi dengar nama nayli' tu..dah 2 kali aku pergi melawat kak syita sebenarnya..first2 masa ari first baby dia lahir..dekat hospital melaka..gigih aku, adah n z merempit menuju ke hospital..huhu..semangat okey nak tengok baby sampai terus tak g lab..the first baby in lab pasca..mana tak teruja kan..

kali pertama pergi tak sempat nak snap gambar sebab terlalu ramai orang..dan environment yang tak mengizinkan..satu bilik ada 4 orang mothers with new born babies..ruang antara mother dengan mother yang lain tu sempit sangat...dengan panas, orang ramai n masa yang terlalu singkat..satu jam je dia bagi masuk tengok..huhuhuu..pergi kali kedua dengan syikin.tiba2 syikin ajak pergi tengok baby kak syita..masa ni akak ada kat merlimau..rumah mertua dia..alhamdulillah, jumpa rumahnya n selamat sampai..

see these pictures okey..all i grab from syikin facebook...its ok kan syikin??hehhe..

muka hepi sebab dapat pegang baby..tengokla nayli'..senyum je kat auntie adah..


semua berpeluang pegang baby..tapi bila sampai turn aku..nayli' nangis pulak..."nayli' takut kat auntie ke?"takut kot tengok muka aku yang scary ni..hhehehe..wahahaa..tiba2 berauntie2 pulak dah..hehhe.


Friday, March 5, 2010

diam itu lebih baik ke??

diam itu lebih baik..
betul ke kalau kita diam lebih baik??ermm..bagi aku la, aku kurang setuju la dengan statement itu..nak tau kenapa??cuba korang fikir, kalau kita diam..boleh ke kita tau benda yang kita tak tau..tak boleh kan??tapi kadang2 diam itu berguna jugak..boleh elakkan kita dari bergaduh..hahaha..depends on pengalaman aku la kan??kalau dua2 nak bercakap nak2 pakwe and makwe(toing..kena atas batang hidungku sendiri dh)...memang haru la jawabnya kan??memang tak kan ada jawapan la untuk setiap masalah tu kan..sebab tu kalau kitorang gaduh aku selalu diam..nak tau kenapa??sebab diam itu kan lebih baik..huahuahua..

tapi kalau selalu diam pun tak boley jugak..tengah2 duk meeting ke ape ke..yang melibatkan ramai orang..lepas tu ko ikut pulak konsep diam itu lebih baik..memang tak kemana la kan??ko jadi macam patung je la..apa yang orang suruh ko buat, ko akan buat je tanpa membantah..macam lembu di cocok hidung..pastu kena ikat tali kat hidung..tuan lembu tu tarik je lembu..and lembu tu dah memang kena ikut je la kan??hahha..

macam kat umah mak aku..kalau diam itu lebih baik sumpah la aku cakap..langsung tak meriah okey??nak2 kalau adik aku nor tu diam..ermm, jawab nya tak meriah langsung la rumah mak aku tu..kalau nor tu tak diam. aku sangat hepi okey..dengar dia duk gaduh2 dengan azie.my youngest sister...topik utama yang akan buatkan diorang bergaduh mestilah pasal nak tengok tv..sampai aku pun naik pening..si azie ni suara dia tak dengar langsung, tapi kalau si nor ni memang jiran sebelah umah aku pun haruslah dengar okey..haha..jiran aku tu dah tau nor balik umah mak aku ke tak..hahha..eh, dh melalut..hehhe..ok la..aku nk layan ladang aku kejap ye..

tak minat

AKU TAK MINAT KAT KAU OKEY???

adeishh..geram pulak aku hari ini..semalam..dan selamanya kot..dah aku memang tak suka nak buat macam mana kan??aku dah ada pilihan hati, jantung, hempedu dan semuanya lah..tak payah la engkau nak umpan adik2 kau tu mesej aku la...itu la..ini la..aku malas reply okey??aku tak reply nanti adik engkau sibuk2 pulak tanya kenapa akak tak reply??huh...mau gilor aku dibuatnya..semua aku kena layan ke??aku malas okey..

dengan mak engkau lagi duk coll2 aku..kan aku tak angkat macam kurang ajar pulak kan??jadi kerna terpaksa aku angkat la jugak walaupun tak ikhlas..rasa macam jahat la pulak kan??tapi dah memang itu hakikatnya kan??dah aku tak suka..tak cinta..tak sayang...mana boleh paksa okey...

cukuplah hanya seorang dalam hati aku ni..gaduh2 pun, dia sorang je yang jadi idaman hati aku..gaduh2 sayang kata orang..hehhe...takde dah yang lain..

**mintak maaf kalau entri ini sedikit kasar okey...layannn..zassss..

putus + asa

pernah rasa putus asa tak?macam apa yang aku rasa sekarang..lately memang emosi aku tak menentu, nak2 bila fikirkan pasal master aku ni..kadang2 aku rasa menyesal sangat2 la continue study ni..actually, bukan sebab continue study tapi bidang yang aku pilih sekarang ni..kadang2 aku rasa bersemangat setinggi langit...kadang2 pulak aku rasa down serendah-rendah nya..sampai bawah tanah sana..

wireless sensor networks??

mustahil la korang sume tak pernah dengar kan??memang pernah dengar, tapi ia tak semudah yang disangka okey..dalam dia macam2 yang aku perlu tau..actually bukan sahaja perlu tau, tapi jugak perlu faham satu2 okey..semuanya kena buat dengan usaha sendiri..yup, my supervisor Duen always guide me..(tq to mr riduan)tapi aku still hilang arah la..macam tau apa nak study...tapi bila dah start study mula la aku macam Blurrrrrrrr....aku harap sangat la semangat aku sentiasa tinggi je..tak nak la tak bersemangat, nanti semua kerja aku tertangguh...sudahnya, sampai sekarang tak siap2 lagi master aku..

pendapat aku la kn..kalau korang2 yang teringin nak ambik master, ambikla by course je..jangan gatal2 nak ambik by research yang giler susah okey..oooHHH..kenapa la ha aku terjebak??tapi alang2 menyeluk pekasam biarla sampai ke pangkal lengan okey...jgn seluk sampai tulang2 sendi kat tangan je..hehhe..( pandai2 je aku mereka ayat yang meraapu)..

** ya Allah, hilangkan la segala sifat malas dalam diri aku ni dan kau kembalikan semangat yang makin hilang dari dalam diri aku...

Thursday, March 4, 2010

edited by me

ape aku akan buat bila bosan??ini dia..mengedit gambar..walaupun xde siapa yang ajar aku.aku belajar sendiri je la..(konon2 ayat sedih pulak)..haruslah edit sendiri gambar kawin aku nanti..ahhaha..berangan kan..aku edit gambar2 kat bawah ni juz guna photoscape..aku tak reti nak guna adobe photoshop walaupun aku tau ianya lebih mantap..hehhe..tapi takpela, asalkan cantik di mata aku..memang aku perasan cantik la kan gambar2 yang aku edit..sebab tu aku tempek kat sini.hehhe..



gambar ni diambil sendiri oleh diriku..tapi not bad kan..nampak mata aku besau..n also the lubang hidung..kihkih..


gambar ni pulak time raya..adik aku nor yang snap..n gambar ni jugak la aku buat untuk header blog aku..sebenarnya gambar ni tak lawa pun, tapi setelah di edit..see..lawa kan??hahha..aku memang perasan ke..ahh, lantakla..haruslah sentiasa perasan diri sendiri lawa okey walaupun kenyataannya hudus....kalau tak, memang tak kan ada orang yang cakap la kan..sadis2..

**nanti kalau gambar yang aku edit lagi, aku tempek lagi kat sini..saje suka2..jangan meluat n menyampah okey..

Wednesday, March 3, 2010

'dia'

bila 'dia' nak datang..setiap bulan okey...aku akan jadi macam ni..

  1. aku mesti ada benci seseorang..sangatla buruk okey perangai aku yang ini..tapi bukan aku minta okey..walaupun setiap bulan, aku akan ada benci seseorang, tapi aku tak kan tunjukkan nya la..sebab aku tau orang yang aku benci tak salah..arghhh..teruk kan?aku rasa, dah macam-macam orang la aku akan benci..tapi hanya seorang okey setiap bulan..dan masa nya cuma sekejap je la..time 'dia' nak datang.
  2. emosi aku sangatla tidak stabil..macam-macam ada tapi lebih kepada cepat terasa hati n cepat rasa nak menangis..hahha..murah nya air mata aku bila dah nak sampai masa ni..yang paling banyak aku terasa hati mestila dengan pakwe aku..muahaha..kesian kt pkwe aku kan??tapi nak wat macam mana kan..bukan ku pinta..
  3. badan mula la terasa semacam je...nak-nak perut aku ni ha..sebu semacam je...makan rasa tak kenyang..pastu macam banyak je angin..haishh.ini lah perempuan..
  4. mengidam..hahha..jangan ingat aku pregnant okey??kawin pun belum...pelik jugak aku, kalau 'dia' nak datang je, mesti aku mengidam nak makan macam2..pizza la...air tu la..air ni la..hahha...macam2 kan..itu belum pregnant lagi..
untuk sesape yang pernah aku benci, aku mintak maaf okey..bukan aku nak perasaan ni jadi macam ni..

Tuesday, March 2, 2010

terkenang..aishh..

tadi duk tangok drama sindarela ulangan kat tv3..tiba2 pulak aku terkenangkan seseorang..nk tau kenapa sebab aku terkenang tak??sebab ni ha.....


*


*

*


*


*



bront

sebab dia la aku terkenang seseorang..haisshh..sebab nya..mata diorang sama...kuyu je...mulut pun same jgk..tu je..STOP..ermm..buat apa nak ingat orang yang bukan milik kita kan??tp kadang2 tu perasaan tu datang sendiri..tp memang serius aku cakap, kalau aku tengok je si bront ni aku pasti ingt si budak itu..huahua..sadis tul..dah lama pun tak ley lupa..ala..tak salah kan?aku just teringat je, mane ade jumpa dia..contact pun dah tak de..lgpun dia pun dh jadi tunang orang..(ayat aku macam keciwa je)..tak de okey, die pun bukannya orang baik2..jahat..

**alhamdulillah, aku bahagia sekarang...



belajar buat nsi lemak

dari semalam lagi aku dah duk teringin nak buat nasi lemak..so, dah alang2 g mydin ari ahad aritu, beli la kelapa kering sebijik...yg dh diparut okey..huhuhu..rancang nak buat ari isnin sebenarnya, tapi di sebabkan adah puasa, so di extend sampai selasa..gigih aku bangun awal tau.dh kunci handset pukul 6.30..tp bila dh brbunyi, aku ttup kn..hehhe..tp x ley lame2 ok, lepas tu bunyik pulak msg dr mr fadil ckp nk g keje..aku pun terus bangun la, solat subuh n start masak nasi lemak...

muahahha..tak pernah2 aku buat sendirik, kalau kat umh biasanya my mum la yang buat..tak pun my kak long..aku juz duk tunggu je..pemalas kan??hahha..tp hari ni, aku dh buktikan aku pun boleh masak nasi lemak..hehhe..senang je rupanye, cuma terlembik sikit sebab x nampak banyak mana dah beras tu tenggelam..yela, santan tu kan warnanya putih susu..mana nak nampak..aku belasah je..tp ok la kan??first time..aku masak sambal sekali n goreng telur mata..boley la kn..

**tahniah kepada aku, berjaya jugak akhirnya..senang nak hidang dkat my future husband nanti..kehkeh..

Monday, March 1, 2010

sabar

perlukah aku bersabar??

sabarlah wahai hati..mungkin ada sinar di sebalik kesabaran ku ini..

take 10 minutes.

STOP for a while..aku berhenti seketika dari menstudykan diri..hari ni aku study tentang STBC yang diguna dalam compact antenna..hahha..korang pening tak baca ni..sila la pening macam aku ni...huhuuhu..gile2 dh..dalam aku sibuk2 study ni, aku sempat lg menengok youtube..frust semalam tak abis tengok video klip sabhi saddi..best siot lagu nadi ku tu..lagi la bila tgk video klip..sangat la besh..aku kongsi dengan korang k..




** gigih aku belajar macam mana nak upload video dr youtube n aku berjaya..sangatla mudah...hehhe..tq pada yg bagi info kt google tu..org lain dah tau lama kn??aku je budak baru belajar..hehhe..