hari2 yang aku lalui sekarang terasa kosong sangat..ahhh..kenapa perasaan rindu itu tiba2 datang di pagi2 jumaat ini?kenapa susah sangat nak ilangkan segalanya??sakit aku ni dah membuatkan aku terleka dengan emosi aku sendiri..apa2 rutin harian yang patut aku lakukan tertangguh begitu sahaja..sehari pun tak pernah aku jejak lab pasca siswazah minggu ni..kenapa ni ser??janganlah dikenang lagi orang yang tak pernah mengenang diri mu..
semalam, aku dapat kata2 semangat dari seorang kawan baik aku, rozaila...aku kongsi dengan korang semua k..
siapakah orang yang manis senyumannya?
orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, " Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun," lalu sambil berkata.." Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini, " sambil mengukir senyuman..
sedikit sebanyak kata2 ini memberi aku semangat..memberi aku satu kekuatan untuk teruskan hidup ini tanpa dia..untuk seseorang yang baru aku kenali, yang selalu menenangkan aku di pagi2 hari saat aku tak boleh nak lelapkan mata..berjuta terima kasih aku ucapkan..yes, i admitted it..u always make me smile..tak perlu aku mentionkan nama dia di sini..cuma segala kata2 nasihat dan semangat yang diberikan sangat aku hargai..
aku rindu nak jumpa kak syita..akak yang selalu ada disamping aku..tempat aku menangis dan bila aku menangis, akak akan menangis sekali..untuk housemate2 aku, adah, zack dengan d..aku hepi bila bersama dengan korang..boleh hilangkan sedikit kesedihan aku..yup, aku gelak2 tapi hati aku menangis..untuk semua kawan2 aku yang banyak berikan aku kata2 semangat, tq for everything..
**akhirnya, air mata ini gugur lagi...
No comments:
Post a Comment