:: follow me :: tq so much be my follower ::

Sunday, February 24, 2013

4 bulan

salam ahad.. dah lama tak menulis di sini.. dah hampir sebulan rasanya..
alhamdulillah, kandungan dah masuk 4 bulan.. muntah-muntah dah hampir hilang sepenuhnya.. muntah jugak bila gosok gigi, tapi sekadar keluar angin.. pikir 2 3 kali kot bila nak gosok gigi.. terlalu takut untuk muntah, peritnya tak terkata rasanya...ish, tak nak ingat lagi.. hari tu sakit kepala sampai muntah.. tapi yang tu bukan sebab alahan, memang sejak dulu lagi punya sakit kepala migrain yang bila muntah baru lega.. owh, dahla cakap pasal muntah, geli pulak tekak ni..

selera makan aku makin bertambah tapi tak boleh makan banyak sekaligus, nanti perut penuh.. oleh kerana berat aku naik 1 kilo dalam masa 2 minggu, terpaksalah aku ulang alik ke klinik setiap 2 minggu.. masa awal-awal pregnant sebab berat tak naik.. sekarang sebab berat naik pulak.. dan nurse bagitau aku, 6 bulan nanti aku kena telan air gula yang sedap itu.. hehe.. tak dapat nak bayang macam mana rasanya, mesti manis gila..
takpe, tu semua dugaan untuk mama kan baby?? hehe..

suami?? masih berada di labuan.. hanya pulang ke pangkuan isteri tercinta tak sampai 2 minggu lepas tu kena fly secara emergency ke labuan kembali.. sedih pilu hati si isteri, tapi apakan daya.. tak daya nak menahan suami tersayang.. mencari rezeki untuk isteri dan baby, katanya.. hehe.. tapi memang betul pun.. takpe, maybe next month suami akan kembali ke terengganu again.. dan tak lama jugak rasanya tapi cukuplah nampak rupanya depan mata isteri yang merindu..siapalah tak rindu suami.. dulu sebelum kahwin takde kena hantar jauh-jauh, ni dah kahwin kena jauh pulak.. inilah namanya dugaan rumahtangga.. kena kuat dan tabah.. kena saling percaya, kena saling menghormati.. nak hidup sepanjang hayat kan..

panjang pulak mengarang.. nak sambung kerja sambil mesej-mesej suami tersayang pulak.. bye.. jumpa lagi sebulan maybe.. hehe.. tu kalau malas la kot..