:: follow me :: tq so much be my follower ::

Monday, July 31, 2017

menyirap

Salam Isnin..

Sejak kerja jauh sikit dari rumah ni dah nak malam baru sampai rumah.. sebabnya singgah rumah my mum dulu.. mana taknya..amsyar hari2 balik tumpang ayh cik dia.. nak tak nak kena la ambik dia kat rumah my mum.ok jugak, sempatlah dia mengaji.

dah 2 3 hari aku duk perati je anak-anak jiran-jiran aku ni.. menyirap pulak darah aku.. ada ke patut dia maen air yang suami aku takung nak siram pokok.. bukan tempat nyamuk bertelur ok, aku siap bela ikan lagi.. 

maen air lepas tu letak sampah.. tu yang aku bengang.. tengok balik karang.. mak cik aku cakap, buang air tu.. nanti letak air baru.. baru dia tau kita guna air tu.

aku memang tak berapa suka amsyar maen kat depan.. sebab aku tengok pelik je perangai budak-budak ni.. haish.. mintak jauh lah..


Sunday, July 30, 2017

Tea Tarik Madu Warung Pak Mat Pulau Pisang

salam ahad.. ku dah mula kerja..

dah banyak kali ke kelantan..pergi kali ni baru berpeluang merasa tea tarik madu ni.. memang sedap.. terbaik.. dah alang-alang ada nasi..kita lunch sekali lah.


sebelum habis.. haruslah snap gambar dulu.

yang ni selfie yang blurr..

nanti husband cuti boleh ajak dia pulak..sian pulak...tulah kerja jauh sangat..

Thursday, July 27, 2017

Last hari raya di PPD Marang

Salam Rabu.. lambatnya Khamis..hehe

oklah, since aku dah kena transfer ke tempat lain, aku kena abadikan gambar-gambar sambutan hari raya dengan kawan-kawan tersayang di PPD Marang..uwaaa..miss u..

Rumah Datin Sharifah Maziah..sampai je terus bergambar



maafkan ke'comel' an aku tuh..

masa ni dah siap makan..

yang ni teman makan aku..tengahari kalau dia lapar..datang cari aku..


eio's girl.. 

geng-geng sejawatan


tinggal bertiga dah..2 orang dah kena kick..







Raya Dewan Majlis Daerah Marang..tahun ni aku jadi pengunjung je..tahun lepas kena jaga booth

berebut kambing katanya..gigih..last sekali dapat lemak..

kita makan sampai kenyang.

Monday, July 24, 2017

Day 2 of Week 2


hari-hari ngadap jem.
nampak dh Wisma Darul Iman..tapi perjalanan jauh lagi..

bertabahlah..
cari rezeki yang halal..

Thursday, July 6, 2017

2 Syawal1438 H

2 Syawal 1438 H

tahun ni turn raya rumah mertua masing-masing..jadinya hari raya kedua baru lah dapat beraya di rumah ayah.. aku duduk sebelah rumah ayah je pun tapinya pagi raya ayah takde.. aku pun terus ke rumah ma la..

tahun ni geng perempuan decide beli baju ala-ala sama.. dan dah janji pakai raya kedua..

ni posing rumah ayah..rustan's family


mokhtar's family..family kak long aku



suhardi's family...family abg di aku

roslan's family..family akak aku yang bertanggungjawab jahit baju kami anak beranak..




 anak-anak sedara aku termasuklah amsyar ada baju sama..adik aku yang belanja..yang lelaki je lah yer..ni family aku..ma takde..tak sempat nak bergambar dengan ma..sibuk je..

ayah dan mokcik..
sambung posing kat rumah ma pulak..





tu je cerita raya kedua..setiap hari aktiviti penuh.. penat den..