:: follow me :: tq so much be my follower ::

Monday, September 25, 2017

Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara

Fuh..
Baru je lepas exam Pegawai Eksekutif LHDN selasa lepas.. kena pulak exam Pegawai Kawalan Trafik Udara 3 Oktober ni.. penatnya nak exam..

aku pernah lulus exam ni..tapi masa tu offline.. kena attend exam kat hall.. jawablah kau.. alhamdulillah lepas.. bila dah lepas dipanggil untuk PAC or Assessment.. Aku failed kat situ... uwaaa.. sedih..

antara sebab aku failed:

  1.  aku pakai tudung sarung @ indon (panel tu kata itu namanya tudung malas)
  2. aku pakai kasut tapi terbuka di depan
  3. aku tak berapa fasih nak speaking (ada group discussion dan panel nak tengok kita bersembang           dalam group, all in English)
  4. 4sebutan aku bila disuruh membaca skrip agak hampeh..memang pelik sikit skrip dia..(skrip pilo &pegawai kawalan trafik udara)
okey, lupekan yang dah berlalu..5 tahun lepas dah..

Jadi, jomlah kita jawab exam online ni sama-sama..biasalah kena tahu pasal Malaysia.. dasar-dasar.. pasal aeroplane pun kena jugak.. pernah ditanya, aeroplane guna minyak apa? jawapannya kerosin @ minyak tanah.. yang kita nyalakan pelita tu.. macam tak logik kan? tapi itulah hakikatnya..

sebenarnya exam online lagi rasa susah dari exam offline.. bagi aku lah.. dengan cabaran server problem lagi.. sabar je la.. jom menjawab.. semoga berjaya..

No comments:

Post a Comment