:: follow me :: tq so much be my follower ::

Wednesday, November 28, 2012

semalam today, hari ni pulak

salam rabu.. bestlah sebab esok dah khamis.. balik kampung..
alhamdulillah, sangat bangga menjadi diri sendiri hari ni..

berjaya troubleshootkan printer yang bermasalah.. incompatible catridge.. senang je, tukar kad sim dia dengan catridge yang dah abes ink.. so, siap.. hehe.. kalau budak-budak tak nak print tadi sampai ke sudah aku tak terpikir.. hehe..

akhirnya dah boleh guna sistem prestasi tu.. kena godek-godek sikit.. dan tinggg, berjaya..hooray..





gambar sekadar hiasan..mok mok..
lagi mok bila pakai shawl.. streessss..


Monday, November 26, 2012

today

salam isnin..
dah siap assignment, lega kejap.. ooppss, bukan aku yang studi tapi kak long and abg long aku yang studi.. so aku kena lah tolong diorang buat assignment.. studi aku dah ke laut.. entah bila nak mula balik, aku pun tak tau..

apesalla banyak sangat keinginan aku dalam dunia ni?? hehe.. ke semua perempuan macam tu.. tengok fesyen baju cantik, teringin nak jugak.. tapi duit tak banyak.. bukan takde, tak banyak.. kena faham disitu.. hehe.. ari ni belum menjamah sebutir pun nasi.. pagi tadi lepas solat subuh, tumis-tumis and goreng mee.. letak ayam. letak telur sebijik.. jadilah mee mamak.. ade lebih pulak lepas dimakan, jadi kita bawak ke tempat kerja... dah abes..

tapi bila tak makan nasi, badan rasa lain macam.. macam mana yer, orang yang tak makan nasi?? petang ni tak sure nak masak nasi ke tak sebab ayam masih dalam fridge, lupa nak keluarkan.. matilah nak tunggu ayam itu lembik.. dan ais itu cair.. jadi agaknya makanan aku petang ni hanyalah cekodok maybe.. or kalau rajin aku cincang jugak ayam tu and masak nasi.. jadilah nasi goreng.. kita tengok ape akan jadi dengan aku..

tak kan meggi lagi.. semalam dah meggi.. pedas gile babas la.. tapi syiokk oo makan pedas-pedas...

ok, nak google cerita kejap.. syok dah kena blok oleh 1 bestari net.. susah nak carik software-software.. and games-games jugak..


Thursday, November 22, 2012

22 11 2012

22 november 2012..
ehem.. hari ni genap 28 tahun umur ku.. hehe.. muda lagi kan?? 
tapi little bit sad, suami takde di sisi.. nak celebrate pun tak dapat lah.. ala, bukan celebrate buat parti bagai.. just kuar makan berdua tu pun dah cukup bermakna..

semalam, sebelum suami balik ke Terengganu dia sempat masakkan lunch untuk isteri dia ni.. maklumlah, aku kena kerja.. dia pulak cuti semalam.. dapat merasa air tangan seorang suami..sekarang dia dah on the way ke Labuan.. maybe for 2 months or lebih dia akan stay sana.. mencari rezeki..insyaallah, sabar itu indah..

ini gambar semalam.. sebelum suami balik ke Terengganu - KL - Labuan..


okey, aku sekarang gemuk.. tengah belajar nak makan nasi sikit je..malam tak nak makan nasi dah.. dah standby epal kalau-kalau lapar... hehe.. selera bertambah-tambah sejak kawin.. fighting..





Monday, November 19, 2012

after a month plus plus

salam isnin..
korang dah makan?? aku dah.. dah kenyang pekena nasi kerabu ma.. best nasi kerabu dia.. tapau air tea peng 1.. masyuk.. sedap..

hari ni dah 19 november.. lagi 2 hari, suami kena fly ke KL ke Labuan AGAIN after a month and plus-plus.. tapi kira lama jugak la dia balik semenanjung.. dekat 2 bulan jugak la.. nak spent masa before dia pergi labuan pun tak dapat sangat.. long relationship macam ni lah.. nak cuti pun, cuti aku dah abes.. 

maybe nak date esok.. nak spent masa together gether before he fly.. yang penting nak makan maggi ketam again.. kali ni suami cakap order sorang 1.. bukan 1 bahagi 2.. tak puas.. hehe.. teringin jugak nak tengok istanbul aku datang.. macam interesting je cerita dia.. tapi tak tau la... nak tengok tapi masa macam tak cukup.. okey, abaikan dulu cerita tu.. maybe next time ada masa untuk tengok cerita tu..

lagi beberapa hari nak bertambah umur.. hehe..

Sunday, November 18, 2012

kat dalam kereta pun nak meludah??

salam ahad..
penat berjalan ke cameron highland tak abes lagi.. memang jammed teruk lah.. naik bukit, turun bukit.. dua-dua hala jammed.. ari ni kerja, so pepagi dah kena gerak dari bukit payong ke paka. sejam setengah perjalanan untuk aku yang bawak tak berapa nak pecut ni.. hehe

tapi bila dah kat jalan macam-macam orang ada.. ada ke patut orang depan aku, kereta warna silver.. tengah-tengah laju tiba-tiba slow.. rupa-rupanya dia nak meludah..
memang bengang gila.. nasib baik aku tutup cermin.. kalau tak, mesti tempias kena jugak..

orang ni mesti jenis yanag suka meludah.. yark.. pengotor.



Wednesday, November 7, 2012

dikhuatiri hilang kalau duk dalam laptop je..

blog boleh juga jadi tempat simpan gambar.. actually gambar ni dari handphone suami... jadi sementara ada, kita save dalam ni.. hehe




jangan marah..