salam khamis..
hepi hari ni dapat balik kampung.. padahal tiap-tiap minggu pun aku balik kampung.. bukan balik jumpa suami, jumpa family je.. suami jauh di Labuan sana.. lagi sebulan dia balik.. tak sabar..
2013 aku sambut dengan penuh kesyukuran..
dah ada satu nyawa kat dalam rahim aku ni.. suka sangat.. nak menangis pun ada.. bukan senang nak survive sorang-sorang kat sini.. tapi aku kuatkan hati jugak.. alhamdulillah, dah masuk 9 minggu kalau tak silap.. aku sambung kira yang dr kira lepas pergi confirmkan 17 dis aritu..
tak pernah sangka aku pregnant.. sebabnya period aku selalu lewat.. last period 30 oktober.. sampaila 16 disember pun tak datang-datang jugak.. takde pulak tanda-tanda aku pregnant.. last-last cakap dengan suami, nak buat test la.. suami memang setuju sangat-sangat..petang 16 dis tu aku ke farmasi, beli UPT la.. hehe.. malu jugak sebenarnya tapi hentam je.. balik rumah, dah janji dengan diri sendiri nak test esok pagi sebab orang cakap pagi resultnya lagi baik..
petang tu aku iron baju.. tapi dah tak sabar rasanya nak wt test tu.. terus masuk toilet dan 2 line muncul dengan laju nya.. serius aku rasa macam nak menangis.. ambik gambar send kat suami..
boleh pulak dengan selambanya dia tanya.. apa tu yang?? positif ke negatif.. hahaha.. nama pun lelaki kan?? hehehe.. nak tergelak pun ada.. positif la.. suka dia.. aku pun suka.. esoknya aku pergi confirmkan kat klinik swasta.. dan dia cakap aku dah 7 weeks masa tu..minggu ni dah 9 weeks la.. dh 2 bulan lebih baby.. insyaallah, tengah bulan ni nak pergi buat buku kat klinik kesihatan..
harap-harap baby sihat walaafiat.. maaflah sayang, tak boleh nak telan susu.. kena makan pil kalsium kot lepas ni..