:: follow me :: tq so much be my follower ::

Sunday, June 11, 2017

Tenangla dikau di sana

Salam 16 Ramadhan..

Sejujurnya aku tak mengenali Shea Rasol.. tetapi blognya "My Amethyst" dah lama ada dalam blog list aku.. suka sangat baca penulisan dia.. 

dan paling penting arwah  memang selalu tersenyum.. manis sungguh..disayangi oleh semua orang..aku yang tak mengenali Shea Rasol  pun dapat rasa yang arwah memang seorang yang disayangi.. 

di hari pemergian arwah kepada Allah, ramai sungguh kawan-kawan yang mengutuskan doa.. 

Tenanglah dikau disana.. pergimu di hari Jumaat di bulan Ramadhan.. Ya Allah, beruntungnya dirimu.. Semoga syurga tempatmu.

Tiada lagi kesakitan melawan kanser.. 

Al-fatihah.. Takziah kepada keluarga Shea Rasol.


#sheabeatcancer

semoga kita semua juga dijemput oleh Allah di hari dan bulan yang mulia.. Insya Allah..