:: follow me :: tq so much be my follower ::

Monday, March 25, 2013

harap-harap semua ok

salam isnin.. khamis lepas genap 20 weeks aku pregnant.. means dah 5 bulan.. ahad lepas scan for 19 weeks but doctor cakap my baby head kecil 1 week dari tarikh aku pregnant.. EDB pun dah berubah..risau yang teramat rasanya.. harap-harap takde pape.. maybe sebab my period memang tak teratur.. masa mula-mula tau dah macam-macam aku fikir kat dalam kepala ni.. last-last mengadu kat suami.. dia cakap, kita doa banyak-banyak, moga semua selamat..

haish, bila teringat suami terus rasa nak menangis.. best kan bila suami ada di sisi.. dapat menumpang suka duka.. takdelah aku kena drive ulang alik paka-marang-paka.. semalam hampir 4 jam aku drive.. dari rumah ke gong badak, ke paka.. gila ar.. harap baby sihat je.. baby faham kan kerja mama?? abah takde kat sini.. jadi terpaksalah mama berdikari.. walaupun siap kena urut kaki lepas drive.. bidan cakap urat aku tegang, sebab tu sakit je.. maklumlah kereta manual.. kena tekan clucth kuat-kuat..

tapi kena kuatkan semangat demi baby...setiap malam mama cakap dengan baby, bagitau abah jauh.. jadi tak boleh nakal-nakal.. kena baik-baik je.. alhamdulillah, baby okey.. bila malam, punyala aktif.. suka..



Thursday, March 14, 2013

bengang ke?





salam khamis..ari ni tak dapat nak balik kampung la sebab sabtu kena kerja.. tension rasa tak dapat nak bermanja-manja dengan anak-anak buah yang comel-comel.. tapi takpelah, next week cik yah balik..

aku rasa ada someone yang tengah bengang kat aku.. hehe.. tetiba nak bengang kat aku kan?? dia yang buat salah, aku yang nak dipersalahkan.. sepatutnya dia tak boleh nak salahkan aku pun.. tapi up to her la kan.. maybe dia rasa apa yang dia buat tu betul kot.. walhal kalau tanya sejuta manusia pun tetap kata itu salah.. 

aku nak tengok selama mana dia tak nak tegur aku, nak bengang dengan aku.. aku no hal dengan dia, nak tegur aku tegur.. tak tegur aku tak tegur.. haha.. aku pun ego jugak kekadang.. sometimes orang kata aku ni baik.. tapi aku rasa idak nya aku baik sangat.. maybe masa tu je kot aku baik.. ke aku memang baik?? hahaha.. takde maknanya nak puji diri sendiri.. kalau suami puji baru ada makna.. i likes..hehe..

mana yang boleh aku tolong, aku tolong..tapi cukuplah nak buat jahat yang peliks sekali.. ni berkali-kali apa kes kan?? orang lain pun kalau boleh nak buat macam tu jugak.. bukan susah sangat... cover line jangan bagi kantoi.. aku tolong pun atas alasan kesian kat dia... tapi buat lagi sekali.. aku pun bengang jugak.. untuk kepentingan diri sendiri pulak tu.. 

baby, jangan jadi macam mama k.. mama ni nakal sebelum kawin dengan abah.. hehe..


Wednesday, March 13, 2013

denyut-denyut je..

salam rabu...
semenjak dua menjak ni, dah terasa macam ade something yang berdenyut kat dalam perut.. hehe.. first rasa masa tengah duduk-duduk buat assign abang ipar.. maybe masa tu aku duduk diam-diam.. then terasa macam toop.. macam denyutan.. tapi aku tak tau tu denyutan apa.. agaknya perut aku kot..

tapi isnin lepas, aku puasa.. denyutan tu banyak kali sangat rasa.. adakah tu jantung baby?? rasanya betul dah.. maybe baby lapar.. sebab baby dah nak masuk 5 bulan.. best sangat dapat rasa denyutan tu.. siap nampak berdenyut kat kulit perut.. ni pun sebelum taip entri ni, rasa lagi.. cergas betul anak mama ni..

ahad ni check up kat kk paka buat yang ke berapa kali entah.. lupa sudah, sebab berat tak stabil jadi kena check up 2 minggu sekali.. insyaallah ahad ni dr scan.. tak sabar nak tengok baby.. first scan masa awal-awal pregnant dulu.. aku tak nampak pape pun.. tapi dr cakap ada ni ha.. haish, tak reti nak tengok kot.. huhu..

harap-harap baby sihat walaafiat.. boy ke girl ek?? tak kisah lah.. janji dia sihat..

 muka dah bambam.. sama naik dengan tummy..
 
abah pun bambam jugak.. hehe