:: follow me :: tq so much be my follower ::

Wednesday, March 30, 2011

selamat hari lahir ma


30 Mac 1956 - 30 Mac 2011
selamat hari lahir yang ke 55 tahun ma..
semoga panjang umur dan sihat selamanya..
terima kasih kerana menjaga dan memberi kami semua kasih sayang yang melimpah ruah..



Tuesday, March 29, 2011

bertudung putih

bertudung putih sehingga 29 april 2011..
tudung putih hanya ada 4 helai sekarang, termasuk kakak aku punya..
khamis ni balik kampung..
mintak-mintak tak banjir lagi kat merchang tu..
kalau tak kena lalu jerangau..
jauh tu..



mata lebam..
pipi tembam..
yeah, kombinasi yang sangat baik..

Monday, March 28, 2011

mula-mula merisik dulu lah..

lame tak jumpa.. bizi sikit dengan macam-macam program..
sabtu lepas adalah hari bersama dengan my mum. hanya berdua dengan ma, mula lah otak berfikir nak beritahu ma benda yang aku sangat-sangat segan nak bagitau..

dimulakan dengan soalan yang konon-konon nak tau, padahal dah tau:

ma, kalau datang merisik kena bawak cincin tak??




hahaha..dan lepas tu bermulalah sesi soal jawab dengan ma.. mestilah tentang mr driver kan?? hehe.. dia je kan buah hati aku... dan ma tak kisah kalau nak kawin tahun ni pun.. tapi kalau ma leh g mekah, biarlah sampai dia balik dulu..

insyaallah, semua akan baik-baik saja.. doakan hubungan kami berkekalan sampai hujung nyawa..

LOVE..
if you have it, you don't need anything else..
and if you don't have it,
it doesn't matter much what else you have..