:: follow me :: tq so much be my follower ::

Tuesday, July 9, 2013

tak sampai sebulan dah





salam selasa..
insyaallah, esok kita semua akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia.. harap-harap Allah berikan aku kekuatan untuk berpuasa dengan sempurna kali ini.. alhamdulillah, khamis ni genap 9 bulan aku diberikan peluang membawa zuriat di dalam kandunganku ini.. dan lebih kurang sebulan lagi due date aku.. kalau lebih cepat pun aku redha.. semuanya kuasa Allah kan?

alhamdulillah jugak suami dah pulang ke sisi aku.. takdelah ke sisi sangat, tapi cukuplah untuk bagi kekuatan pada aku.. bukan senang tau nak menghadapi saat-saat nak bersalin ni.. macam-macam benda dalam kepala ni.. haish, rasa takut, berdebar, semua ada.. tapi insyaallah, akan redha dan terima setiap ketentuan Allah..

p/s : sekarang drive lebih dari 30 minit, pinggang akan rasa sakit sangat.. sabar tau, hanya tunggu masa je ni..


No comments:

Post a Comment