:: follow me :: tq so much be my follower ::

Monday, March 28, 2016

Cekodok Sosej Sawi Untuk Mecha

Salam Isnin..
Alhamdulillah, cuaca mensung sikit ari ni... tak panas terik..

Petang semalam, aku masakkan Cha cekodok sosej sawi... Cha kan suka gandum..hehe.. terlebih minyak pulak tapi aku akan penyet-penyet kat tisu untuk kurangkan minyak..



budak ni mama kena suapkan.. kalau tak, berejam nak abes satu cekodok.. so, petang ni nak masak apa pulak untuk anak mama ni.. mama puasa, harap laratla..

Wednesday, March 16, 2016

bimbo??maksud nya..


Salam Rabu.. esok dah Khamis..yeayy..
Lately, aku duk layan citer Aku Bukan Bimbo.. layan online je time rehat kat ofis.. tak sempat nak layan tv dah sekarang.. jadi kite layan online je sekarang.. baru episod 3..hee..

aku pelik jugak.. bimbo tu ape??

kawan aku cakap bimbo tu perempuan gedik..so aku try google..


TOP DEFINITION
A girl who is stupid, wears lots of make up and is obsessed with boys and clothes. Generally blonde but there are exceptions. Usually hang around i with other bimbos. You can spot them because they will be the big group of girls that all look the same and are giggling hysterically.
Oh no! I broke a nail! This is awful! 
You're such a bimbo.
by The Wolf April 14, 2004

nah..hasil google..tu yang dipanggil bimbo.. perempuan bodoh(pelik pulak meanings die), pakai makeup tebal-tebal...sangat obses dengan lelaki and pakaian.. biasanya blonde (rambut blonde la kot). selalunya akan bersama-sama dengan bimbo yang lain.. tu je definition aku.. maklumlah tak bape nak reti translate..





Tuesday, March 15, 2016

Anak aku tak suka nasi..


Cha's dinner...roti bakar

Ni antara makanan ruji amsyar... nasi tolak tepi... sometimes makan jugak nasi.. tapi nasi arab.. kalau bagi nasi ayam, letak sup banyak-banyak.. nanti dia bagi mama sudu, die akan hirup sup je.. kalau bernasib baik dapatla nasi tu masuk dalam mulut dia sutir 2 butir.. tak ke pening mama nak pikir Cha nak makan ape..

aku perasan sejak abah dia ke Labuan bulan lepas terus selera makan die down.. mase abah die ade, every morning abah dia akan bawak dia ke pasar.. carikan makanan.. suami cakap selalunya dia akan makan ketupat kat dalam kereta lagi.. sampai rumah pengasuh, suami bekalkan dia nasi air dengan telur puyuh.. memang dia akan makan..

but now, mama belikan menu yang sama dia tak makan pun... aku syak dia rindu abah dia..
waaa... balikla cepat abah.. malam-malam akan request dengan mama, nak cakap dengan abah..
malam tadi sebelum tido mama tanya 

"Cha, esok nak makan ape?
 dia jawab

 "nak makan keropok.."
 adoi la..

kesimpulannya, kena pikir pulak la nak makan apa malam ni..

Thursday, March 3, 2016

Isap susu sampai berejam

Salam Khamis..
Last day kerja untuk hari ni.. esok luse cuti.. yeehaa..
Pagi-pagi sebelum pergi kerja memang aku kena bersilat dengan Cha dulu.. Setiap kali dia bangun, kalau aku ada kat sebelah memang dia mintak siku... haish.. penat menyiku kan dia.. hehe..

Lately pulak, perangai dia ada berubah sikit.. nak abeskan 6 auns susu berejam... so, untuk mengelakkan dia minum susu lama-lama, aku kurangkan sukatan susu dia..jadi 4.5 auns @ 3 auns.. takdela lama sangat aku nak menyiku...heee..yelah, minum susu je mintak siku..

"mama..nak ku". tengah pakai bedak.. terpaksala aku selak lengan baju sampai siku..maka senget-senget la aku pakai bedak..

 pagi tadi... baring atas peha mama... susu siap bawak ke umah pengasuh..lambat nau..

Wednesday, March 2, 2016

Drypers atau Petpet

Salam Rabu..
Ce tengok tajuk entri...dah macam mak-mak kan? jenama lampin pakai buang pun dah jadi entri... hehe.. padahal memang mak-mak pun.. ari ni cerita pasal lampin pakai buang pilihan pulak..

Sebenarnya aku lebih suka Drypers untuk Cha pakai.. Sebabnya tak bocor.. dengan Cha yang suka isap susu banyak-banyak..malam pun selamat Drypers ni.. 

Cha dengan Drypers..terseksi pulak anak aku ni.. kepenatan bercuti dengan abah and mama

Petpet pulak aku beli bila nampak murah... hahaha... berjimat cermat.. kena berhemah.. kena cari yang berkualiti dan murah.. biasa Petpet aku bekalkan pada pengasuh Cha sebab dia pakai siang hari je.. Jadi takdela lama... takut bocor.. tapi okeyla jugak..

Lagi satu Drypers kan ada Drypers Club... boleh kumpul point dan boleh tebus hadiah or Drypers.. aku mestilah tebus Drypers... jimat sikit... dapat Drypers free... yang mini je... dalam tu ada 12 keping kalau tak silap.. senang nak bawak berjalan... letak je dalam kereta untuk standby..

Kalau sape-sape belum daftar, cepat daftar... rugi.. masa aku daftar aritu dapat free gift bag ladybird.. comel sangat... kakak aku punya pun aku daftarkan sekali.. untung.. Lagi satu, aku akan beli Drypers bila ade sale.. untung... biasenya 3 aku angkut...


Drypers Malaysia  klik je untuk daftar.. (macam promote pulak aku ni..padahal saje je share). Kalau nak mintak sample pun boleh..i like..heee..




Tuesday, March 1, 2016

alkisah Pantai Kelulut


al kisah cerita sebulan yang lepas..eh, 2 bulan dah kot...masa husband balik aritu.. so, kitorang lepakla tempat makan mi sup kegemaran satu family kecik kami.. Pantai Kelulut... sejak zaman becinta sampai lo ning memang suka ke Pantai Kelulut... boleh makan sup, keropok goreng, ABC, air kelapa dll.. banyak lagi sebenarnya...




 mama dengan cha selfie..abah amik gambar plak...heee









kesayangan's..