:: follow me :: tq so much be my follower ::

Wednesday, August 31, 2016

bunyi kereta macam lori dah hilang

Alhamdulillah..
setelah beberapa bulan bunyi si biru aku macam lori, akhirnya bunyi tu hilang..
bukan hilang macam tu je ok.. hilang bunyi, hilanglah duit... takpelah, dah kita pakai dia hari-hari, kenala jaga dia jugak.. nanti kita yang susah kan..

dah lame sebenarnya bunyi bising tu datang...bunyi kat tayar.. bawak laju sikit macam bawak lori lah jawabnya.. tapi aku layan je la sebab ingat tayar dah botak.. tapi memang dah botak pun.. so, tukar lah tayar.. lepas tukar tayar, lagi kuat bunyi dia..

aku tak puas hati... sebab rasa agak berat nak tekan minyak.. jadi aku tanya mr google.. dan aku dapat jawapannya... masalah bearing.. time tu jugak ngadu kat suami, then dia cakap takpe, dia suruh kawan dia..

mula-mula detect bearing depan je... lepas tu pomen cakap bearing belakang pun kena tukar.. tukar je la.. untuk keselamatan sayang katanya suami ku..hehe..

jadi melayangla duit rm400 sekali upah + barang.. alhamdulillah, dah smooth dah kereta aku.. sedap dah bawak.. duit boleh cari lagi... dalam rezeki kita, ada rezeki untuk orang lain..

kesayangan...hasil titik peluh..
(gambar masa tukar tayar..hikhkik)


Tuesday, August 30, 2016

Kagum tengok kipas besar

Date : 27 Ogos 2016
Venue : Food Court Mydin Mall, Dataran Austin

Jalan-jalan dengan my hero.. bawakla dia jalan sekali sekala..

Yang ni gambar selfi..



"mama, ambik gambar Cha tengok kipas"


amboi anak teruna aku.. bukan main lagi nak posing..
siap suruh mama snap lagi..
dia memang kagum kalau ke Mydin.. dapat tengok kipas besar dekat food court dia.. hehe..


Monday, August 29, 2016

Latih cha tak pakai pampers


Alhamdulillah.. berkat kesabaran mama, cha dah boleh biasakan diri tak pakai pampers.. dah pandai bagitau mama nak kencing.. cuma buang air besar je tak tau nak bagitau.. sebab tu la kalau cha tak buang air besar lagi, mama pakaikan cha spender.. hikhik.. dah beli spender 3 helai untuk cha.. dah 2 3 kali cha buang air besar dalam spender.. redha je la mama basuh... tapi kalau tak ajar, sampai bila dia nak pakai pampers kan.

mula-mula nak biasakan diri, susah jugak la.. kena tanya sejam sekali..bukan tanya je, kena bawak pergi tandas.. masa mula-mula, tak leh nak kencing.. 

"mama, ketatla mama"..

hahaha..ayat cha bila tak leh nak kencing.. aku pun nak tergelak..kadang-kadang keluar 2 3 titik.. memang menguji kesabaran masa menunggu dia kencing.. dengan mama duk cangkung..

alhamdulillah, sekarang ni masuk je tandas dia kencing sendiri.. tak payah nak shhh shhh lagi dah..

kena biasakan dia nak buang air besar pulak...  

dah besar anak mama..

Tuesday, August 16, 2016

Pantai Teluk Lipat & Maggi Ketam Bistro

Salam Selasa..
Ni entri throwback sebulan yang lepas.. oleh kerana isteri nak sangat makan maggi ketam walaupun tak mengandung, suami layankan je la.. yelah, bukan selalu dapat makan kan..

jadi, lepas je balik kerja.. suami and anak datang ambik kat ofis.. sebab nak terus menuju ke Dungun.. jauhla jugak perjalanan dari Bandar Marang ke Bandar Dungun,,, lebih kurang sejam jugak..

Sampai je Dungun, kedai tak bukak lagi (call dulu sebelum pergi, kalau tak sia-sia je la harapan nak makan maggi ketam).. jadi kita ke Pantai Teluk Lipat dulu.. cuci mata.. rehat-rehat tengok pantai..

 berjalan pakai baju kurung.. hehe..layan je la.. sampai malam pakai baju ni.. tak masam okey..







manja-manja sikit..anak mana anak??haha

 buah hati mama abah..

suka la dapat maan pasir..



kembang betul pipi aku..


masih lagi kembang


selipar raya.. jepun je pun..beli kasut susah plak nak naik turun rumah orang..


Pantai Teluk Lipat.. 


okey.. yang ni kurang kembang..


my maggi ketam @Maggi Ketam Bistro..

Ni tak silap size f kot..RM22 semangkuk..yummy..kalau tak silap la harga tu..lupe

Monday, August 15, 2016

Tok Pelam's Mango Shake

Alhamdulillah..
Dapat jugak merasa Tok Pelam's Mango Shake 
Tq runner.. sampai jugak ke sini



senang je nak order..
bukak je fb Tok Pelam's Mango Shake..
kat situ ada no phone runner2 yang handsome2..hikhik..

Sunday, August 7, 2016

CVU Ipata Steambost & Grill

Salam Ahad sekalian..
ok suami dah ke Labuan semalam... Khamis malam aritu sempatla makan-makan dengan family, adik beradik yang ada je la.. kita try makan steambot kali ni.. tak mahal mana, RM19.90 per person.. untuk dewasa la... kalau kanak-kanak dalam RM12 kalau tak silap aku.. sebabnya aku sampai, abang aku dah siap isi borang dah.

konsepnya kat sini.. pilih meja, lepas tu isi borang.. lepas isi borang kena letak deposit.. sapa makan membazir kena penalti.. memang puas hati makan.. semua fresh.. udang rasa lagi kemanisannya.. aku kan penggemar udang..macam-macam seafood ada.. kambing pun ada, ayam.. macam-macam lah.

masa aku pergi dia sediakan tomyam.. aku pun tak pasti ada soup ke tak kalau hari lain..


Ni versi perempuan.. yang laki takde..anak-anak kecik pun takde..

kak ipar aku..sebelum semuanya comot, kita bergambar dulu

 
me..


adik aku

yang ni family kecik aku..muka dah macam tuang minyak dah.. makan tak ingat dunia..

oh ye.. aku sampai sini maghrib... sebab takut lewat sangat nak gerak dari rumah lepas maghrib.. jangan risau, surau dengan tandas pun ada.. lokasi kedai ni di Pantai Tok Jembal ye.. kalau lalu jalan tepi UMT tu terus je, lepas tu masuk kiri..depan sikit terus jumpa.. ada atap rumbia..

2 jam makan kat sini..hehehe..puas hati..


Friday, August 5, 2016

sebelum dan selepas


okey, mama posing makan air batu jagung pok long..
tapi muka posing macam nak makan orang..hahahaha..its ok la..menunjukkan kesungguhan makan air batu jagung... yummy..

hakikat sebelum posing..
haha, cha nak panjat.. dia dah kenyang makan la tu..

jadi mak-mak orang ni nak posing susah sikit la..paling tidak kita selfie je..hehe

ok bye.

p/s : esok mr suami dah fly ke labuan..tinggal lah kami 2 beranak.. lama dah tak basuh berak cha.. mandikan cha.. semua mr suami yang buat..

Thursday, August 4, 2016

Throwback

cerita throwback

Jumaat , 22 Julai 2016
Masjid Kampung Bukit Tok Beng 
( dekat dengan kampung suami ku)

alkisahnya petang tu bercadang nak ke Pantai Tok Jembal, bila masuk je lorong pantai takde pun tempat berkelah, semuanya under construstion.. faham-faham je la, tengah tambak batu.. last-last lepak tepi pantai Teluk Ketapang (kampung husband ku)

lepak kejap je..sebab yang lelaki pergi mencari pokok coreng atap ke cucur atap... nak wat bonsai katanya.. jadi lepas lepak kejap, kita g solat.. after solat sementara si lelaki sampai, kita posing la kejap..

cantik kawasan masjid ni.. hijau je rumput dia..

anakanda ku..wat peace je.

spoiled je si kembar sorang ni..sorang lagi takut semut gatal..

dah besar, pandai buat macam-macam aksi dah

ni si bambam gemookk...bila nak kurus ni..

cik nor and the hero.

haha..cik nor ketap gigi jarang dia..hehe...geram ke anak-anak sedare kacau nak selfie..

anak penulis blog haruslah banyak gambar nya..

ajak selfie je anak sedare aku ni..

sapa nak buat calon menantu??

si kembar arfan dan arman..




last selfie..