:: follow me :: tq so much be my follower ::

Tuesday, July 31, 2012

cuti tinggal 1 hari lagi..

alhamdulillah.. bos dah luluskan cuti raya.. means dapat raya seminggu kat rumah... suami pun cuti raya seminggu, tu yang happy..

today keja adalah so banyak.. keje orang pun aku yang kena buat.. macam mana tu?? 

redha..

tahun ni berganda-ganda tukar duit raya.. hahaha, dah kawin kan?? jadi komitmen lebih sikit.. berganda tu pun sebab berdua kot.. aku punya sikit je.. untuk anak-anak buah dan adik-adik yang dah besar tapi nak duit raya jugak.. hehehe..

Monday, July 30, 2012

1 bulan


alhamdulillah, genap sebulan menjadi isteri kepada suami yang tercinta..
walaupun suami takde di sisi aku sekarang, tapi aku bersyukur diberikan Allah lelaki sebaik suami aku.. alhamdulillah, syukur kepadamu Ya Allah.
sebulan bergelar isteri, tapi baru beberapa hari boleh duduk bersama..
weekend baru jumpa, dan pukul 10 pagi semalam suami selamat tiba di 
Wilayah Persekutuan Labuan.
mencari rezeki untuk kami sekeluarga..
insyaallah, seminggu sebelum raya suami akan balik ke semenanjung.. beraya bersama sebagai suami isteri... =)) suka sebab nak pakai baju sedondon..

menjadi seorang isteri memang besar tanggungjawab
sahur suami nak air nescafe 'o', malam lepas tarawih suami nak air koko..
sapa lagi nak buat kan?? mestilah isteri dia.. aku la tuh.. hehehe..
buat air je pun kan?? senang je bang.. no hal..

tapi masih segan bila ke rumah mertua.
rasa macam janggal sangat.
nak hidang makanan tapi tak jumpa cari pinggan mangkuk..
haih..
segan betul rasa..
lepas ni nak cuba biasakan diri..

abang, hepi 1 bulan pernikahan kita
nak celebrate pun dia jauh
sempat mesej dia pagi tadi
hope pernikahan kita akan kekal hingga ke akhir hayat.
 

Sunday, July 29, 2012

he's on the way to labuan

salam 9 ramadhan 1433 H..
suami dah dalam perjalanan ke labuan sekarang ni.. harap dia selamat sampai dan selamat pulang beraya bersama isteri dia.. agak risau sebenarnya.. mana taknya dahla baru-baru ni ada letupan kapal di pertonas methanol labuan tu... walaupun suami bukan seorang pelaut tetapi kerja dia berkaitan dengan kapal dan laut.. arghh.. tekanan jugak bila fikir.. 

malam tadi aku menghantar dia dengan rasa yang sebak.. tapi control jugak macho aku sebab bos dia duk pandang aku.. mana boleh menangis.. tapi bila hilux bos dia hilang, aku pun rasa kehilangan jugak.. grrrr.. pukul 11 malam dia bertolak ke KL, dalam 4.30 pagi dia dah selamat sampai di KLIA.. pagi ni dalam pukul 6.15 dia mesej cakap dah nak gerak, hp kena off.. 

dan till now, aku masih menunggu mesej dari suami tercinta.. belum sampai lagi agaknya.. aku tak pernah naik flight jadi aku tak berapa nak tau kena tunggu berapa lama sebelum naik flight.. maybe pukul 8 baru dia fly.. aku pun tak tau.. kampung betul, flight pun tak pernah naik.. hahaha.. KLIA pun belum pernah sampai...

 he's my hero now and forever

love u..

Thursday, July 26, 2012

masanya dah tiba..

salam khamis.. yeay, dapat balik kampung jumpa suami tercinta...
sepatutnya suami dah kena fly ke labuan last week tapi tak jadi sebab barang tak sampai lagi.. jadi bos dia cakap maybe ahad ni dia akan ke labuan.. sedih pilu jugak rasa... baru je nikah, jumpa pun hari minggu tiba-tiba dia kena ke labuan pulak.. aku harap postponed lagi ke lepas raya.. walaupun pergi 2 minggu tapi lama tuh..

 
sad..

Wednesday, July 25, 2012

argghh.tercekik tulang..

salam 5 Ramadhan... alhamdulillah, dah 5 hari kita berpuasa.. tapi ada benda yang jadi kat aku sebelum puasa.. sampai sekarang ngeri je bila ingat balik...

aku terlekat tulang ikan, ke tercekik ek?? macam tu la.. start hari isnin sampai hari sabtu first puasa baru hilang.. memang tak tau nak bayangkan la macam mana keadaan aku masa tu.. masa hari first kena aku macam rileks je la sebab aku dengan yakinnya pikir dia akan hilang sendiri.. tapi dah masuk hari ketiga aku dah mula gelabah.. siap suruh my mum mintakkan air tawar dari sedara aku.. 2 hari jugaklah aku minum air tawar tu.. last-last hari khamis sebelum puasa tu, aku bukak mulut luas-luas, mana tau kot-kot nampak tulang sebab sebelum ni memang tak nampak kat mana dia menetap.. hahaha..

mak ai.. sekali nampakla tulang tu berkampung kat tekak aku ni.. duk belah kiri.. tengah-tengah anak tekak.. aku terus panggil my mum bagitau.. siap tunjuk kat semua.. my mum cakap buangla.. nak buang macam mana ek?? dah try muntah tak keluar jugak.. apesal la degil sangat ni... last sekali aku suruh suami tarik guna tool jahit akak aku.. gila ngeri.. tapi tak dapat sebab lidah aku bergerak-gerak.. nak bagi tool tu sampai dalam pun tak dapat.. setiap kali kena lidah aku uwweekk.. hehehe.. sampai suami dah surrender dah..

last-last aku cakap..malas dah nak layan.. ikut dia lah nak duk situ sampai bile.. tapi malam sebelum puasa tu aku sakit kepala yang sangat-sangat sampaikan suami keluar carikan acti fast.. aku telan 2 bijik lepas tu tido.. esoknya lepas bangun tido lepas sahur cek kejap tulang.. dah takde.. suke hati sangat masa tu.. thank you Allah.. aku memang dah hampir putus asa dah.. ada hikmahnya aku sakit kepala..

p/s : bila tercekik tulang, kunyah dah lama-lama still rasa macam ade je kat tekak..

Tuesday, July 24, 2012

dari bukit payong ke cameron highland - Part 4 (last)


jom petik strawberi..

malas nak tulis..jadi layan gambar je lah.. last entri untuk haneymoon.. malas dah.. hahaha












Monday, July 23, 2012

dari bukit payong ke cameron higland - Part 3

sambungan lagi... saja abadikan kat blog gambar-gambar ni... buat kenangan.. pagi ni kitorang akan ke taman rama-rama

 lelaki yang pakai spek mata perempuan.. spek mata abang tertinggal kat dalam kereta dia..tu yang bergaya kejap dengan spek mata aku..

 poyo je muka aku..hahaha..kejap je pakai tu, untuk bergambar.. lepas tu simpan.. tak suka pakai spek mata, rase ade benda melekat kat mata..huhu

 dah sampai kat cameron valley, tapi ini bukan ladang kot.. sebab tak leh masuk pun..untuk minum-minum bolehlah.. atau mungkin sebab kitorang pergi terlalu awal pagi?? hahaha..

 kali ketiga myblue ni ke cameron highland, tapi baru pertama kali myblue ni naik dengan tuan dia...

 disebabkan takde benda nak buat jadi bergambar lah..

 ini ladang teh cameron valley kalau tak silap aku.. boleh tengok dari jauh je la..

 okey, ke cactus point pulak.. jumpe tea cameron valley murah kat sini..

 pose yang tak boleh blah..

 cubaan ambik gambar aku.. i like..

 sekarang ke taman rama-rama pulak.. jalan je lah kerja..

 kanak-kanak riang..

 auto timer punye pasal.. apesal ntah dua-dua melentok.. padahal camera ok je..

 panas okey time ni..


 seronok dapat tengok rama-rama..

 
 bye-bye.. nanti bersambung lagi..

Thursday, July 19, 2012

dari bukit payong ke cameron highland - Part 2

oleh kerana pergi honeymoon.. jadi hanya gambar berdua yang ada.. hehehe..
jangan bosan pulak tengok gambar kitorang yang cantik dan hensem ni.. wahahaha...

petang 12 julai 2012.. jom ambik angin..

 
my big boss.. bos sponsored segalanya..thanks..

  
ini isteri kepada big boss...ayu tak pakai skirt??

minum petang dulu.. oleh kerana cuaca sejuk, jadi kena minum panas-panas.. kalau kat bawah, of course lah pilih ais..

mr suami minum ais.. ape kena entah, biase jarang minum ais..

ehem..tudung orang bagi masa kenduri hari tu.. hadiah dari kawan kat utem dulu..asreen anuar dan isteri.. lupa nama isteri dia..comel je tudung ni aku pakai..hahaha.. perasan kejap..

atas tangga sebelum naik hotel pun jadi lah..

mine..

 pose romantik sikit..hehe..

Tuesday, July 17, 2012

dari bukit payong ke cameron highland - Part 1

salam selasa...
alhamdulillah, kembali bekerja setelah lama bercuti dan berkursus.. tak puas duduk dengan suami tercinta.. takpe, khamis ni jumpa lagi ye bang...

akan bercerita berdasarkan gambar.. hahaha.. macam jawab soalan pulak.. describe pictures below.. hehehe 

pagi-pagi sebelum bertolak.. lewat jugak bertolak.. dalam 10.30 jugak la.. singgah YPK, singgah rumah abang ambik tali pinggang.. ehem, sape yang hadiahkan aku baju yang aku pakai tu?? cantik sangat.. thanks a lot.. tak dapat nak kesan sape yang bagi.. siap sekali dengan shawl...

 perjalanan menuju ke tempat sejuk.. hahaha.. melalui tasik kenyir.. sangat cantik ciptaan Allah.. kagum aku..

lagi view yang cantik... curi-curi ambik dari dalam kereta..

 jalan Gua Musang ni takdelah seteruk jalan dari Tapah.. kalau dari Tapah lagilah bengkang bengkok, sampai nak mabuk aku.. tu pun aku lalu 10 tahun yang lepas kot.. hehehe..

dah nak sampai.. tapi hutan-hutan banyak yang dah botak.. sume ditarah.. 

 yang ni tempat tanam-tanam pokok... masa ni suami dah bukak cermin kete... tangan kat luar sebab nak rasa sejuk.. memang sejuk.. belum sampai ke puncak lagi tu..

 muka hepi seorang isteri.. hehe, janggal pulak bila sebut isteri.. tapi senang jugak jadi isteri ni.. kalau nak pergi mana-mana tak payah drive kalau suami ada.. nak buat macam mana, hujung minggu baru jumpa..

 yang ni mr driver aku dari dulu sampai sekarang.. sampai ke sudah tak bagi aku drive walaupun dia penat.. aku nak tido pun takut.. risau dia drive sorang..

okey, tamat Part 1, Part seterusnya akan menyusul lepas ni... hehehe..