salam selasa...
alhamdulillah, kembali bekerja setelah lama bercuti dan berkursus.. tak puas duduk dengan suami tercinta.. takpe, khamis ni jumpa lagi ye bang...
akan bercerita berdasarkan gambar.. hahaha.. macam jawab soalan pulak.. describe pictures below.. hehehe
pagi-pagi sebelum bertolak.. lewat jugak bertolak.. dalam 10.30 jugak la.. singgah YPK, singgah rumah abang ambik tali pinggang.. ehem, sape yang hadiahkan aku baju yang aku pakai tu?? cantik sangat.. thanks a lot.. tak dapat nak kesan sape yang bagi.. siap sekali dengan shawl...
perjalanan menuju ke tempat sejuk.. hahaha.. melalui tasik kenyir.. sangat cantik ciptaan Allah.. kagum aku..
lagi view yang cantik... curi-curi ambik dari dalam kereta..
jalan Gua Musang ni takdelah seteruk jalan dari Tapah.. kalau dari Tapah lagilah bengkang bengkok, sampai nak mabuk aku.. tu pun aku lalu 10 tahun yang lepas kot.. hehehe..
dah nak sampai.. tapi hutan-hutan banyak yang dah botak.. sume ditarah..
yang ni tempat tanam-tanam pokok... masa ni suami dah bukak cermin kete... tangan kat luar sebab nak rasa sejuk.. memang sejuk.. belum sampai ke puncak lagi tu..
muka hepi seorang isteri.. hehe, janggal pulak bila sebut isteri.. tapi senang jugak jadi isteri ni.. kalau nak pergi mana-mana tak payah drive kalau suami ada.. nak buat macam mana, hujung minggu baru jumpa..
yang ni mr driver aku dari dulu sampai sekarang.. sampai ke sudah tak bagi aku drive walaupun dia penat.. aku nak tido pun takut.. risau dia drive sorang..
okey, tamat Part 1, Part seterusnya akan menyusul lepas ni... hehehe..
No comments:
Post a Comment