:: follow me :: tq so much be my follower ::

Wednesday, September 26, 2012

komen

salam rabu.. tengah sakit hati ni.. budak-budak ni sekali aku marah bukan nak dengar, mentang-mentang aku bukan cikgu.. 2 kali marah pun tak dengar.. ambik kau, sekali kali ke 3 aku marah, aku tengking terus lah.. bengang jugak aku.. dah 2 tahun sekolah ni, tak kan tak tau peraturan.. orang dah bagi warning sekali paham-paham lah.. aish, sabar je lah aku..

panjang betul mukaddimah.. hehe..

baru sempat nak buat entri yang panjang-panjang sikit.. baru-baru ni aku ada terima satu komen daripada salah satu entri aku yang agak baru rasanya.. komen tu daripada seseorang yang aku tau kewujudannya tapi tak pernah jumpa ..hanya mengenali dirinya di alam maya.. 

akak,
thank you atas wish akak tu.. sama ada akak ikhlas atau sekadar menyindir (sebab siap cakap perlu ke tak wish tu) saya hargai.. saya harap akak akan bertemu jodoh yang sesuai nanti, atau akak dah kawin?? saya pun tak tau. kalau dah kawin, selamat pengantin baru... saya doakan akak bahagia.. kalau akak rasa saya ada buat salah, saya mintak maaf k..



Monday, September 24, 2012

still waiting

masih menunggu..
harap-harap minggu depan suami dapat pulang..
tapi selagi tiket flight belum beli selagi tu aku tak confiden dia boleh balik..

Thursday, September 20, 2012

1 bulan bersama, 2 bulan berjauhan

salam khamis
hari khamis hari balik kampung la.. tapi masuk kali ni, dah 3 kali weekend suami takde di sisi... 30 september ni genap 3 bulan jadi isteri, 3 bulan jadi isteri.. hampir 2 bulan suami takde di sisi.. arghh.. stress jugak kadang-kadang, tapi aku redha.. suami mencari rezeki..

minggu lepas, suami cakap akan pulang ke semenanjung tapi last minit kerja delay.. jadi kena stay kat sana lagi.. sedikit kecewa sebenarnya.. dan mungkin minggu depan dia akan pulang.. aku hanya berdoa dia akan pulang dengan selamat..

aku tau, orang lain lagi dasyat.. jumpa suami 6 bulan sekali, setahun sekali... syukur dah aku dapat jumpa suami sebulan sekali.. lepas balik ni, suami cakap mungkin bulan 11 baru out to labuan again.. harap-harap betul sebab kemungkinan cepat atau lambat pasti ada.. redha lagi..

abg, i love u..

itu saje karangan aku yang tak cukup patah perkataan..
suara azan zuhur dah memanggil..


Monday, September 10, 2012

ehem, sihat dan kuruskan badan

salam isnin..
alhamdulillah, dapat lagi bernafas hingga ke saat ini.. dah 10 hari suami ke labuan, the end of this week harap-harap dia boleh pulang ke pangkuan isteri dia.. hari-hari tanya bila nak balik.. dan of course dia akan jawab, nak buat kerja cepat-cepat la ni.. hehehe.. sunyi jugak bila weekend balik kampung, suami takde.. tak dapat nak kejutkan dia bangun, tak dapat nak usik dia, tak dapat nak ajak jalan-jalan... sigh.. abang, cepatlah balik..

eh, nak cerita benda lain sebenarnya.. semalam dah masuk 3 kali aku ke fitness fit.. aerobik ler..
best tau.. dapat keluarkan peluh yang memang jarang-jarang keluar. mana taknya, keje kat dalam air cond.. banyak duduk pulak tu.. balik rumah, naik tangga berpeluh sekejap.. lepas tu terus landing atas kerusi tengok tv.. kipas pasang maximum la kalau panas sangat..

sekarang, rutin tu agak berubah.. setiap ahad dan selasa aku ke kelas aerobik.. pukul 5.30 hingga 6.30 petang tapi biasanya melarat sampai pukul 7 jugak..macam-macam gaya yang kena buat.. kagum tengok cikgu, body mantap.. lemak sikit pun takde... bila agaknya aku nak dapat body macam tu... usaha-usaha.. nak kurangkan lemak-lemak kat peha sebab jeans dah ketat.. agaknya baju nikah aku dah tak muat kot.... bahagia macam ni lah, tapi badan pulak naik... wish to turun pada 47 kg... sekarang dah menjangkau ke angka 5 kat depan.. arghh..

bye2.. nak buat keje pulak... petang ni meeting.. grrr.. dont like..




Thursday, September 6, 2012

syawal 2

salam khamis, jauh betul entri raya pertama dan kedua.. hehehe..
raya kedua adalah di rumah mertua, malam raya pertama dah ke sana.. hehe, padahal bukan jauh pun.. dalam setengah jam perjalanan.. jadi raya kedua kitorang ke Felda Neram.. punyalah jauh, dah nak sampai Kuantan dah..

gambar sume kat dalam kereta, sebab segan lah nak ambik gambar kat luar.. tak biasa dengan family suami.. kan terlebih over bergambar pulak.. hahaha..

berempat je, yang lain kereta lain..


adik bongsu suami, aishah.. selalu je nak bertempek dengan aku bila aku balik sana.. 
hehe.. kak long la katakan..

driver of the day..

 yang ni kejenya nak bergambar je..

Wednesday, September 5, 2012

delay??

salam rabu semua
since suami nun jauh di labuan sana, lepas je pukul 5 petang, memang tak pernah berenggang dengan handphone..
mesej banyak-banyak..
macam-macam benda nak cerita..
kitorang memang jarang call each other..
kalau ada pun kejap-kejap je..
kekadang ada jugak lama-lam, tapi tak tau nak cakap apa..
lagi suka mesej rasanya.tapi mesej pun ada keburukannya.. yelah, sometimes apa yang kita nak sampaikan tak sama dengan apa yang dia baca.. baca dengan nada lain la tu.
tapi semalam mesej dengan suami tetiba dia cakap..
tak tau la boleh balik ke tak hujung bulan ni, sebab kerja delay je..
tekanan kejap tapi masih bersyukur sebab still dapat berhubung..


nah, suka sangat kan pic muncung macam ni..


Tuesday, September 4, 2012

~_^

 miss u my husband

Monday, September 3, 2012

1 syawal 1433H

salam merdeka.. hehe.. salam syawal.. dah bape syawal entah hari ni.. baru ada mood nak update pasal raya.. hehe.. tema biru kelabu.. abes 3 papan kain kot.. hehehe.. tu pun takde yang betul-betul sama warna..

 family kak long

 family kak ngoh

 family abang di

 family aku.. hehe..berdua je tahun ni..

 adik beradik with ma dan tok

 the menantu's of ma..yang perempuan memang akan ada sorang tu je lah.. hehe..

 the cucu's of ma.. its 12 this year.. 8 boys, 4 girls..

 ini ikah..anak kak long yang bongsu maybe

 buah hati ku.. dengan arman

 the anak buah

my big family...susah gile nak dapat gambar macam ni.. banyak songeh je..

Sunday, September 2, 2012

weng-weng again

salam ahad.. tak bersemangat kerja hari ni.. suami dah fly ke labuan.. dan alhamdulillah dah selamat sampai..
2 3 hari ni, kepala aku sedikit weng-weng.. tak tau la kenapa.. rasa macam berat semacam je.. mata pun berat je, rasa nak tido je manjang..

mungkin banyak sangat makan, tak pun mungkin lama tak bersenam.. hehehe, petang ni nak mulakan senaman.. nak aerobik.. dah siap beli uniform.. tight, kasut dengan tshirt tak payah beli.. pakai je apa yang ada.. berat aku kan dah naik dengan mendadak sejak tinggalkan melaka 2 tahun lepas.. huhuhu..

jadi petang ni jom aerobik.. harap-harap esok aku tak sakit urat la.. sebab lama tak exercise.. takut urat terkejut..

satu lagi nak kongsi...  untuk tatapan bersama....kata kakak ipar aku kalau mula-mula pregnant jangan makan or minum..

betik muda
air tebu
air kelapa

betik aku tak suka kalau makan macam tu je.. tapi kalau air tebu dengan kelapa memang favourite aku.. jadi, lepas ni kena elakkan.. aku belum pregnant lagi, tapi dah ada rancangan untuk ke situ.. hehehe..

ok bye..hehe