:: follow me :: tq so much be my follower ::

Monday, September 10, 2012

ehem, sihat dan kuruskan badan

salam isnin..
alhamdulillah, dapat lagi bernafas hingga ke saat ini.. dah 10 hari suami ke labuan, the end of this week harap-harap dia boleh pulang ke pangkuan isteri dia.. hari-hari tanya bila nak balik.. dan of course dia akan jawab, nak buat kerja cepat-cepat la ni.. hehehe.. sunyi jugak bila weekend balik kampung, suami takde.. tak dapat nak kejutkan dia bangun, tak dapat nak usik dia, tak dapat nak ajak jalan-jalan... sigh.. abang, cepatlah balik..

eh, nak cerita benda lain sebenarnya.. semalam dah masuk 3 kali aku ke fitness fit.. aerobik ler..
best tau.. dapat keluarkan peluh yang memang jarang-jarang keluar. mana taknya, keje kat dalam air cond.. banyak duduk pulak tu.. balik rumah, naik tangga berpeluh sekejap.. lepas tu terus landing atas kerusi tengok tv.. kipas pasang maximum la kalau panas sangat..

sekarang, rutin tu agak berubah.. setiap ahad dan selasa aku ke kelas aerobik.. pukul 5.30 hingga 6.30 petang tapi biasanya melarat sampai pukul 7 jugak..macam-macam gaya yang kena buat.. kagum tengok cikgu, body mantap.. lemak sikit pun takde... bila agaknya aku nak dapat body macam tu... usaha-usaha.. nak kurangkan lemak-lemak kat peha sebab jeans dah ketat.. agaknya baju nikah aku dah tak muat kot.... bahagia macam ni lah, tapi badan pulak naik... wish to turun pada 47 kg... sekarang dah menjangkau ke angka 5 kat depan.. arghh..

bye2.. nak buat keje pulak... petang ni meeting.. grrr.. dont like..




1 comment:

  1. salam sarah.
    moga berjaya menguruskan badan. Yg lebih ptg agar sihat sentiasa.

    ReplyDelete