:: follow me :: tq so much be my follower ::

Wednesday, October 31, 2012

kenapa nak kena tinggal yang itu?

salam rabu..
dah lama tak bersiaran di sini.. kerja terlalu banyak.. kerja betul-betul, kerja yang tak betul-betul pun banyak.. ahak, side income.. hehehe.. minggu ni banyak benda yg jadi. sampai buat aku trauma.. tapi biarlah rahsia..nak jugak tiru dato ct kita..

ehem

aku pelik dengan orang-orang yang tak berapa nak reti bahasa.. kenapa lepas buang air besar or berak tak nak pam?? kalau pam takde, kan ade baldi yang disediakan.. susah sangat ke nak buat?? aku memang pantang kalau masuk tandas tapi terperasan sesuatu kat dalam lubang jamban tu.. haih... dah memang tabiat aku, masuk tandas intai keliling.. takut ada katak pisang, lipas,cicak dan binatang-binatang lain.. dan memang tabiat aku jugak intai kat dalam lubang jamban tu.. kalau ada something yang tertinggal memang aku akan pam atau simbah air dulu sebelum aku melepaskan hajat..macam tukang basuh jamban pulak aku..

tolonglah... jaga lah kebersihan tandas tu sikit..

okey..nak sambung format laptop balik.. kenapa lah kau susah sangat nak format.. harap-harap kali ni berjaya.. petang ni husband datang.. ada hal nak disettlekan..


Monday, October 22, 2012

sekali makan tak cukup

alhamdulillah.. maggi ketam bistro yang aku cari dah jumpa..
tapi satu magkuk tak cukup rasa.. haha.. selera besar..
thank you suami, sebab tolong pecahkan kulit-kulit ketam ini..
siap disuapkan lagi.. punyalah tak nak kotorkan tangan.. hehe
insyaallah, ada masa nak pergi sana lagi lah..
sup dia sedap..

Tuesday, October 16, 2012

weekend untuk jalan-jalan

salam selasa.. 
ehem, khamis ni nak tengok wayang.. yuhuu.. lepas tengok wayang kita cari maggi ketam AGAIN.. buat kali yang kedua dan yang pastinya dah tau kat mana maggi ketam bistro ni.. weekend aku sekarang memang akan sentiasa penuh dengan aktiviti berjalan saje.. hehehe.. i like.. bila lagi nak ajak suami jalan kan?? kan lepas raya haji nanti dia kena fly ke Labuan again.. tapi masih berharap dia fly lepas raya Deepavali.. haha.. motip?? nak ajak dia join sekali la ke Cameron Highland.. Insyaallah.. family vacation since 3 years ago maybe.. tapi kali ni kak ngah tetap tak dapat join.. kena tanda kertas PMR pulak..

sigh.. apekan daya..

weekend ni dah ade program.. minggu depan raya haji.. ehem, raya kat rumah mertua tahun ni.. first time.. harap-harap aku dapat menjadi seorang yang peramah dan akan automatically boleh memasak masakan yang berasaskan daging.. hehe.. raya haji katakan.. 2 3 hari la akan makan makanan yang berasaskan daging.. 

sebenarnya aku lapar ni.. tadi breakfast pukul 9.30 makan mihun sup je dengan tea panas... dan sekarang aku lapar.. risau dengan badan yang makin tembam ni.. makan sama je macam dulu, tapi berat naik.... hormon kah?? entahlah.. yang penting hidup aku makin ceria dan gembira.. kalau suami kat labuan aku tak berapa nak hepi.. entahlah, risau semacam je.. otak ni berfikir macam-macam.. 

oklah, lagi 20 minit nak balik.. bye..




Wednesday, October 10, 2012

blouse tu macam mana yang?

kalau dah nama lelaki.. blouse pun tak tau macam mana..
hehehe.. comel jerk suami ku ini..


Monday, October 8, 2012

misi mencari maggi ketam bistro gagal

sedikit kecewa sebenarnya.. 
2 3 kali pusing tak jumpa mana lah letaknya maggi ketam bistro ni..
tapi yang paling lagi frust bila siap-siap makan, tetiba lalu satu lorong.. suami cakap, yang ni kot maggi ketam bistro, belakang mydin.. lalu kot lorong baru perasan.. tapi aku tak sure betul ke tak, sebab kitorang ke kanan, kedai tu ke kiri.. nampak macam banyak je kereta park kat situ..

takpe, sebelum suami fly lagi sempat lagi nak cari maggi ketam ni.. padahal kat kampung aku pun ada maggi ketam ni, tapi dah macam glamer je maggi ketam bistro tu.. nak jugak rasa.. 

jadi, hari tu kitorang makan je pape yang patut.. huhhu..


kami


maggi kepah pun jadi lah.. suami punya.

 

 aku punya, nasi goreng kampung + telur dadar + sup kosong..





Sunday, October 7, 2012

pantai mengabang telipot

salam ahad..
suami dah sampai ke sisi ku.. hehehe.. jadi jom jalan-jalan cuci mata..
sebenarnya takde plan nak keluar pun tapi disebabkan perlu ke lembah bidong ambik dokumen dengan si bongsu, terpaksalah keluar.. padahal suka je aku.. sebab boleh jalan-jalan..

macam biasa, angkut darwish sekali.. dah janji nak ke pantai.. jadi lepas makan udang celup tepung, ikan tuker celup tepung dan sotong celup tepung.. ke pantai lah kita.. dah janji dengan darwish, kalau tak pergi memang mulut dia tak berhenti tanya.. hehe..


 
 

   
   

  
  
  
  
 
 


hujung minggu ni tak dapat berjalan la..ade event kat rumah.. hehehe..

Thursday, October 4, 2012

khamis dah wei

salam khamis yang aku suka sebab nak jumpa suami balik kerja karang..

malam tadi aku tido sorang-sorang kat rumah sewa aku.. housemate semua takde.. sorang cuti, sorang lagi kena bawak budak pergi lawatan.. jadi aku pun tido lah sorang-sorang.. nak suruh suami temankan dia baru je sampai kampung malam tadi.. sian pulak nak kena drive ke paka.. sejam setengah jugak..

okey je tido.. tido kan?? bukan sedar pape dah.. hahaha, sebab penat sangat kot..
kul 5 lebih, phone bunyi pulak.. aku angkat lah kot2 ada emergency since takde nama yang naik means dia tak pernah coll aku.. haih, dah lah aku ngantuk lagi mau tanya intan ke ni?? bukan lah aku jawab.. tanya lagi, dah tu awak ni siapa.. aku paling benci bila tanya siapa ni.. patutnya orang yang coll tu tau lah dia nak coll siapa.. bengang aku.. dahlah siap cakap aku sombong sebab tak bagitau nama.. tak kuasa aku nak layan.. lepas tu aku letak terus.. coll lagi tapi aku tekan je silence.. tido lagi sedap kot..

sebelum ni pun ada yang macam tu.. satu nombor tu selalu kacau masa aku tengah sedap-sedap tido... bukan nak bercakap, diam je.. bodoh betul.. banyak kali coll tapi bila angkat tak bercakap.. bisu kot.. suami yang angkat, aku malas..sekali esoknya aku tengok suami dah letak nama berok kat nombor tu dengan assign tone beep.. hahaha..

aku syak orang tu kenal aku sebab seminggu lepas tu dia coll nombor lama aku yang mak aku pakai.. sian mak aku, tak lena dia nak tido.. janganlah kacau orang lagi wei..

agaknya ex pakwe aku, tak pun ex abang angkat.. biase lah, zaman kegemilangan dulu-dulu..hehehe.. gemilang kan??

Tuesday, October 2, 2012

salam selasa..
esok suami balik.. sukeeeeee.. senyum sampai telinga la.. tapi walaupun esok balik, tapi lusa baru leh jumpa lepas rindu.. hehe.. sebabnya esok malam baru naik flight ke terengganu.. entah ape la nak buat kat lcct tu sorang-sorang.. kalau aku, tengok orang je kot.. nak jalan-jalan takut la kalau sorang-sorang..

since suami dah balik, dah bolehla ajak dia jalan-jalan makan angin...  

rasa macam dah lame takde gambar kat entri aku.. hehe.. alasan sebab nak letak gambar sendiri...