salam khamis yang aku suka sebab nak jumpa suami balik kerja karang..
malam tadi aku tido sorang-sorang kat rumah sewa aku.. housemate semua takde.. sorang cuti, sorang lagi kena bawak budak pergi lawatan.. jadi aku pun tido lah sorang-sorang.. nak suruh suami temankan dia baru je sampai kampung malam tadi.. sian pulak nak kena drive ke paka.. sejam setengah jugak..
okey je tido.. tido kan?? bukan sedar pape dah.. hahaha, sebab penat sangat kot..
kul 5 lebih, phone bunyi pulak.. aku angkat lah kot2 ada emergency since takde nama yang naik means dia tak pernah coll aku.. haih, dah lah aku ngantuk lagi mau tanya intan ke ni?? bukan lah aku jawab.. tanya lagi, dah tu awak ni siapa.. aku paling benci bila tanya siapa ni.. patutnya orang yang coll tu tau lah dia nak coll siapa.. bengang aku.. dahlah siap cakap aku sombong sebab tak bagitau nama.. tak kuasa aku nak layan.. lepas tu aku letak terus.. coll lagi tapi aku tekan je silence.. tido lagi sedap kot..
sebelum ni pun ada yang macam tu.. satu nombor tu selalu kacau masa aku tengah sedap-sedap tido... bukan nak bercakap, diam je.. bodoh betul.. banyak kali coll tapi bila angkat tak bercakap.. bisu kot.. suami yang angkat, aku malas..sekali esoknya aku tengok suami dah letak nama berok kat nombor tu dengan assign tone beep.. hahaha..
aku syak orang tu kenal aku sebab seminggu lepas tu dia coll nombor lama aku yang mak aku pakai.. sian mak aku, tak lena dia nak tido.. janganlah kacau orang lagi wei..
agaknya ex pakwe aku, tak pun ex abang angkat.. biase lah, zaman kegemilangan dulu-dulu..hehehe.. gemilang kan??
No comments:
Post a Comment