salam selasa.. alhamdulillah, akhirnya dah dapat tarikh yang sesuai untuk majlis kami nanti.. yang pasti majlis aku nanti adik aku yang belajar kat usm tu mesti ada.. kalau takde, merajuklah dia... jadi baru-baru ni dia ada tagged kat aku jadual dia untuk semester ni..
oleh kerana cuti panjang dia start 30 jun 2012, jadi tarikh majlis kami nanti haruslah 30 jun 2012 jugak.. hari sabtu.. insyaallah dia sempat balik sebab kalau lah jumaat tu last paper, paling tidak pun jumaat malam tu jugak dia wajib balik.. hehe
semua family dah tau, ayah je belum tau lagi.. rasanya ayah takde pape program kot.. jarang-jarang je ayah keluar ke luar negeri.. aku decide nak buat majlis akad nikah dengan sanding hari yang sama, 30 jun 2012.. maybe nikah pagi tu.. tak nak buat 2 3 kali majlis.. penat... aku bagitau mr tunang, kalau boleh buatlah majlis kat rumah dia 1 julai.. takdelah kak long kena ulang alik kelantan terengganu.. means kak long kena ambik cuti sehari sebab bukan cuti sekolah masa tu..
harap-harap tarikh ni dah confirm sebab banyak yang kena settle..
p/s : esok dan lusa kena jaga student kat awang beach resort.. harap-harap resortnya best..