salah isnin.. dah seminggu tak update blog.. dan persiapan kawin yang telah aku settlekan sepanjang seminggu ni adalah cincin.. cincin untuk bakal suami dah siap ditempah dan diambik semula.. oleh kerana bakal suami nak cincin silver je ( save bajet aku ), jadi aku just cari kat kedai silver.. tapi bukan senang okey nak cari sebab jari bakal suami sangatlah comel.. hehe.. try saiz 24 pun tak muat.. memang comel bukan?? hehehe..
lepas try cincin yang tak muat tu, bakal suami decide nak pergi tempah kat sedare dia.. tapi last minit cakap, takut tak sempat.. jadi bus stand bandaraya kuala terengganu yang menjadi port yang last untuk dituju.. alhamdulillah, walaupun still takde saiz jugak tapi boleh adjust.. dan dalam masa dua hari dah dapat collect cincin tu.. saiz?? 27 okey.. dua jari aku muat.. hehehehe.. memang comel..
dan cincin tu ada di tangan aku sekarang, nak balik kampung esok, tunjuk kat bakal mak mertua bakal suami pulak or lebih senang mak aku.. kuikui.. ooopss, terlupa.. baju nikah pun dah siap dijahit oleh tailor aku aka kakak aku.. tak sabar nak balik.. nak try sarung, kot-kot tersekat kat bontot..kan dah mengembang sekarang..hehe.. bye-bye.. sambung kerja..
No comments:
Post a Comment