:: follow me :: tq so much be my follower ::

Monday, September 25, 2017

Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara

Fuh..
Baru je lepas exam Pegawai Eksekutif LHDN selasa lepas.. kena pulak exam Pegawai Kawalan Trafik Udara 3 Oktober ni.. penatnya nak exam..

aku pernah lulus exam ni..tapi masa tu offline.. kena attend exam kat hall.. jawablah kau.. alhamdulillah lepas.. bila dah lepas dipanggil untuk PAC or Assessment.. Aku failed kat situ... uwaaa.. sedih..

antara sebab aku failed:

  1.  aku pakai tudung sarung @ indon (panel tu kata itu namanya tudung malas)
  2. aku pakai kasut tapi terbuka di depan
  3. aku tak berapa fasih nak speaking (ada group discussion dan panel nak tengok kita bersembang           dalam group, all in English)
  4. 4sebutan aku bila disuruh membaca skrip agak hampeh..memang pelik sikit skrip dia..(skrip pilo &pegawai kawalan trafik udara)
okey, lupekan yang dah berlalu..5 tahun lepas dah..

Jadi, jomlah kita jawab exam online ni sama-sama..biasalah kena tahu pasal Malaysia.. dasar-dasar.. pasal aeroplane pun kena jugak.. pernah ditanya, aeroplane guna minyak apa? jawapannya kerosin @ minyak tanah.. yang kita nyalakan pelita tu.. macam tak logik kan? tapi itulah hakikatnya..

sebenarnya exam online lagi rasa susah dari exam offline.. bagi aku lah.. dengan cabaran server problem lagi.. sabar je la.. jom menjawab.. semoga berjaya..

Sunday, September 24, 2017

Tasik Kenyir - 17 September 2017

Alkisah ahad lepas ayah ajak aku ke Tasik Kenyir.. katanya ada Festival kenyir..
sekali ayah ajak sekali adik aku, Nor..yelah.geng-geng bujang.. aku bujang kejap je..sementara suami jauh.. hehe.. oleh sebab arman, ank buah aku tido rumah aku.. tokki ajak dia sekali..

tokki kata,, breakfast kat luar.. jadi pukul 7 pagi aku dah siapkan budak 2 orang ni.. menunggu tokki..

my hero..

sabar menunggu

mata bengkak lagi..hehe

ni selipar raya cha.. tak nak pakai dah dia kata.. pakai selipar jepun jugak dia nak.. macam mama dia jugak..suka selipar jepun..

amsyar takut badut.dia memang takut patung..

lebih kurang sejam setengah jugak nak sampai ke tasik Kenyir.. sumbat naik hilux tokki.. hehe..dah sampai, festival pun tak bukak lagi.. jadi kita bergambar dulu lah.. tokki dah hilang entah ke mana masa ni,.. 

arman tak nak join masa ni..pemalu

tu anak buah ayah aku..

sorang je lah..

tengah-tengah bergambar ayah call.. ajak ke jeti.. nak naik bot..hehehe..i like..

sume dah pakai life jacket.. cute je anak aku ni..



arman takut..dahla pakai jaket besar. tenggelam kepala.. dah macam kura-kura

ayah. mok cik, arman dan akil

arman..senyap sunyi.. katanya takur air masuk mulut.. hahaha



driver pun nak masuk gambar..hehehe

oh ye.. satu bot dalam RM60 @ RM70 macam tu lah.. tu kadar untuk pusing pulau..dalam 30 minit..



jumpa gajah pulak..

balik dari Kenyir cari air terjun pulak,, gigih tokki..last-last air terjun tu kering.. ape lagi.. muncung la anak aku..

tokki pun gigih pulak cari yang lain.. okey jumpa, betul-betul depan Dam Kenyir.. mandi dalam 30 minit.. senyumla semua budak-budak kecil..

balik singgah makan ikan baung tepi sungai.. nyum nyum.. nasi pulak lambat masak.. nak makan punya pasal... tunggu je la.. jadi hari tu semua tokki belanja, kecuali coklat yang aku beli..

thank you tokki @ ayah





Wednesday, September 6, 2017

Belated Birthday Amsyar Harraz

Happy Birthday Cha
Dah 4 tahun anak teruna mama.. 
sebenarnya, dah lama plan nak sambut birthday Cha.. tapi kena lah tunggu kak long balik. baru meriah.. sekali k,long nak selitkan sekali sambut birthday chik.. ank buah aku..dah besar..form1 ..tapi dia memang takde dalam gambar ni..hehe

malu la kot.. dah besar kan..

cousins
kiri - taqim
tengah - cha
kanan - firas

memang muka 3 orang ni je la dari awal sampai akhir

mesra je nampak kan? tapi hakikatnya gaduh sokmo..haha..biasalah budak-budak

Harold's Bread Chocolate Mousse

sedap kek ni..
nak cari Secret Recipe tapi sold aout pulak.. maybe sebab 31 Ogos tu SR buat promotion kan..

tapi tak menyesal beli Harold's Bread, sedap yummy.

hadiah untuk Cha mama tak sempat beli lagi..abah pun terpaksa cancel balik kampung.. kena fly ke Labuan pulak.. lepas tu maybe Lahad Datu.

Monday, July 31, 2017

menyirap

Salam Isnin..

Sejak kerja jauh sikit dari rumah ni dah nak malam baru sampai rumah.. sebabnya singgah rumah my mum dulu.. mana taknya..amsyar hari2 balik tumpang ayh cik dia.. nak tak nak kena la ambik dia kat rumah my mum.ok jugak, sempatlah dia mengaji.

dah 2 3 hari aku duk perati je anak-anak jiran-jiran aku ni.. menyirap pulak darah aku.. ada ke patut dia maen air yang suami aku takung nak siram pokok.. bukan tempat nyamuk bertelur ok, aku siap bela ikan lagi.. 

maen air lepas tu letak sampah.. tu yang aku bengang.. tengok balik karang.. mak cik aku cakap, buang air tu.. nanti letak air baru.. baru dia tau kita guna air tu.

aku memang tak berapa suka amsyar maen kat depan.. sebab aku tengok pelik je perangai budak-budak ni.. haish.. mintak jauh lah..


Sunday, July 30, 2017

Tea Tarik Madu Warung Pak Mat Pulau Pisang

salam ahad.. ku dah mula kerja..

dah banyak kali ke kelantan..pergi kali ni baru berpeluang merasa tea tarik madu ni.. memang sedap.. terbaik.. dah alang-alang ada nasi..kita lunch sekali lah.


sebelum habis.. haruslah snap gambar dulu.

yang ni selfie yang blurr..

nanti husband cuti boleh ajak dia pulak..sian pulak...tulah kerja jauh sangat..

Thursday, July 27, 2017

Last hari raya di PPD Marang

Salam Rabu.. lambatnya Khamis..hehe

oklah, since aku dah kena transfer ke tempat lain, aku kena abadikan gambar-gambar sambutan hari raya dengan kawan-kawan tersayang di PPD Marang..uwaaa..miss u..

Rumah Datin Sharifah Maziah..sampai je terus bergambar



maafkan ke'comel' an aku tuh..

masa ni dah siap makan..

yang ni teman makan aku..tengahari kalau dia lapar..datang cari aku..


eio's girl.. 

geng-geng sejawatan


tinggal bertiga dah..2 orang dah kena kick..







Raya Dewan Majlis Daerah Marang..tahun ni aku jadi pengunjung je..tahun lepas kena jaga booth

berebut kambing katanya..gigih..last sekali dapat lemak..

kita makan sampai kenyang.

Monday, July 24, 2017

Day 2 of Week 2


hari-hari ngadap jem.
nampak dh Wisma Darul Iman..tapi perjalanan jauh lagi..

bertabahlah..
cari rezeki yang halal..

Thursday, July 6, 2017

2 Syawal1438 H

2 Syawal 1438 H

tahun ni turn raya rumah mertua masing-masing..jadinya hari raya kedua baru lah dapat beraya di rumah ayah.. aku duduk sebelah rumah ayah je pun tapinya pagi raya ayah takde.. aku pun terus ke rumah ma la..

tahun ni geng perempuan decide beli baju ala-ala sama.. dan dah janji pakai raya kedua..

ni posing rumah ayah..rustan's family


mokhtar's family..family kak long aku



suhardi's family...family abg di aku

roslan's family..family akak aku yang bertanggungjawab jahit baju kami anak beranak..




 anak-anak sedara aku termasuklah amsyar ada baju sama..adik aku yang belanja..yang lelaki je lah yer..ni family aku..ma takde..tak sempat nak bergambar dengan ma..sibuk je..

ayah dan mokcik..
sambung posing kat rumah ma pulak..





tu je cerita raya kedua..setiap hari aktiviti penuh.. penat den..