:: follow me :: tq so much be my follower ::

Thursday, December 23, 2010

jangan tertipu pada senyuman..

entri ni adalah auto published...
ye, aku kat dalam bas dah sekarang ni.. menuju ke kampung halaman aku.. 8 jam dalam bas memang penat.. tapi naik bas malam memang okey lah, boleh tido je.. kalau siang, haruslah aku tido hanya sejam dua..

bye,bye..
aku tinggalkan bumi melaka.. tak pasti berapa lama... maybe selama-lamanya..

terlalu banyak masalah yang aku tanggung.. kadang-kadang aku dah tak larat nak hadapi semua tu.. serius terlalu berat.. air mata memang dah jadi teman rapat aku.. menangis buat aku tenang sekejap, tapi masalah tak kan selesai.. apa aku nak buat?? buntu sudah fikiran aku ni... haih, balik kampung ni tak taulah macam mana.. entah-entah lagi bertambah masalah aku..

tak semua orang sudi mendengar keluh kesah di jiwa aku.. mungkin ada yang mencemuh aku, mungkin ada yang mentertawakan aku, mungkin ada yang muak dengan kisah aku.. kerana itu, aku tak ingin berkongsi gelora di jiwa ini dengan orang lain.. cukuplah pada mr driver tempat aku mengadu.. tempat aku menangis.. kerana dia aku kembali tenang, kerana semangat dia aku terus kuat.. namun kadang-kadang aku jatuh juga.. bila hati dikuasai oleh satu perasaan halus..

"apa yang kau dah lakukan, kau yang kena tanggung sendiri..."

aku jatuh lagi..

tak tau bila kesudahan semua ni.. bila hati aku akan kembali tenang macam dulu-dulu.. terlalu lama rasanya aku hidup dalam masalah... aku sengsara.. terseksa..


Ya Allah, tenangkan jiwa dan hati aku..
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini..
Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan untuk aku selesaikan semua masalah aku..

AMIN...


p/s : bibir menguntum senyuman yang manis... namun hati tetap menangis...




2 comments:

  1. salam kak, ape khabar...senyuman bukanlah satu penipuan...tp senyuman itu pengubat buat diri kita dan orang disekeliling kita...biarlah rahsia segala apa yg tersimpan dihati...yg pnting masalah kita x membebankn org len...lame xonline ngan akak...kol baru ni pun x angkat...

    ReplyDelete
  2. tinggalkan melake untuk selame lamenya?ko biar btul

    ReplyDelete