:: follow me :: tq so much be my follower ::

Thursday, December 23, 2010

jangan tertipu pada senyuman..

entri ni adalah auto published...
ye, aku kat dalam bas dah sekarang ni.. menuju ke kampung halaman aku.. 8 jam dalam bas memang penat.. tapi naik bas malam memang okey lah, boleh tido je.. kalau siang, haruslah aku tido hanya sejam dua..

bye,bye..
aku tinggalkan bumi melaka.. tak pasti berapa lama... maybe selama-lamanya..

terlalu banyak masalah yang aku tanggung.. kadang-kadang aku dah tak larat nak hadapi semua tu.. serius terlalu berat.. air mata memang dah jadi teman rapat aku.. menangis buat aku tenang sekejap, tapi masalah tak kan selesai.. apa aku nak buat?? buntu sudah fikiran aku ni... haih, balik kampung ni tak taulah macam mana.. entah-entah lagi bertambah masalah aku..

tak semua orang sudi mendengar keluh kesah di jiwa aku.. mungkin ada yang mencemuh aku, mungkin ada yang mentertawakan aku, mungkin ada yang muak dengan kisah aku.. kerana itu, aku tak ingin berkongsi gelora di jiwa ini dengan orang lain.. cukuplah pada mr driver tempat aku mengadu.. tempat aku menangis.. kerana dia aku kembali tenang, kerana semangat dia aku terus kuat.. namun kadang-kadang aku jatuh juga.. bila hati dikuasai oleh satu perasaan halus..

"apa yang kau dah lakukan, kau yang kena tanggung sendiri..."

aku jatuh lagi..

tak tau bila kesudahan semua ni.. bila hati aku akan kembali tenang macam dulu-dulu.. terlalu lama rasanya aku hidup dalam masalah... aku sengsara.. terseksa..


Ya Allah, tenangkan jiwa dan hati aku..
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini..
Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan untuk aku selesaikan semua masalah aku..

AMIN...


p/s : bibir menguntum senyuman yang manis... namun hati tetap menangis...




nak naik boat tak?? datang cni lah..

cerita lapuk... hehehe..
nak jalan-jalan kat melaka tapi tak tau nak g mane?? hehe, datanglah ke tasik ayer keroh.. dekat dengan d village, dekat dengan zoo, dekat dengan padang golf dan dekat jugak dengan restoran de pelican.. orang melaka confirm tau tasik ni...

bahan bukti aku dah naik boat ni..hehe

macam-macam aktiviti ada kat sini.. ada kayak, ada paddle boat, ada berbasikal.. macam-macam lah... tapi aku pilih naik boat yang besar tu.. eheheh.. aku penakut lah nak naik kayak.. teringin nak naik paddle boat tapi nantilah.. kalau yang ada anak-anak kecik tu, better naik boat yang besar ni kot..ley cuci-cuci mata... murah je.. RM3 seorang.. budak-budak free kot.. apehal aku tiba-tiba promote ni ek?? kuikui..

every day ada aktiviti ni tau.. biasanya petang la.. sapela nak g pagi-pagi.. g jogging dengan mancing leh la kot.. nak ajak mr driver naik paddle boat lak nanti.. mr driver, jangan skip pulak ayat ni okey.. hehe..

p/s : sharing is caring..
eksekutif kewangan tu ape benda??
penat aku search, tak jumpa jugak jawapan..

Wednesday, December 22, 2010

terjawab

tak sengaja menyinggah carrefour weekend baru-baru ni..
bukan carrefour melaka, tapi carrefour seksyen 23 shah alam.. ye kot rasanya..
baru bukak.. ramai betul orang.. nak cari parking punyelah susah.. tak de tujuan pun masuk sana.. saje cuci-cuci mata.. nak shopping duit yillek... hehe..

tiba-tiba.. aku nampak ramai sangat sangat orang kat satu sudut kosmetik.. tertanya-tanya jgk la aku.. nak juga tau ape kena kan??

akhirnya..
terjawab..



datok ct rupanya..
mr driver je yang leh snap gambar.. aku tak lepas le... tinggi sangat..


p/s : breakfast agar-agar pandan sejuk.. yummy..


Tuesday, December 21, 2010

pada yang bernama...



pada yang bernama maisarah...
kuatlah..
tabahkan hati..
jangan bersedih..
jangan menangis..
insyaAllah..
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..


p/s : kadang-kadang tak tau keputusan ini betul ke tak.. jalan tu terang, namun terlalu banyak simpang-simpang yang harus dipilih.. bimbang andainya membuat keputusan untuk teruskan, akan sesat di simpang-simpang itu.. dan akhirnya terus tersesat..

Monday, December 20, 2010

dah takde orang nak hargai aku, aku belah la..

yeehaaa..
tak sabar nak balik kampung.. almost 4 months tak balik kampung.. last balik raya puasa.. patutla rasa rindu semacam je.. hehe.. tiket pun dah beli.. dah takde orang nak hargai aku kot kat sini, so better cari tempat yang masih ada orang hargai aku.. hehe, pasrah tak ayat?? hehe.. macam pernah dengar kan ayat tu?? hehe.. siapa yang terasa tu, aku pinjam ayat tu tau.. nak-nak si silent reader yang aku tau dia memang baca blog ni...

terasa diri makin gemuk bila goyang kaki kat rumah... aishhh..

cubaan pertama memakai inner.. mr driver cakap muka aku nampak tembam... ke memang dah tembam??


gambar kedua bersama mr driver..
hari aku dapat gelang tu..
pantai klebang, 27 nov 2010..


Saturday, December 18, 2010

aida owh aida..

makin berusia makin cantik.. lagilah dah bertudung..

siapa dia??

ni ha...


masa mula-mula

aida rahim..

lepas tu kawin dengan joe radzwil nama jadi

aida razwil..

sekarang dah divorce.. nama pun tukar

aida khaleeda..

aku tertengok masa layan putera katak


p/s : artis memang selalu tukar-tukar nama..
macam si anak pontianak tu, nama pun dah bertukar..
dari zarina an julie jadi Anjoulie Lavocah
buruk nau nama tu..

Friday, December 17, 2010

lauk terbaik dari si gadis yang awet muda..

keyyah dan adah yang puasa.. aku dan d menyibuk la..
lauk terbaik untuk berbuka puasa muharam semalam..

ikan singgang.. kalau terengganu, tambah kan g di belakang ikan tu jadi ikang.. ikan adalah 2 ekor sorang sebab kecik coet je..



bila ada ikang singgang.. budu adalah pasangan paling cocok.. budu cap ketereh yang dibeli di mydin.. dalam budu haruslah diletakkan bawang, cili dan juga serai.. nyum-nyum..



jangan terkejut kalau tengok penghuni rumah ni semua awet muda.. haha, pegaga tu lah penyebab nya.. ulam-ulaman..



hujan-hujan macam ni memang terbaik bila makan nasi panas-panas dengan ikang singgang cicah budu dengan ulam pegaga..(rasa macam nak makan lagi)

p/s : baru je makan sup ketam dengan sambal terung pipit with ikan bilis..
thank you pada yang membelanjakan..hehe..


matahari dah keluar..alhamdulillah

selamat pagi jumaat.. pagi ni baru nampak matahari.. macam semalam langsung matahari takde.. rindu kat matahari.. takde matahari alamatnye tak kering la baju-baju.. kan susah tu.. hikhik.. bosan betul duk membela badan kat rumah ni.. tak sabar rasa nak balik kampung.. dah hampir 4 bulan tak balik kampung.. sebab tu family kat kampung rindu kat aku.. hikhik, ke aku yang rindu kat diorang?? dua-dua kot..

tetiba teringat lagu sungai lui aizat nyanyi tu.. terpikir-pikir mana letaknya sungai lui ni?? wujud ke tak? atau hanya dalam lagu.. so. aku pun google.. memang wujud lah sungai lui ni.. aku klik sini.


Kampung Sungai Lui terletak di tepi Sungai Lui yang bercantum dengan Sungai Langat . Kampung Sungai Lui terletak di mukim Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Penduduk kampung ini orang Melayu keturunan Kerinchi atau Kurinchi yang pindah dari Sumatra , Indonesia sekitar tahun 1800 yang lalu.

Penduduk di sini banyak mengusahakan dusun buah-buahan seperti durian, langsat, rambai dan tampoi. Ada juga yang menanam rambutan dan pisang . Tidak ada pula kelapa sawit . Beberapa keping papan tanda menunjukan mereka ingin menjual tanah . Dato' Yusuf Haslam mendirikan sebuah rumah di sini dengan papan tanda Casa d' Haslam.


layan lagu aizat jap.. lama pun takpe.. suka sangat dengar lagu ni..



Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini


p/s : lepas ni aizat buat lah lagu bukit payong pulak.. kampung aku tu.. hehe..

Thursday, December 16, 2010

genap satu bulan..

genap sebulan aku kerja kontrak di ismeca.. aku terpaksa memberhentikan diri aku atas sebab-sebab yang tertentu.. lagipun, tinggal seminggu je lagi.. lepas tu budak trainee akan masuk ganti tempat aku tu.. tapi pengalaman kerja kat sana sangat best.. dengan 90% company tu chinese, lagi 10% adalah india dan melayu..

and the last day adalah sangat sedih.. mana taknya bila SY Lee berkata-kata bila aku ke tempat Pushpa..

" saya banyak sedih bila tengok muka sarah "

aku rasa tu macam nak meleleh je air mata... terus cepat-cepat abeskan urusan dengan Pushpa... lepas tu, ada urusan dengan SY Lee pulak...

dan dia bagi aku a gift yang sangat-sangat aku tak sangka..dengan satu ayat..

" ni adalah hadiah dari kami semua.. thank you sangat-sangat atas segala kerjasama sarah.."
(sambil salam dengan aku)

ferrero rocher

dengan satu note kat atas..

SY Lee
Pushpa
SK Soon
LK Teo

akhirnya.. pukul 6 petang, aku kemas-kemas nak balik.. nasib baik SY Lee takde.. kalau tak air mata aku ni jatuh jugak.. bye bye Ismeca..

Wednesday, December 15, 2010

a gift from him..thank you..

tak terupdate kisah birthday aku sebab kabel tinggal kat lab, malam tadi pinjam keyyah punya.. so dah dapat transfer gambar dari hp sony yang diberi pinjam oleh mr driver.. hehe..


27 nov 2010
dapat si silver yang berloceng-loceng petang tu jugak, selepas tak sampai sejam mr driver sampai.. siap simpan kat dalam dash box berbalut plastik.. huhu, nasib baik ada kotak dalam plastik tu. lelaki.. kalau perempuan, paling simple pun letak riben kan??

thank you mr driver..lewat 5 hari dari 22 nov 2010..
kena denda sepatutnya tau..tapi bila dah mr driver volunteer nak beli kek, terus tak payah denda..
2 slices kek je.. cukuplah untuk makan 2 orang.. tu pun tak abes jugak.. esoknya aku wat breakfast..
sedap.. coklat indulgence kot..

takde tiup-tiup lilin pun.. just celebrate kat d nangka.. disebabkan nak makan kek, kitorang decide makan mee sajork.. konon-konon tak nak kenyang sangat.. tapi kenyang jugak.. hehe.. tetap merasa kek tu walaupun sikit..


gambar di snap selepas beberapa jam merasmikan.. hehe.. sangat simple gelang tu, tapi meaningful.. dia tau citarasa aku.. yang simple-simple jerk.. (abaikan bulu-bulu roma yang comel tu)


Tuesday, December 14, 2010

bebel-bebel kena lah terima..

lega hati..
ma dah bagi green light..
ayah tak kisah kot..(lum bagitau lagi ni)
ma lagi suka aku kat depan mata dia..
takde nak risau-risau..
tu kata kak na, tu jugak yang aku pasti tau..
so, maybe ini keputusan terbaik..
tapi adik beradik lain??
ermm... mesti ada yang membebel nanti..
tapi takpelah..
terima je..

bak kata KRU, kita bersaudara..




Monday, December 13, 2010

sebab musabab..

alkisah kenapa aku masih di melaka dan bukan di kuala lumpur..


**sebab mamat-mamat kat bawah ni.. hehe


ni sebab sebenar nya...

  • nak masuk dengan kereta punyelah susah.. jalan yang balance untuk laluan kereta adalah sangat sempit.. silap-silap haribulan kereta kau calar sana sini lah.. nak elak kanan, kiri pulak terseret.. aduh..
  • parking kereta adalah sangat terhad, siapa cepat dia dapat.. last-last parking kat tempat yang paling tak best.. mana taknya, hujan kat atas bumbung kereta kau je.. kat tempat lain elok je terang benderang.. pandang atas, rupanya orang jemur baju.. menitik kena kereta kau..
  • orang tingkat atas, yang takde mesin basuh jemur baju.. orang bawah baju dah nak kering, tetiba hujan pulak kena air dari baju atas.. argghhh, menyirap lagi.. kan??
  • tengah syok jalan-jalan dari kedai makan nak ke tempat kereta, tiba-tiba bunyi.. dush..grrr, terus aku pandang.. satu plastik sampah dah selamat mendarat dah.. adoi.. aku pun pandang atas lagi, tak nampak pun manusia yang buang sampah dengan kejam tu.. ke bukan manusia?? kalaulah ada orang kat bawah tu, naye la orang tu.. kalau sampah tu pulak yang berat-berat.. boleh pitam tak pun mati..
  • lift adalah sangat seram.. gelap tak tentu pasal.. cuba bayangkan aku balik kerja pukul 2 pagi, nak naik lift sorang-sorang ke tingkat 4.. tak nak lah aku.. macam-macam aku pikirlah..
  • jauh nak pergi kerja, ingatkan boleh jalan kaki.. rupanya tak boleh.. ye, kalau LRT still ada boleh naik.. kalau balik pukul 2 pagi, macam mana?? kena merempit, tak pun kena drive... jalan kaki, memang tak lah kot..

aku tak kisah itu rumah flat.. tapi suasana tu yang menakutkan.. serius aku takut sangat-sangat.. sampai tengah makan pun hujan.. haha.. paham-paham sudah..


Sunday, December 12, 2010

tak blah pun..

grrrr..
ade lagi minah ni.. ingatkan dah blah..
jangan terkejut.. aku tak blah pun..
ngeri yang amat..
tak nak lah..
jadi lokasi aku sekarang adalah di tempat biasa..
hehe..
lepas ni abang aku suruh balik kampung..
bertindak mengikut arahan..

p/s: hujan daun di kuala lumpur malam tadi..

Thursday, December 9, 2010

bye bye.. not hye hye..

selamat tinggal bumi melaka..
kenangan yang terlukis di bumi indah ini tak mudah aku lupakan..
(fisrt time date dengan mr driver pun kat melaka, first time kena rompak, first time kerja, first time tengok wayang, first time jadi pengapit..hehe.. macam2 la first time)
banyak tau..
macam kata mr driver..
aku dah sepatutnya dah tukar IC, jadi warganegeri melaka..
kuikuikui..
tapi aku still tak tau mana kampung portugis..
sebelum ucap bye-bye kat bumi melaka, banyak benda yang aku nak kena buat:

1) packing barang.. satu habuk pun tak packing lagi..
2) nak g jusco, nak g abeskan baucer yang ada lagi 20 ringgit..
3) nak g jonker walk.. nanti kan rindu susah lak..
4) nak lepak-lepak kat pantai tempat aku selalu lepak tu..

yang penting ma dan ayah dah merestui keputusan aku.. semalam coll ayah, ayah cakap okey je.. alhamdulillah.. mana boleh cakap dengan ma je, ayah pun kena cakap.. bersyukur sangat walaupun family aku tak macam family orang lain..


Tuesday, December 7, 2010

untukmu ibu

menunggu panggilan..
mungkin dapat mungkin tak...
mungkin akan berhijrah ke negeri lain..
or mungkin stay kat melaka ni..
yang pasti..
mak aku dah merestui jalan yang aku pilih..
restu mak tu paling penting bagi aku..
sayu je bila teringat kata-kata mak aku sebelum aku interview hari tu..

" ma selalu doakan setiap kali selepas solat.."


aidilfitri 2010..
with my mum..

ni pulak kata-kata aku dalam hati..

" tayah pun selalu doakan kesejahteraan ma setiap kali selepas solat.."



layan lagu ni..
menusuk ke dalam kalbu aku ni..
meleleh-leleh air mata..


insyaallah, kesusahan aku hari ni, akan ada kesenangan nya di masa hadapan.. takde siapa yang dapat tau masa depan kita kecuali Allah.. bermula dari bawah, aku akan terus berusaha memajukan diri aku.. insyaAllah..



Monday, December 6, 2010

cerita 'cerita dalam selimut'

rugi tak selimut kalau sejuk-sejuk..
hehehe, ape punya tajuk kan?? tapi betullah, cerita kak long aku... bila dah berkumpul ramai-ramai adik beradik..macam-macam cerita keluar.. adik beradik aku 7 orang, 6 perempuan sorang je laki.. ada abang ipar 2 orang, kakak ipar 1 orang, anak buah 10 orang.. bila dah berkumpul, port paling best adalah kat dapur.. penuhla 1 dapur.. yang masaknye sorang je, yang tunggu nya ramai.. abang-abang ipar pun nak join sama.. tempat yang ramai orang tu lah jadi tumpuan.. (owh, rindu nak balik kampung)

1 per sepuluh anak buah aku..


cerita kak long aku:

dia cakap memang rasa rugi sangat kalau malam tu sejuk sampai ke pagi, lagi-lagi musim hujan .. tapi lupa nak selimut.. sedar-sedar dah pagi.. dah tak sempat nak selimut..

tapi memang betul pun kan?? aku pun pernah rasa macam tu, terjaga pukul 5 pagi ke.. baru tarik selimut.. rugi oo, tido lama-lama tapi tak selimut.. tapi kalau tengahari tido selimut, memang tak boleh tahan la kan.. lainlah bilik ada aircond, tak kira tengah hot-hot pun bantai je selimut.. syokk ooo..

kenapa aku cerita 'cerita dalam selimut ni' ek.. sebab esok cuti.. tak payah kerja.. hooray.. harap-harap malam ni hujan lebat.. nak tido dalam selimut.. kuikui..


Saturday, December 4, 2010

baik-baik saja..pada yang merindu

berjaya jugak update blog hari ni..
hari biasa pun boleh sebenarnya, tapi dah balik kerja penat..
idea pun takde..
on pc check email, check facebook pastu off..
pastu tido..
hari ni kerja setengah hari.. balik ni boleh rehat basuh baju..
baju dah menimbun 1 baldi.. haha..
dengan musim hujan ni.. adoi.. lambat nak kering..

ada yang merindu rupanya..

p/s:
pada kak na, tayah okey kak na..
hehe, mesti pelik kan lama tayah tak update blog..


pada yang merindu..
aidiladha 2010


Saturday, November 27, 2010

susu dan gastrik

selamat pagi..
terasa nikmat cuti hari ni dan esok.. esok pun dah terasa nikmatnya.. takdelah, kena berkejar bangun pagi-pagi... petang dah takde matahari baru balik... tapi pagi ini rasa tak best lah, gastrik menyerang pulak.. jadinya, tak leh la aku nak berdiri dengan tegak.. kena bongkok2 la macam orang tua bongkok.. gastrik memang macam tu kan?? tiba-tiba je kena, dah lama dah tak datang penyakit ni.. terpaksalah aku mintak belas kasihan keyyah, mintak susu sesudu dua..

dari dulu lagi, kalau gastrik menyerang, aku akan minum susu suam.. insyaallah cepat hilang.. susu ada kat depan aku ni, tapi takut betul nak try minum.. lama tak minum.. tunggu dah pregnant baru minum hari-hari.. hahahaha... aku suka berangan kan?? kawin pun belum.. dah nak pregnant.. kuikui..

jap...

dah minum.. boleh je telan.. sedap jugak lah... haha.. rasa susu weih.. jom minum susu.. anlene kot..

p/s : menunggu hari petang.. hehehe..


Thursday, November 25, 2010

tak jongang lah..

sempena sambutan hari jadi aku baru-baru ni.. chewah ayat aku.. muahaha..
aku ber3G lah dengan family aku kat kampung.. jeles jangan cakap lah..
semua ada kat kampung.. aku je terkontang-kanting kat sini..
boleh tengok muka semua orang... tapi yang tak boleh belah bila anak buah cakap gigi aku jongang... argghhh, terkesima kejap aku.. terus cepat-cepat tengok cermin..

"tak jonganlah gigi cik yah....."


tak percaya, aku tak jongang?? tengok ni...











tak jongang kan?? ehhehe..

Monday, November 22, 2010

jadi remaja..

22 november 2010
jadilah aku seorang remaja.. hehe.. perasan..
ape-ape pun thank you pada yang wish besday yang super duper banyak tu..

dah remaja dah.. bila orang nak masuk meminang ni?? muahahahaha..


Sunday, November 21, 2010

always be there




Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita, lalu DIA datangkan guruh dan kilat... Puas kita menangis...menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari kita... Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..

insyaallah, ada sinar kebahagiaan di akhirnya..
syukur padamu Ya Allah..
tetap bersabar menempuhi ujian demi ujian mu..
ujian untuk menguatkan hamba mu ini..
Ya Allah...
berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujian ini..

p/s:
terima kasih pada kekasih hati..
yang selalu bersama aku waktu senang dan susah..
pengorbanan awak tak terkira..


tambah sikit lagi..
pengorbanan adah jugak..
hehe.. banyak jugak berkorban untuk aku.
terima kasih.
.

Saturday, November 20, 2010

minah miskin


susah bila menjadi seorang yang miskin..
maaf kalau aku terlupa..
tapi memang aku terlupa..
sedar diri kau tu ser..
jangan samakan diri kau dengan orang lain..
kena sedar kemampuan diri...
titik..

Friday, November 19, 2010

salah pulak..

baru leh update, semalam tak sempat.. balik rumah ingat nak rehat je..

tadi terpaksa coll boss.. punyelah berdebar aku rasa.. urgent punya pasal..


toot toot...toot toot...toot toot... lame betul baru nak angkat...

aku : hello.. sarah ni..

boss : #@##$%^^%$#@ ( tu cakap cina)...

aku : sarah ni...

boss : u salah number ke??

aku : tak.. saya sarah...

boss : u salah??

aku : maisarah dari ******** ..

boss : owh...

see?? susah jugak ek cakap dengan chinese ni.. nama aku "sarah" dia cakap "salah".. aiyaarrkkk.. banyak susah oo.. penat aku nak fahamkan..


p/s : sangat nikmat bila weekend tiba.. arghhh, rehaaattt..


Wednesday, November 17, 2010

nak daging please..

kecewa..
takde ke orang nak bagi daging korban??
kalau kat kampung, berduyun-duyun orang bagi..
menunggu lagi..
teringin nak makan singgang daging mak aku masak..


Tuesday, November 16, 2010

kejelesan terlampau..

dah dengar dah...
sayup-sayup..
takbir raya..
sayu hati ni...
beraya bertiga bersama keyyah dan adah..
insyaallah, esok nak pergi semayang raya tapi dah tak ingat macam mana..
setahun sekali je kan??
raya puasa hari tu tak boleh solat.. uzur..
takpe, tok imam mesti ajar punya esok..


selamat hari raya haji...


## jeles dengan sobah shafie ##



## jeles jugak dengan mr driver.. grr, dah selamat sampai kampung dah ##

hari raya korban, kenalah berkorban jugak..


Monday, November 15, 2010

menu harian

menu 4 hari bekerja..

khamis
apollo pandan sepeket kecik
air kotak soya
belum pukul 3 perut dah menyanyi..

jumaat
nasi putih
ikan masak kicap
air masak bawak dari rumah
alhamdulillah kenyang, boleh makan malam lewat sikit..

isnin
roti sandwich 4 keping
nescafe 3 in 1
balik rumah, bukak peti ambik sardin.. makan roti lagi 3 keping..

esok
nasi putih
ayam goreng kunyit campur sayur campak-campak..
air... esok nak minum nescafe 3 in 1 lagi la..

best tak makanan aku untuk 4 hari bekerja?? kuikui.. asalkan boleh alas perut aku.. perut korang aku tak tau..


Sunday, November 14, 2010

grading time..

tolong pegang je ke azie??


itu dia..

first sekali aku nak mintak ampun kat adik bongsu aku, azie sebab culik gambar ni.. hehe, tengok ade kat facebook dia.. bukan senang nak ambik gambar dia.. ni pun kawan dia yang tolong tagged kan untuk dia..

taekwando.. kegemaran azie sejak sekolah rendah.. ma tak bagi sangat dia masuk taekwando ni sebab urat-urat dia dah sakit.. kecik-kecik dah kena g jumpa tok bomoh, kasi urut itu urat.. haha.. tapi nak wat macam mana, dah kegemaran dia.. dari white belt.. la ni dah red belt.. tu, dia pakai red.. hehe... lepas red ape ek?? red black kot.. tak tau aku.. kot je la..

pernah sekali pergi masa dia grading.. ma takut gila tengok masa tu.. yelah, kena lawan-lawan.. kalau tak silap aku, mahal jugak kot sekali grading ni.. dulu-dulu dia guna duit simpanan nak bayar.. sadis kan?? dia nekad semata-mata kerana grading.. tapi sekarang aku rase dia tak payah guna duit sendiri dah.. sebab dia dah kamcing giler dengan ayah.. haruslah die mintak dengan ayah..

masuk form 1, baju taekwando pun baru jugak.. dah tak muat yang dulu.. bersyukur sangat sebab dia dah baik dengan ayah.. takde la ma pening-pening kepala nak pikir.. tapi walau kamcing macam mana pun dia still tak nak tido rumah ayah.. hikhik.. nak buat macam mana...

itu dia... di kiri sekali.. amacam??
ade rupa aku tak??
haha..

p/s : azie jangan taekwando anak-anak buah lagi yer?? macam dulu-dulu azie pernah buat.. sian anak buah aku tu.. kuikui.. tak pasal-pasal..

Saturday, November 13, 2010

kerja lagi dan lagi..

bekerja lagi??
sampai lenguh tangan-tangan aku.. tapi kali ni aku takde jadi cikgu dah... aku pun tak tau ape position aku ni...hehe.. duk kat office, ade meja sendiri, ade pc sendiri.. time lunch hour leh sembang-sembang.. tapi serius tak sedar masa berlalu begitu cepat.. kerja banyak gila nak kena siapkan.. melayu?? ade berapa kerat je.. ramai chinese.. and boss adelah switzerland mari.. semua hensem-hensem..

bila weekend rasa macam nikmat sangat.. boleh rehatkan badan dan tangan aku ni...

p/s : haha, bukan permanent pun tapi experience tu penting... gaji bila nak masuk?? kuikui.. keje baru 2 hari..


rindu nak bergelak ketawa macam dulu-dulu