:: follow me :: tq so much be my follower ::

Thursday, September 29, 2011

sentiasa dalam doaku


dah lama tak balik rumah ayahanda..
berfikir -fikir bila nak balik..
aishh, bukan tak nak balik tapi......
aku tak pernah lupa ayahanda aku..
dalam doa ku sentiasa mendoakan kesejahteraan ayahanda dan bonda tercinta..

Wednesday, September 28, 2011

kalau tak payah share lagi saya likes


wish untuk ada kamera sendiri...
boleh ambik gambar macam ni lagi..


mr. tunang, nanti kita share-share beli kamera ek or abang bagi nak bagi as a gift je..
lagi saya suka sambil lompat-lompat...(ayat bodek)
hehe..

Tuesday, September 27, 2011

pencarian cincin silver untuk lelaki..

okey, aku dah start mensurvey cincin lelaki untuk nikah next year.. survey dulu, kalau berkenan boleh beli terus.. hajat di hati nak cari cincin silver.. platinum kan mahal sangat harganya.. nak bagi suasa, macam was-was je.. lelaki boleh pakai ke tak.. hari tu ada jugak sembang-sembang dengan abang di, abang aku pasal cincin ni...

abang di cakap, kalau dia tu suka pakai cincin, beli lah yang mahal sikit.. kalau jenis yang pakai masa nikah je baik beli yang murah.. membazir jugak kan kalau beli yang mahal.. aku ada berkenan cincin silver yang aku survey kat google.. boleh tahan design nya.. nampak moden.. takdelah yang batu besar gedabak macam biasa orang tua-tua pakai.. ni yang sedang-sedang je..

ni cincin-cincin yang dalam pilihan aku..

lawa kan?? suka sangat dengan yang ni.. biru dia cantik.. taapi kalau boleh aku nak batu tu biar warna putih berlian..

yang ni pun cantik jugak..

yang ni paling simple, tapi batu dia tinggi sangat.. jari mr tunang dah la comel.. kan nampak jari je nanti.. hikhik.. (yang comel itu lah mahal)




Monday, September 26, 2011

dah jadi ringtone for him pun..ahaks..


cinta muka buku
by : najwa latif



teringat kisah cinta aku dengan mr tunang..
kitorang kenal dekat facebook je pun.. dah lama chat-chat, mesej-mesej baru decide nak jumpa..
dan alhamdulillah, hubungan kami direstui..

p/s : dah boleh start cari barang untuk hantaran kawin dah.. tak nak buat last minit..

Sunday, September 25, 2011

dia comel dan kiut


ikan-ikan kesayangan aku..


yang ni anak-anak ikan yang umurnya dalam 7 bulan.. ada 4 ekor.. 2 ekor dari ibu ayah diorang yang dah mati, 2 ekor lagi mr tunang bagi..



ini ibu ayah yang baru.. pun mr tunang bagi.. baka dari mr tunang cantik-cantik dari yang aku beli kat kedai..

baby pada ibu ayah ni ada 6 ekor, baru beranak hari jumaat hari tu..tapi kena asingkan daripada ibu ayah sebab nanti kena ngap.. bukan haruan je yang makan anak, gupi pun makan nak jugak tau..

dah lama tak bela-bela ikan ni.. masa kecik-kecik dulu suka lah.. tu pun tangkap sendiri kat parit.. ikan laga.. sekarang aku suka bela ikan gupi ni.. sebab dia kiut dan comel.. warna-warni.. maybe jugak dipengaruhi oleh mr tunang yang suka membela.. dah nikah nanti penuhla rumah dengan binatang-binatang peliharaan..

p/s : sangat tak boleh belah bila kena makan setalam 6 orang.. pengalaman pertama aku.. tapi ku telan jua sebab lapar..

Sunday, September 18, 2011

yeay.. saya dah jadi tunangan orang..

2 september 2011 bersamaan 4 syawal 1432 hijrah

kain baju melayu + songket for him


cadbury chocolate for him


buah-buahan for him


sejadah for him


telekung for me


sejadah for me


bekas cincin + sirih + gula + garam + beras + kunyit + halia + lengkuas + pinang for me


kain baju nikah for me


kek for me sekeluarga


with bakal mother in law ( call her ma jugak )


double ma


with the hantarans for him


satu kapal
dari kiri : jah, kak ngoh, abang di, azie, kak long dan nor
tok dan tokki di kiri kanan bakal pengantin


akhirnya cincin yang berbentuk 2 hati ni tersarung di jari manis ku..
manis bukan??


p/s : esok kena g btn.. arghhh, harap2 best lah..

Wednesday, September 14, 2011

saya bangga dengan awak

ada anak sulong tak kat sini?? bukan bin or binti sulong, tapi anak yang pertama dalam keluarga.. aku anak kelima jadi aku pun tak tau apa rasa jadi anak sulong.. besar kan tanggungjawabnya..tunang aku anak sulong.. ayah kandung dah lama meninggal, jadi dia mempunyai tanggungjawab yang teramat besar dalam keluarga.. adik ada 7 orang.. kesian kan??

entah kenapa malam semalam aku boleh bergaduh pulak dengan dia.. aku ingat dia tipu aku, rupanya tak pun.. kerana adik dia, dia terpaksa berkorban.. aku je yang cepat fikir negatif je.. tu sifat aku yang susah aku nak buang.. susah nak percaya orang walaupun dia dah jadi tunang aku..

dan ayat yang paling buat aku berjuraian air mata bila dia cakap

" abang nak semua orang yang abang sayang gembira, tunang abang dan adik-adik abang gembira "

sedih okey, aku tak pernah rasa macam mana nak menyara hidup orang lain.. yang aku tau, aku sara hidup aku je.. aku tau dia susah walaupun sepatah perkataan perkataan pun dia tak pernah mengadu pada aku.. tak pernah dia mengeluh.. tak pernah dia bersungut.. walaupun sakit, dia tetap akan penuhi permintaan adik-adik dia..juga permintaan aku..

p/s : air mata ni jatuh lagi bila teringatkan kesusahan dia..insyaallah, sayang akan berada disisi abang sampai bila-bila..


Tuesday, September 13, 2011

hilang deria rasa

semalam deria rasa manis hilang sudah.. makan apa pun rasa tak best.. minum nescafe panas jadi tawar, last sekali minum air kosong jer.. dah memang rasa tawar kan??

simptom-simptom nak demam la tu.. tapi alhamdulillah hari ni aku kembali sihat dan dah dapat merasai rasa manis tu... selsema dengan sakit tekak tu belum hilang.. ujian dari Allah...


a moment to remember..
promise..
never leave you alone...



Monday, September 12, 2011

wajib okey kalau nak kawin..

mms yang aku terima tengahari semalam dari cik abang aku..



BORANG PERMOHONAN MENGIKUTI MODUL BERSEPADU KURSUS PRA-PERKAHWINAN ISLAM ( MBKPI )

penat kot dengar aku membebel- bebel suruh g ambik kursus cepat-cepat.. daftar semalam, 7 oktober 2011 baru leh kursus.. sebulan jugaklah.. sape-sape yang rasa nak kawin dalam masa terdekat ni cepatlah ambik.. kalau nak kawin lambat lagi pun leh je ambik.. tahan seumur hidup sijil ni, so takde hal.. kena bayar rm50.

aku dah ambik tahun 2008 lagi kot.. lama kan?? sampai 2011 pun tak kawin-kawin lagi.. insyaallah, 2012 aku kawin lah..

Sunday, September 11, 2011

dinner at al-edrus restoran, gong badak..terengganu

thanks kak na

di support sepenuhnya oleh kakak ipar ku sayang, kak na.. restoran al-edrus ni menyediakan makanan arab.. chef-chef dia pun orang arab jugak.. sebab tu rasa masakan kat sini semuanya pior arab..


darwish.. seronok betul dia malam tu..


cubaan ambik gambar bertiga buat kali ketiga.. gara-gara abang aku yang wat muka macam-macam.. tapi yang ni pun dia buat muka macam-macam jugak lah..


my mum dengan akak aku, jah... dua-dua cantrol ayu.. hikhik..


okey, now turn aku pulak control ayu.. sementara tunggu makanan sampai kita posing la dulu..


kita kan guna ayat, " nor ambik gambar kak tayah, kak tayah ambik gambar nor"..
jadi kita ley sama-sama posing..

ni happy family yang membelanja dinner malam tu.. thanks a lot..


my mum yang tengah sabar menunggu.. ma puasa hari tu.. tapi dah makan kat rumah siap-siap dah.. sebab keluar lepas maghrib..


pakej D, for 5-6 persons


1 (J) Al Edrus...
tak tau J for what.. juice or jug??air ni campuran epal + oren + pudina.. best tau.. mula-mula tengok, eeeii air apa ni?? bila dah slurp sekali, nak lagi..


tak tau la chicken yang man, tapi grilled..


ni pun sama, chicken jugak yang di grilled..


yang ni nasi mandy.. panjang beras dia.. sedap pun sedap.. tapi tak ley makan banyak-banyak, cepat kenyang..


iklan kejap.. nor menikmati jus yang best..


saltah or salad..maybe lah..hehe


ikan grilled jugak.. sedap sangat tapi banyak tulang..


yang ni lentil soup.. nama arab..


telur goreng hancur.. ape ntah nama dia.. pelik je..


sup sayur... terbaik..


ok, jom makan..


acara gelak-gelak...


candid..


makan jari...


bye-bye.. balik ke rumah..