:: follow me :: tq so much be my follower ::

Wednesday, September 14, 2011

saya bangga dengan awak

ada anak sulong tak kat sini?? bukan bin or binti sulong, tapi anak yang pertama dalam keluarga.. aku anak kelima jadi aku pun tak tau apa rasa jadi anak sulong.. besar kan tanggungjawabnya..tunang aku anak sulong.. ayah kandung dah lama meninggal, jadi dia mempunyai tanggungjawab yang teramat besar dalam keluarga.. adik ada 7 orang.. kesian kan??

entah kenapa malam semalam aku boleh bergaduh pulak dengan dia.. aku ingat dia tipu aku, rupanya tak pun.. kerana adik dia, dia terpaksa berkorban.. aku je yang cepat fikir negatif je.. tu sifat aku yang susah aku nak buang.. susah nak percaya orang walaupun dia dah jadi tunang aku..

dan ayat yang paling buat aku berjuraian air mata bila dia cakap

" abang nak semua orang yang abang sayang gembira, tunang abang dan adik-adik abang gembira "

sedih okey, aku tak pernah rasa macam mana nak menyara hidup orang lain.. yang aku tau, aku sara hidup aku je.. aku tau dia susah walaupun sepatah perkataan perkataan pun dia tak pernah mengadu pada aku.. tak pernah dia mengeluh.. tak pernah dia bersungut.. walaupun sakit, dia tetap akan penuhi permintaan adik-adik dia..juga permintaan aku..

p/s : air mata ni jatuh lagi bila teringatkan kesusahan dia..insyaallah, sayang akan berada disisi abang sampai bila-bila..


No comments:

Post a Comment