:: follow me :: tq so much be my follower ::

Tuesday, June 26, 2012

last day

salam selasa.. today is the last day aku kerja.. bukan berhenti kerja tapi sebelum aku mula bercuti esok sampai isnin minggu depan.. hari ni lepas abes kerja terus balik kampung la.. ehem, dah 6 syaaban... lagi 4 hari 10 syaaban akan menjelma... seriously, jantung aku ni berdegup kencang je.. agaknya bakal pengantin memang macam tu kot... kan?? ke tak.. ke aku je.. hahaha...

tapi yang paling bestnya, ayah aku belum kenal lagi bakal menantu dia..
boleh macam tu?? ayah aku jenis tak kisah sebenarnya, lagipun aku tak duduk dengan ayah.. jadi agak susah nak mengatur strategi perjumpaan..

adik aku pernah cakap,
" nanti ayah terkejut tengok menantu dia sama besar dengan dia...hahahaha.."

hehehe.. bakal suami aku agak besar dan comel gitu.. tapi yang penting sekali dia sangat baik hati.. =))

rindu kat budak kecik ni...





Monday, June 25, 2012

bilik nak hias macam mana ek?

ermmm..lagi 4 hari.. still menghitung hari.. grrr.. takut..
tapi 1 aku terlepas pandang, bilik pengantin tak tau nak hias macam mana... aku dahla tak kretip.. setakat bagi komen aku reti, tapi nak deco aku tak reti.. jadi hari ni aku nak buar research sehabis banyak macam mana nak deco bilik pengantin.. aku suka yang simple jerk..

oklah, nak sambung buat reserach ni..

Thursday, June 21, 2012

khamis

salam khamis... 
yeayyy.. hari ni balik kampung.. agak tension dengan kerja hari ini.. bukannya sebab aku banyak kerja tapi bila orang yang aku harapkan tidak boleh diharap.. bengang jugak kadang-kadang..  arghh, malas nak pikir.. hal kawin pun tak sudah-sudah lagi jadi malas nak bawak hal kerja balik rumah.. yang penting kerja aku untuk minggu ini dah settle.. ahad nanti kerja baru menanti dan aku bertekad nak settlekan semua sebelum bercuti panjang.. ehem, kawin okey, kawin..hahaha.. gatal je bunyi kan..kuang kuang..

semalam dengar isteri-isteri bersembang.. aku senyum je sambil cakap ooo.. sebab tak tau life sebagai seorang isteri lagi.. hehe.. macam-macam benda yang menarik..huhu.. open minded rupanya isteri-isteri ini.. tapi takdelah cerita hal dalam kelambu masing-masing.. info yang diberi sangat banyak.. macam mana nak tau waktu subur.. cit, aku buta bab-bab ni.. dulu masa form 3 je belajar, sains.. lepas tu macam mana nak suruh cepat lekat means pregnant.. hehehe... malu den dongar.. senyum je.. ahaks..

cukup bab tu... petang ni balik terengganu nak angkut akak aku maybe anak sedare aku akan ikut sekali.. mane boleh tinggal si comel tu kat rumah.. gi mane-mane rasa nak angkut je dia.. hehe.. petang ni niat nak cari batu-batu yang tampal kat baju dengan nak tampal batu kat awning tudung.. ma cakap pergilah letak, bagi lawa.. okey ma, tayah pergi petang ni.. harap-harap sempat.. 




Monday, June 18, 2012

tak lama dah.

salam isnin.. debaran untuk bergelar raja sehari dah makin kuat ni..heeee..
rasa sedih malam tadi tak abes lagi.. dengar cerita bakal suami yang sangat buat aku tacing sampai ke hari ni.. memang dia tak pernah berahsia dengan aku.. apa yang jadi kat dia, dia akan bagitau aku.. aku pun sama.. kalau nangis pun, aku nangis dengan dia je.. susah senang aku semua aku kongsi dengan dia...  bila ada orang kutuk-kutuk dia, aku yang rasa sedih.. kecik hati.. tapi dia tak kisah dia cakap.. mungkin dalam hatinya ada sedikit rasa kecik hati, aku pun tak tau.. just teka je.. 

aku bersyukur sangat dapat lelaki sebaik dia.. dan insyaallah 11 hari lagi aku akan menjadi suri hidup dia... harap kami berdua akan saling menjaga satu sama lain..semoga kebahagiaan ini akan kekal sampai akhir hayat kita....amin..

i love you.. 





Thursday, June 14, 2012

sape nak temankan


senyum dulu.. kalau tak stress datang.. hahaha..
bukan senang nak nikah, selagi belum selesai akad nikah dan majlis, selagi itu persiapan tak kan abes punya untuk disettlekan.. 
sebenarnya, kita tak boleh nak mengharapkan sesiapa untuk buat persiapan kawin kita.. kita kena usahakan sendiri dan buat sendiri..
ermmm..tired...sigh..=((

hujung minggu ni kena cari barang-barang lagi.. (sape sudi nak temankan?)
kertas + batu nak letak kat baju..
2 minggu weekend je lagi yang ada.. 
jadi maknanya 2 kali je aku balik kampung.. 
lepas tu majlis..



Tuesday, June 12, 2012

abg practice sebelum tido

salam selasa..
bahagia rasa hari ni sebab semalam jumpa bakal suami.. hehehe, kebetulan je sebenarnya.. dia nak pergi bagi kad kawin kitorang untuk tok sedara dan anak tok sedara yakni 2 pupu nya.. hahaha.. saje wat belit-belit.. dan yang paling best leh makan mekdi sebab dia dh janji nak belanje aku makan.. suke suke.. dan aku pekena big mac yang kena makan 2 kali tu... hehe.. bakal suami sekali ngap je lah..

sambil sembang-sembang..
aku : abang dah practice lum nak akad nikah?
abang : dah.. sebelum tido abang practice 5 kali lepas tu tido..

hehehe..kagum aku dengar.. jenis gemuruh jugak kot bakal suami aku sorang ni..harap-harap abang dapat lafaz dengan baik tau.. sebab masa tu semua orang akan diam dan dengar apa yang abang lafaz..argghh, tetiba aku pulak yang takut..





Sunday, June 10, 2012

siap akhirnya

salam ahad..
alhamdulillah, kerja-kerja mengcat bilik aku telah selesai.. sampai sakit urat aku dibuatnya.. mana taknya kena panjat tangga, lepas tu kena tahan kaki lagi.. adoi... tapi akhirnya berjaya jugak.. usaha tangga kejayaan.. tak sempat pergi mana-mana dah..

seriously, malam tadi sebelum tido dah terasa kejang perut dengan betis.. macam nak demam.. tapi tak pun.. aku memang susah nak demam.. dan pagi tadi bangun pukul 4.45 pagi... sebab nak sahur.. dan pukul 5.45 pagi aku gerak dari rumah menuju ke paka.. alhamdulillah selamat sampai..

minggu ni bercadang nak jemput semua kawan-kawan datang majlis aku.. kad pun dah bawak.. esok bakal suami nak datang.. nak jemput sepupu dia kat kerteh, jadi haruslah singgah ambik aku dulu kan?? boleh jalan-jalan tenangkan fikiran..dan.. 

abg, syg nak mekdi ek esok?? dah lama tak makan..

Thursday, June 7, 2012

jeans dah muat balik..macam tak percaya.

salam khamis.. 
semalam aku puasa... balik je dari kerja masuk bilik bukak tudung terus baring jap.. penat.. tetiba teringat kat jeans kesayangan aku.. tapi sayang, tak muat dah.. jadi semalam, aku nekad nak try lah.. kot-kot muat.. dan yeah, memang muat lah.. wahhh, kurus ke aku?? macam tak percaya cepat sangat kurus.. hehehe.. agaknya aku terlalu sibuk akhir-akhir ni..

aku terfikir jugak, sebab aku puasa ke jeans tu terus muat?? jadi lepas berbuka aku try lagi sekali dan memang muat pun.. nampaknya aku kembali slim macam dulu dah kot.. suke suke..
 
leh pakai g jalan-jalan la lepas ni.. sayang nak bagi kat orang jeans tu.. sebab mahal.. hahahah..







Wednesday, June 6, 2012

kena buat sendiri

lagi 23 hari nak menuju ke 30 jun 2012..
weekend baru ni dah selamat beli tilam dan almari.. abes 1k dalam bank.. tinggal tak sampai k dah.. huhuhu.. dah cukup rasanya, tinggal nak hias hantaran je lagi.. bilik pun belum cat lagi tapi dah bagi duit kat ma kot2 ada yang nak tolong beli.. kalau takde, aku jugak la yang kena beli.. dan kena cat sendiri.. maklumlah family aku tak ramai lelaki.. yang ada semua kecik-kecik.. nak suruh cat?? mintak maap lah, hancur lebur lah jawabnya.. jadi nak tak nak, memang kena buat sendiri lah.. =( sedikit penat sebenarnya tapi adatlah kan?? nama pun nak kawin, bukan sikit nak kena sediakan..

insyaallah, jumaat sabtu ni akan aku cuba siapkan cat bilik.. boleh punya.. siling pun aku boleh cat apatah lagi dinding.. tak sabar nak masukkan perabot ke dalam bilik.. barulah tak penuh kat ruang keluarga tu.. ikutkan hai nak je mintak tolong bakal suami, tapi tak sedap pulak.. tak kan nak berkampung kat rumah aku kot.. takpelah, aku cuba buat sendiri.. dan buat sehabis baik..


 p/s : bestnya kalau ada duit banyak.. boleh upah wedding planner buat semua.. sigh..