:: follow me :: tq so much be my follower ::

Wednesday, June 30, 2010

memujuk hati


jangan bersedih..

biarkan senyuman terlukis di bibir..

bukan air mata menitis di pipi..


p/s : memujuk diri sendiri...




cengkung kah?

balik dari mucet hari tu, tiba-tiba tergerak hati nak ambik gambar pasport.. sebab memang dah abes pun gambar-ganbar aku yang sebelum ni..dan memang ambik la kan,takde tergerak-tergerak dah..macam biasa, kedai uncle kat pekan durian tunggal menjadi sasaran aku... sempat mengacau kucing uncle yang gemuk giler tu tido..geram betul tengok dia..memang best dipeluk.. uncle cakap nama dia 'max'..hehe, sempat tuh berkenalan..

ni lah hasilnya, setelah hampir 5 minit tunggu..aku sekarang..haha..first time ambik gambar pasport pakai baju kurung..tapi budak-budak ni cakap aku nampak cengkung lah.. cengkung ke?? aishh, rasa macam dah gemuk sikit..



Tuesday, June 29, 2010

benda remeh pun kena google..

terpaksa mengoogle benda yang remeh temeh hari ni..disebabkan simbol ini ! ..ade ke patut aku dah lupa apa nama simbol ni..aishh, so terpaksalah aku mengoogle..kena tau jugak bahasa matematik nya apa sebab kena masukkan equation dalam MATLAB..kalau setakat nak kira, tekan calculator dah dapat jawapannya..


factorial namanya..leh la type dekat help kat MATLAB.. hehe..nak kena tengok examples dulu la.. sudah lupa semuanya..makan semut banyak sangat..

okey, dah jumpa..teruskan mengadap coding-coding tu lagi..24 7 mengadap coding ni, giler aku..

Ya Allah, kuatkan lah semangat ku ini..aminn.


layan gambar sudah..

selamat pagi selasa..
ni gambar ke mucet semalam..malas nak menulis, jadi layan gambar sudah..

majlis pelancaran, baru je sampai masa ni..lepas 5 minit, dah abes..aku sangat suka, sebab tak payah dengar lama-lama..

breakfast time..suka kuih-kuih tapi tak suka air, sebab kena bancuh sendiri la..jem dibuatnya..orang dah bagi free, banyak pulak songeh nya kan??hehe..

ade rasa kenal tak??of course la kenal kan??blogger tegar tu..adah, syikin, keyyah dan juga aku..hehe

ini adah dan mama syita..orang dengar talk, kitorang bersnap-snap bagai..bosan weih..

hehe..bersama keyyah..

hari ni sepatutnya kena attend lagi conference ni, tapi oleh kerana kemalasan tahap melampau, jadi takde nya nak pergi..cukuplah semalam dah tunjuk muka kat main SV kan??hehe..mood beliau sangat baik semalam..

Monday, June 28, 2010

pagi-pagi dah hilang..

baru sempat update..
pagi tadi bangun awal pagi..
siap-siap pakai baju kurung pahang..
(nak jugak cakap sebab jarang leh pakai, kain sempit..tak leh nak rempit, naik kereta baru boleh pakai)
selamat sampai ke bayview hotel lepas sesat-sesat cari parking..
apesal aku gigih untuk pergi sana??
sebab ni..

*

*

*


tak nampak??
ZOOM jadi besar punya..

mucet 2010..
organized by utem..
because of that, haruslah aku kena joined the conference walaupun not as presenter pun..
mucet 2009 aku dah jadi presenter..
so, kali ni aku jadi pengkritik bebas..
hehehe..


Sunday, June 27, 2010

kenapa lah kau skodeng aku mandi??

adohai, bila masuk toilet ade je makhluk nak skodeng..
macam malam semalam, aku masuk je bilik air dengan niat nak mandi, sangkut je tuala kat pintu..lepas tu mata aku mesti akan pandang sekeliling bilik air tu..tu memang perangai aku dari dulu sampai sekarang...masuk toilet ke bilik air ke, tak kira rumah aku, rumah sewa, rumah orang lain, tandas awam..semua aku cek sebelum buat apa-apa yang patut..haha..sebab perangai aku yang macam tu lah, aku boleh tau cik lee ni duk skodeng aku..arghhhh..aku menjerit dengan pendek je, bila nampak makhluk yang bergerak-gerak kat celah pintu..ape lagi aku terus bukak pintu dan larik..


mintak ridsect dengan housemate, dengan harapan mata cik lee akan pedih lah..padan muka dia kan??skodeng aku sangat..huh, memang berkesan ridsect tu..cik lee lari dengan lintang pukang..memang betul lah tu mata dia pedih,..padan muka kau, sapa suruh skodeng aku nak mandi..kan dah pedih mata kau..malam tadi pulak, dia takde dah skodeng masa aku mandi..aku kan suka cek dulu...huh, selamat aku..dapat mandi dengan aman dan lama-lama..

oohh, cik leepas,,dah-dah lah kau skodeng aku..skodeng lah orang lain pulak..nasib baik kau tak mati dikerjakan aku..panjang lagi umur kau..ingat tak kawan kau yang aku pukul sampai mati sambil aku menjerit sebab geli tu?nak jadi macam tu??nak??HAHAHAHA..gelak pembunuh lipas.


Saturday, June 26, 2010

warning beb, warning...haha

dapat warning mesej lah..tapi aku tak kisah sangat pun..just macam abaikan sajelah, sebab aku tau kat mana tempat aku dan aku memang tak salah..haha..


panjang lagi warning mesej ni lepas aku reply dan reply lagi..tapi tak dapat nak display all mesej kat sini lah..juz a little bit je..last-last aku tau kenapa dia bagi warning mesej tu..haha..

"mintak maaf kak..saya rasa akak patut mintak penjelasan dari dia sendiri..bukan saya yang harus dipersalahkan..saya tak tau apa-apa pun.."

(perkataan saya adalah kerana merasakan perlu bila berhadapan dengan orang yang lebih berusia dari aku dan konon-konon nya aku seorang yang bersopan dan santun...padahal......muahahaha)

last sekali aku abaikan apa sahaja yang akak tu cakap..jahat kah aku??ermm, rasanya takde lah jahat sangat kan??yang pasti, aku tak salah lah BODOH..ambik kau, dah keluar..mintak maaf lagi sekali..hahahahahahaha...



Friday, June 25, 2010

repur tu ape??

*** sambung lagi *** dari entri ni dan ini
malam lepas aku accident pagi tu..(maaf ayat aku macam k****g), kak long aku call, yelah aku kan merajuk membawa hati yang terluka ni dengan stay kat rumah ayah..kak long cakap malam ni lepas maghrib, abg aku datang ambik nak pergi rumah tok bomoh..aku pun macam, apehal pulak ni? kak long cakap nak sembuhkan semangat aku..tapi aku okey je sebenarnya, takde rasa takut sangat nak drive..tapi takpelah, kena ikut cakap mak aku okey..


lepas maghrib, abg aku datang bawak aku pergi rumah mok de nik, tok bomoh kat kampung aku je..mak aku dah siap bawak daun kelapa, lagi dua jenis aku tak tau daun ape..tau apa tujuan daun-daun tu?untuk repur aku..aku kena duk berlunjur (betul ke ayat aku ni?), lepas tu mok de nik tu hentam-hentam manja aku dengan daun-daun tadi lah yang dia dah ikat ketat-ketat..lama jugak lah, dalam 20 minit..kejap kat atas belakang, kejap kat tepi, kejap kat kanan..aku dengan jugak lah mok de nik duk baca ayat-ayat al-Quran..huh..bisa jugak lah kena hentam macam tu..mak aku pun cakap mok de nik hentam aku kuat-kuat..rugi tul tak tengok apa jadi kat belakang aku lepas tu..entah-entah dah berseni dah belakang aku tu..hehehe

aku tak pasti bahasa standard untuk repur tu, tapi family aku panggil aku macam tu..aku ikut je..ada tak sape-sape tau bahasa standard untuk repur?

Thursday, June 24, 2010

contest for contestant

dah kena dah..kena ape??kena tag je pun..time kasih banyak-banyak tau untuk aida..
so, bila dah kena tag, aku pun join la contest ni..nama contest ni adalah:

contest for contestant

syarat-syarat nak join contest ni senang je..

  • contest ni terbuka untuk semua peringkat umur..
  • kena jadi follower tau..untuk 2 blog kepunyaan tuan punya contest..

  • kena buat 1 entri khas untuk contest ni, and jangan lupa copy and paste banner ni(kat bawah ni)..link kan sekali ke blog 'my lovelly life'


  • 1 penyertaan untuk 1 picture saje je k..tak leh lebih-lebih..
  • gambar korang mestilah bersama dengan si comel..tak kira siapa pun si comel tu, anak ke, anak buah ke, anak jiran ke...asalkan comel.
  • senang je kan??lagi satu, lepas ni kena tag sekurang-kurangnya 3 orang kawan..lepas tu make sure lah, diorang tau diorang dah di tag.
  • nak tau kenapa sampai 2 hadiah?sebab korang kena jadi follower untuk 2 blog.

  • tarikh penyertaan berakhir pada 30 jun 2010
  • boleh informedkan penyartaan korang kat comment box...kena tinggalkan link sekali lah, kalau tak tak tau la kan..

ini adalah gambar aku dengan budak comell...adam harith..ni bukan anak aku walaupun ada iras-iras aku sikit-sikit..ni anak buah aku..hehe..comel kan dia??cik yah dia pun comel jugak kan?hehe..


nak tag 3 orang

adah
keyyah
dalila




angin

update kejap..
baru je sampai lab, semalam dah ponteng sebab hujan renyai-renyai tak reti nak berhenti tu.. tadi sebelum gerak dari rumah, cek dulu tayar motobot aku tu..tayar belakang kurang angin pulak..mane taknya, last isi angin masa last service motobot aku tu..bulan 3 kalau tak silap..gila lama..jadi dengan muka tak bersalah nya, aku singgah kat kedai motor..

uncle, nak isi angin boleh?

uncle tu angguk-angguk n dah siap..kejap je, tak sampai seminit...cuba aku nak isi sendiri kat pam minyak..dengan tak tau berapa banyak..lagi keluar ada lah angin tu..thank you uncle..uncle tu memang dah chop muka aku ni..memang kat situ lah tempat aku isi buang angin...sape-sape tak reti nak isi angin motobot tu, pergi je kedai motobot.tak payah malu-malu, tak kan dia nak marah pulak kan??

Wednesday, June 23, 2010

jatuh cinta padanya




cinta terakhir - aiman

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku

Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku

Satu antara seribu

Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan

Mungkin kan terlerai tanpa ikatan

Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan

Berakhirnya cerita percintaan

Segalanya ditentukan Tuhan…

p/s : jatuh cinta dengan lagu ini..rasa nak ulang banyak-banyak kali..syahdu je dengar..:)


dapat jugak merasa

akhirnya isi-isi buah durian itu sudah berada dalam perut aku..hehe..suka aku leh makan durian walaupun sebelum tu macam malu-malu meowww..tq to adah, ajak aku makan.haha..leh aku merasa durian..aku tak beli tau, tapi orang meja sebelah bagi..mula-mula aku jual agak mahal padahal hati meronta-ronta nak makan durian tu..yelah, tahun ni tak dapat merasa lagi..al kisah bermula, bila aku nampak kawan-kawan dari meja sebelah tu pergi dan datang balik membawa 2 bijik durian..kebetulan aku memang mengadap diorang..

si nouvo hitam : " adik, nak durian?"..sambil tunjuk durian kat aku..

nasib baik panggil aku adik, terasa lebih muda dengan panggilan itu..hehe..

aku : " eh, takpelah..makanlah"..sambil aku makan bihun tomyam aku..

beberapa minit lepas tu..TING..

gambar ihsan google sajork..

magik..bila ada sorang mamat tu antar pulak separuh dari durian tu..terus kat atas meja..aku dengan adah dah terkelu..diam, pastu senyum-senyum berdua..wahaha..nak makan durian tu 1 hal pulak..malu lah, sebab mamat-mamat tu still ada lagi..nak bawak balik kan macam melampau..so, aku cakap dengan adah..

" aku bukak ni, kau makan tau?"

padahal aku memang teringin sangat-sangat..adah makan 2 ulas je, yang lain aku habiskan..

bijik durian aku masukkan dalam mangkuk bihun tomyam, kulit pulak tinggal kat atas meja tu sebab takde tong sampah kat kedai mak long..sempat jugak cakap dengan mak long, tinggalkan kulit tu..mak long senyum je..tak lupa jugak aku ucapkan tq kat mamat-mamat tu..lain kali bagi lagi tau..haha..



Tuesday, June 22, 2010

melepak je kerja kami

masih cerita kat kampung hari tu..cuti sekolah kan?aku pun cuti la..kak ngah aku buat kenduri sikit..kenduri akikah sekali kenduri masuk rumah baru..tapi aku dengan nor(adik aku), sampai dah petang dah..hehe, sebab aku pergi kenduri kawin kawan aku..nor pulak pergi latihan memandu..so, kerja aku hanyalah melepak je..sekali sekala, kak ngah panggil suruh bungkuskan lauk..dah siap bungkus lepak lagi..hehe,sambil tu snap-snap gambar lah aku adik beradik..


kakak aku, jah..apsal lah buat muka macam tu??


nor tunjukkan gigi nya..


aku pulak senyum macam takde gigi..wahaha

tu je nak cerita, malas nak tulis panjang-panjang lah..lagipun pagi ni hujan, lagi lah perasaan(perasaan ke) malas tu bertambah-tambah..ok,BYE.

Monday, June 21, 2010

sambungan

sambungan entri sebelum ni pasal aku accident tu..
salah aku kot kan??aku belah macam tu aje..akak aku ambik aku kat pekan lepas aku call tu..bawak balik rumah mak aku..adeihh..penat tul kena bebel dengan kakak-kakak aku..dari dalam kereta sampai rumah mak aku pun tak berhenti-henti..sakit otak aku ni..mak aku lah orang paling risau, kesian tengok dia..mintak maaf ma, tak berniat pun nak buat ma risau..

mak aku call la jiran aku yang tau pasal accident tu..cakap budak tu takde lesen, and of course la tak boleh buat report polis kan??boleh buat, tapi dia tetap akan kena denda lah..form 2 bawak motor..aku accident tu kat dalam kampung je pun..dalam 1 km je dari rumah aku..

dapat call dari abang aku..terasa sangat bila abang aku cakap macam ni lebih kurang

" macam umur 4 tahun, tak leh nak pikir..hari tu dah buat masalah, sekarang nak buat masalah lagi "

" menyusahkan semua orang"

perasaan aku masa tu rasa macam..huh, malas dah balik rumah ni..kebetulan, abang ngah dengan abang long ajak aku g rumah ayah..g bincang tentang ni..aku ikut je lah, bawak purse dengan handset je..bincang-biincang dengan ayah..ayah cool je, takde nak marah-marah aku pun..ayah cakap takpe lah, ayah settlekan..sebab ayah budak laki biol tu kawan dia jugak..aku iyakan je lah, aku nak bayar pun takde duit jugak kan..

tenang je bila duk rumah ayah..takde orang nak bebel-bebel kat aku..aku stay rumah ayah malam tu sampai esoknya..tak nak ikut abang-abang ipar aku balik rumah ma dah..penat lah dengar akak-akak dan abang-abang aku duk bebel-bebel benda sama..cukup sekali dah la bebel tu..aku memang tak suka dengar..

malam lepas accident tu mak aku ajak aku pergi rumah tok bomoh..serammm..




baru nak cerita

(baru nak cerita)
aku accident 2 hari sebelum aku kembali ke melaka..macam syial je budak laki tu..bodoh..dah sebesar-besar kereta yang aku bawak ni kau tak nampak lagi..padahal aku bawak kancil je, tapi tetap lebih besar dari budak tu yang bawak motor..yang aku geram, aku dah duk setepi-tepi jalan nya..nak bagi ruang dia lalu..tapi tetap nak langgar aku..kenapa?sebab dari jauh aku tengok dia duk pandang bawah..aku siap berhenti kan kereta lagi..tapi..KEBABOOM..ambik kau..

first time aku accident macam ni..kemek bonet kereta dengan pintu..bodoh punya orang..aku pun tak tau apa yang budak tu khayalkan..last-last mak cik yang angkat budak tu suruh aku jalan..aku pun jalan je ke pekan..lama jugak duduk situ..takut sangat, menangis tak berhenti lah aku masa tu..aku accident kul 11, dalam pukul 1 baru aku telefon akak aku bagitau..tapi semua orang menyalahkan aku..sedih gile babeng masa tu..ye kot aku salah, sebab belah macam tu je, tapi aku tak bermaksud pun..aku takut weiss..duk melalak je tak berhenti..

nanti aku sambung lagi..apa jadi dengan aku..

muka pasrah kena marah..(tipu, ni bukan lepas kena marah)


Sunday, June 20, 2010

macam ada 2 bini..hehe


SELAMAT HARI BAPA UNTUK AYAHANDA TERCINTA DAN TERSAYANG
MOHD SHAFIE BIN NGAH

terima kasih untuk semuanya..jasa dan baktimu ku kenang hingga akhir hayat (ayat tak nak kalah)
jarang balik rumah ayah, sebab takde adik beradik kat rumah ayah..kalau balik pun aku tido, makan, tengok tv..tu je aku buat..hehe..kalau boring, start kereta balik rumah mak jap..lepak-lepak, sembang-sembang..dah petang dekat nak malam, start kereta balik rumah ayah semula..

p/s :kena pandai bahagikan masa bila ada dua rumah, macam orang ada bini 2 lah..HEHEHE

aduhai..bawak motor sambil terbang adik aku ni..

heheh..teringat kat adik aku, nor..
masa aku balik kampung ari tu dia tengah ambik lesen motor and kereta..tapi dia tak berapa nak reti bawak motor, so dia prefer untuk settlekan lesen kereta dulu lah..dah tinggal 3 jam lagi kot untuk kereta tu..tapi, entah macam mana hari tu dia beria nak pergi buat latihan untuk motor sebab kawan dia ajak..

balik je dari 'bitara' (bitara tu tempat orang ambik lesen lah), dia bebel-bebel kat dapur..
yang sebenarnya dialog di bawah ni adalah slang ganu, tapi takut korang tak faham je, so aku tukar..hehe..

nor : nor tak nak ambik lesen motor..

aku : nape pulak?

nor : tadi nor terbang bawak motor..

aku : terbang kenapa?

nor : tadi dekat nombor 8 tu, nor nak brek tapi terpulas minyak..teruslah terbang sampai kat tempat orang nak naik titi tu..

aku : hahaha (aku gelak jahat)..lain kali guna lah brek kaki..

nor : nor lupa nak guna brek kaki..malu lah, semua orang tengok..lepas tu, nor terus je naik titi tu dengan laju..takde dah nak ikut peraturan...

aku tak leh nak bayangkan macam mana nor boleh terbang macam tu,,agaknya dia ternaik atas divider nombor 8 tu..tapi yang pelik nya, takde pulak dia jatuh..pandai imbang badan dia..dia punya telinga berfungsi dengan baik lagi lah tu kan??telinga kan berfungsi untuk keseimbangan..
kalau tak caya, tengok wikipedia pasal telinga ni..

hehe..aku pun tak tau apa kesudahan lesen motor dia tu..hope success la..3 julai ni dah kena g usm penang adik aku tu..aku tak dapat ikut lah..sobsob..

Saturday, June 19, 2010

cutenya blog aku

dapat award..malam-malam macam ni rasa rajin pulak nak menulis..heee..terima kasih untuk cik shaa bonitaa (pelik tul nama, macam la isla bonita)hehe..jangan marah tau..gurau-gurau..


cutest blogger award gitu..terasa kecutetan tiba-tiba, bukan aku tapi blog aku lah..aku tak cute tapi hot..kuang kuang..boleh macam tu?okey, time to answer the questions pulak..

1. Give thanks to the blogger for this award and tag.
okeh, lagi sekali ucap terima kasih to cik shaa bonitaa..dua kali dah tau..

2. ROLLERCOASTER AND CHILDREN AT THE PLAYGROUND. make 15 words from the sentence above. Dont repeat the words n make sure have meaning.
**play**roll**eat**ground**coat**run**your**chill**round**red**year**drain**train**ten**read**
cukup 15, macam main game BOOKWORM pun ada jugak..

3.
Put your transport picture when u go to school,work or campus.
jap aku google, takde lah gambar transport aku.nah, motor mak tiri aku..tapi takde lah baru macam ni, dah buruk pun..tapi ada aku kisah, asalkan aku senang nak ke mana-mana..

4.
Put your fevret sandal or shoes.

ini bukan selipar jepun semata-mata tau


5.Where do u get this banner tag. ( sender picture )

banyak jugak gambar cik shaa ni, so aku ambik yang ni je..takpe kan?sebab tag ni yang suruh buat macam tu..

6. kena pass kepada blogger yang lain..
adah
keyyah
misdalila
syikin
gadis ini

kalau ada sape nak jawab pun sila lah..no hal punye..


dunia baru reunion

dah tengok dunia baru reunion belum?
dah episod 6 dah,tapi apsal aku lambat sangat tau ek??
ermm..tapi tak se best dunia baru musim pertama dan ke 2 lah..
sebabnya, dunia baru reunion ni leh tengok dekat gua.com.my je..

hari isnin, rabu dengan jumaat je leh tengok..
dah lah 'secoet' je..'secoet' means sangatlah pendek or sikit je masa nya..
tau je lah kan, bila tengok kat gua.com.my, 5 6 minit sajork..
huhu..opie dah jadi gemookk, suzana dah kawin dengan orang kaya yang alim, anizah pun dah kawin jugak..sariah dah takde, jadi mariah pulak..tapi orang sama..hehe..anak madihah dah besar dah....tajul pun ade jugak..adif, erika, dan lain-lain tak keluar lagi...tunggu isnin pulak..
korang klik je sini ek kalau nak tengok..episod 6 terus..hehe, nanti reverse lah ke episod 1 ek??




Friday, June 18, 2010

sePHOTOGENIC manakah aku?

sebenarnya aku dah di tag oleh cik adah santai..so, aku pun join la contest photogenic ni..hehe

terma dan syarat-syarat adalah seperti kat bawah ni :
1. umur berapa pun boleh join contest ni...
2. gambar korang sorang-sorang je k..kalau ada org lain,kena reject terus!! jangan main-main ok..
3. gambar anda mestilar sePHOTOGENIC yg mungkin,nampakkan 'umph~'nya .. hee :p , xkesah ber"edit ke tidak" yg penting 'umph~'nya kena ada..
4. hanya sekeping gambar sahaja dibenarkn ok..tak payah letak banyak2..
5. kena jadi follower YEYEN aka IZYAN IZZATY
6. kena buat satu entri khas untuk contest ni, macam aku buat ni lah..lepas tu tag 3 orang kawan n jangan lupa pastikan orang yang ditagged tu tau die dah ditaggeg.
7. letakkan BANNER CONTEST yg ada d sidebar....gambar kat bawah ni adalah banner contest


8. tarikh tutup contest ini ialah 30 JUNE 2010 , bile dah tamat contest,baru hadiah akn deberitahu..

ayat yeyen
"mari akak abg adik ibu bapa join contest saye !! :) hadiahnyer mmg best,kalo saye anjurkn mmg best .. hihihi :p"

ni contoh jer pics yeyen yg photogenic ne [letakkn pics ni skali dlm entry anda]
anda explain ape yg menarik dlm pics anda n part mane yg anda paling suke dlm pics tuh .. senyuman ker , mata yg hot ker .. pape jer lar , make sure berkenaan dgn pics anda ok ?? :)

ni gambar yang aku pertaruhkan..tak tau lah photogenic ke tak..ke nampak gedik??

kenapa aku suka gambar ni??
1. sebab gambar ni aku ambik sendiri..biasanya susah kalau ambik gambar sendiri nak jadi photogenic, tapi kali ni photogenic pulak..hehe..perasan kena lah ade..
2.mata aku nampak agak kecik dan menawan di situ (boleh ke puji diri sendiri?) ...biasanya mata aku nampak besar..
3. nampak tahi lalat manis aku tu..kuang-kuang..manis kan?? 4.lagi satu nampak macam lawa je kening aku macam tu..hehe..perasan lagi..

siapa yang dah join contest ni, yeyen suruh tinggalkan link dan nama korang dekat komen untuk entri ni or kat kotak you tought.

aku nak tag lagi 3 orang ni..

cik tedi
mahira oya
ellis kacak




terpaksa

mencik betul aku..karang dah kena jejakkan kaki ke library lagi..sebabnya buku cerita manisnya cinta yang aku pinjam sebulan lepas dah kena booking..adeihh..malas betul nak g library semata-mata nak antar sebijik buku..tengok tu, dah tak boleh renew dah..so, kena rajin-rajin kan kaki untuk start motor yang dah tak berapa nak boleh pakai starter tu..kalau tak rajin alamatnya kena denda, 20 sen 1 hari..


sape yang booked buku cerita ni??meh pinjam dengan aku dah lah..malas betul nak g library..