:: follow me :: tq so much be my follower ::

Wednesday, June 6, 2012

kena buat sendiri

lagi 23 hari nak menuju ke 30 jun 2012..
weekend baru ni dah selamat beli tilam dan almari.. abes 1k dalam bank.. tinggal tak sampai k dah.. huhuhu.. dah cukup rasanya, tinggal nak hias hantaran je lagi.. bilik pun belum cat lagi tapi dah bagi duit kat ma kot2 ada yang nak tolong beli.. kalau takde, aku jugak la yang kena beli.. dan kena cat sendiri.. maklumlah family aku tak ramai lelaki.. yang ada semua kecik-kecik.. nak suruh cat?? mintak maap lah, hancur lebur lah jawabnya.. jadi nak tak nak, memang kena buat sendiri lah.. =( sedikit penat sebenarnya tapi adatlah kan?? nama pun nak kawin, bukan sikit nak kena sediakan..

insyaallah, jumaat sabtu ni akan aku cuba siapkan cat bilik.. boleh punya.. siling pun aku boleh cat apatah lagi dinding.. tak sabar nak masukkan perabot ke dalam bilik.. barulah tak penuh kat ruang keluarga tu.. ikutkan hai nak je mintak tolong bakal suami, tapi tak sedap pulak.. tak kan nak berkampung kat rumah aku kot.. takpelah, aku cuba buat sendiri.. dan buat sehabis baik..


 p/s : bestnya kalau ada duit banyak.. boleh upah wedding planner buat semua.. sigh..

2 comments:

  1. takpe kak. kalau buat sendiri lagi puas hati. hee.
    try la usha2 kat google interior design yg cantik2 utk kawen. huhu

    ReplyDelete
  2. tq iqa.. hrap2 kepenatan ini berbaloi...hehehe

    ReplyDelete