:: follow me :: tq so much be my follower ::

Saturday, July 31, 2010

main belasah je..tapi sedap


amacam?? nampak macam sedap tak??
lauk ni lauk orang bujang je tau.. ayam goreng kunyit main campak-campak je..
dah 2 hari berturut-turut aku makan lauk ni.. duk soranglah katakan.. main belasah je.. tapi sedap okey.. boleh pulak puji diri sendiri pandai masak kan??

lagi best bila letak cili padi.. memang mengancam abes.. pastu masuk sekali asam keping, biar rasa masam skit.. tapi aku paling suka cili padi tuh.. berasap... lepas makan minum air hijau dalm peti ais tu, air hijau tu air perasa pisang..

p/s : ari ni nak masak pe lagi ek??ada ayam dengan telur je... tak kan ayam goreng kunyit main campak-campak lagi kot..

Friday, July 30, 2010

imam muda unggul

IMAM MUDA

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan,

asal Pulau Pinang,
lahir pada 12 Februari, 1984,
usia 26 tahun
sudah berumahtangga
bertugas sebagai seorang Imam
berpendidikan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Usuluddin dan Fikah, dari Univeristi Malaya, Kuala Lumpur.

tahniah kepada imam muda ASYRAF

p/s: sayu je dengar imam muda hizbur dengan imam muda asyraf mengaji berlagu tadi.. tenang je..



duk sorang-sorang

selamat pagi..
bermula lah episod boring.. semua roomate aku balik kampung sudah... tinggal lah aku sorang-sorang terkontang kanting kat rumah ni.. bila duk rumah sorang-sorang, mula lah aku malas nak keluar pergi mana-mana.. duk rumah layan tv layan internet.. sampai baring pun kat depan tv dah.. bukan setakat baring, tido malam sekali.. haha.. lanyak aku punya teddy bear tuh.. dah lembik dah dia sekarang..

mr tedi aku.. pink color.. gambar ni dah lama, so mr tedi tegap dan berisi lagi.. sekarang dia dah lembik dah.. tiap-tiap malam aku lanyak dia mana tak jadi lembik dan kurus kan?? haha.. kejap kat kaki aku letak, kejap kat kepala, kejap kat badan.. kadang-kadang aku peluk dia tertonggeng..kaki kat atas, kepala kat bawah..
(tapi muka dia tetap senyum kan?)


pagi ni aku breakfast dengan cekodok ikan bilis dengan nescafe 3 in 1.
ari ni nak masak ape ek?? ermm, masak telur dah lah.. semalam dah masak ayam.. duk sorang-sorang kan?? main belasah je lah..

ok..terpaksa keluar kejap lagi.. ada hal yang wajib disettlekan.. haisshh.. dont like.. :(

p/s : bukan tak nak balik kampung tapi fulus tak cukup.. tiket pergi balik dah RM100..

Thursday, July 29, 2010

godek-godek jumpa..

godek-godek hard disk aku..
HAHAHA..gelak sorang-sorang aku..(bukan gila)

*

*

*

*

*

*

sebab ni ha...


comel je kan??zaman kanak-kanak riang..
muda trang tang tang tang..
kenapa dengan butterfly tu??
something wrong somewhere lah..
kenal ke diorang??
haha..
adah, ekin dan d... jangan marah ek...ampun..
kan comel kita tu... kan kan??


Wednesday, July 28, 2010

tadi ke semalam??

INTRODUCTION

muka sebelum bertolak, ni senyum paksa sebab tunggu mat yen sampai 2 jam.. gila meroyan jap aku..

NAK G MANE??

semalam (ke tadi?), semalam lah, sebab dah masuk hari lain..huhu..misi mencari kerja kat ADTEC, alor gajah, melaka..ada open interview....tapi takde happening mana pun.. sebab tempat dia kecik je.. lagipun tak banyak company yang tawarkan position yang aku nak.. haha, demand kah aku??


tunggu mat yen isi borang.. lambat (bukan lembab) gila mamat ni isi borang okey..aku dah isi 2 borang siap, dia 1 pun tak siap lagi.. last sekali aku yang isi kan untuk dia.. sebab dah hampir pukul 3 belum lunch lagi..ni gara-gara tunggu mat yen lah ni..

adoii, susah jugak lah nak cari kerja ni.. jadi bak kata HR Konica Minolta tu, just depositkan resume.. so, depositkan lah resume kat company-company yang aku rasa ade kaitan dengan aku..


tengok cik keyyah pun tengah bengang tu..sebab perut dah bernyanyi lagu bengang by akim.. haha.. memang semuanya sebab mat yen..ampun mat yen kalau kau baca blog aku..tapi aku dah membebel siap-siap dah kat dia tadi..

akhirnya boleh jugak melantak nasi goreng cili padi sebelum balik tadi.. semua makan tak ingat dunia.. balik-balik je kepala aku dah weng-weng sebab makan lambat.. aku tak boleh makan lambat okey, masuk angin terus sakit kepala terus loya-loya.. kalau kena hari, siap muntah..


Tuesday, July 27, 2010

kak vee cantikkan gigi

Kak Vee suria fm cantikkan gigi...bergosip pulak aku..
Menurut Kak Vee, ia bukan satu pembedahan ya, KakVee cuma buat teknik perubatan gigi yang dinamakan Veneer. .Ianya hanya satu lapisan gigi palsu yang diletakkan di hadapan gigisebenar. Tapi hati-hati ya, kalau pakai veneer ni, kenalah patuhi pantang larangnya. Seseorang itu tak boleh minum kopi dan beberapa jenis makanan lain. Kalau langgar pantang larang ni, alamat habis la rosak gigi tu.Jadi, berapakah kos untuk buat Veneer ni? RM50 untuk sebatang gigi.Itu paling murah. Bayangkanlah berapa RM yang Kak Vee laburkan untukbuat veneer ni bagi kesemua giginya.

layan gigi baru kak vee..hehe..tapi memang cantik lah..tersusun je...putih bersih lagi..sengih je la lepas ni kan??hehe..nak tayang gigi cantik tu..



nak baca lagi?? klik SINI ... aku terbaca semalam..

p/s : yang ni rupanya kak vee..aku pernah dengar suara dia macam lelaki kat suria fm.. tapi memang dia lelaki pun..hehhe..tapi nape dipanggil kak vee?? ermmm, fikir-fikir kan lah.. ahaks..

Monday, July 26, 2010

untuk kamu.. : )

hayati lirik lagu ini.. mr driver aku beria suruh aku carik.. dia cakap lagu ni sesuai untuk ex boypren aku yang ala-ala giler talak tu..kalau lah dia baca blog aku ni kan??tapi tak kan punya lah..dia kan buta IT...haha..oopss, maaf..bak kata mr driver aku, lagu ni keras tapi liriknya sesuai untuk orang giler talak..haha, keji gile ayat aku.. :)

ALASAN
by: AMUK

Sejarah tak mungkin berubah
Biarpun airmata tertumpah

Sekali terluka bertahun kurasa
,Bisanya tak mungkin kan hilang
Dipandang semakin terkenang
,Asmara kita terpadam apinya
Perang kerinduan dalam bara cinta,Sepi dan tak mungkin membara

Jangan kesal berakhirnya cinta
,Kerna itu kau inginkan
Aku yang setia dia yang kau puja
,Kesal apalagi perpisahan

Di kamar hatiku dia yang menunggu
,Untuk apa aku menantimu
Tak guna kau tangiskan
,Sesal dengan kepedihan
Kerana pintu hati ini,Tak mungkin terbuka kembali
Kalau ada rindu padamkanlah saja
,Tak mungkin aku menerima
Biarlah sejarah cinta kita dulu,Menjadi kenangan lalu
Walaupun kasihmu padamu
,Bagai jatuhnya embun kedaunan
Namun hati ini sedikit pun tidak,Berdendam denganmu selamanya

Biarlah kita tidak bersama
,Tapi ku masih bertanyakan khabar

Hati masih sayang bukannya kekasih
Cumalah bak teman biasa



maaf ye wak, cukuplah kita hanya kawan..




Sunday, July 25, 2010

nasib baik sekali sebulan je..

haihh..
sebulan sekali semua benda akan jadi tak kena..

nak marah orang je..
ade lah seorang insan yang tak bersalah akan aku benci.. maafkan aku.. :(
nak makaaaaannnn je.. malam-malam pun rasa nak makan lagi..
mula mengidam nak makan macam-macam lah..kalah orang pregnant..
emosi tak stabil, cepat je air mata ni nak meleleh..
cik je tumbuh kat muka aku ni ha..adeihh..sakit tau, nak-nak tumbuh dalam telinga..

yang penting semua benda yang pelik-pelik akan jadi sekali setiap bulan..


korang macam mana ek??



Saturday, July 24, 2010

aku dan rayban

thank you cik keyyah sebab mengetag aku..hehe


Syarat2 contest :
  • Mestilah warganegara Malaysia sahaja tanpa mengambil kira had umur
  • Terbuka kepada blogger lelaki dan perempuan
  • Korang mesti mempunyai blog sendiri bagi memudahkan sesi terjah blog...
  • Tidak diwajibkan menjadi follower Caer ....tapi credit diberikan pada sahabat2 yang sudi beramah mesra dengan caer
  • Mesti memakai kaca mata yang menampakkan korang yang stylo , macho , anggun....ngeh3
  • Gambar boleh edit tapi jangan terlampau menonjol....
  • Copy banner contest dan linkkan terus pada banner contest....terpulang sama ada nak letakkan dalam entri atau pada bahagian sidebar blog korang....kalau buat dua2 lagi baik...
  • Tinggalkan kesan kat ruangan comment box yang siap dilinkkan bagi memudahkan proses terjah blog korang.
ada url yang caer bagi..so terjah la blog CaeR..
  • Tag 2 orang sahabat blogger pada akhir entri
  • Tarikh tutup contest : 1 September 2010

haha..
gambar paling cool dan anggun dalam koleksi kot..

aku tag 2 orang..
cik aida comel
misdalila


Friday, July 23, 2010

terjumpa hutan rekreasi paya bakau

weekend hari tu berjalan sampai ke negeri sembilan(gila simpan entri ni dah dekat seminggu), cehh.. port dickson je pun or lebih glamour dipanggil PD... saje pusing-pusing menghabiskan minyak yang baru naik 5 sen tu..balik dari PD tu, nampak ada satu hutan rekreasi ni.. aku lupa dah nama dia.. betul-betul kat sempadan melaka/negeri sembilan...

apa orang panggil ni?? aku tak tau...tapi yang pasti nya boleh jalan-jalan atas ni sambil menikmati keindahan alam.. tenang je kat sini..ada ikan belacak je kat dalam paya bakau ni..

seronok bergambar kat sini.. seronok kan?haruslah ada gambar aku kan?hehehe.. banyak betul aku posing kat sini, sebab jarang dapat datang tempat macam ni.. nasib baik ada orang nak bawak..

dah kena patah balik.. pendek je rupanya tempat jalan kaki ni.. tak puas berjalan, dah kena patah balik.. dari hujung ke hujung.. siap ada hostel kat depan.. tak tau untuk apa..

ni pose paling maut kot.. bergambar dengan kereta mr.driver aku je lah.. hahaha.. pose ni aku buat setelah dipaksa oleh mr..driver aku.. nampak sangat statement salah kan?? haha,pose sendiri sambil dibantu oleh mr.driver lah..

p/s : kereta awak nampk cantik walaupun dah lama tak basuh kan??hehe..sebab hujan je manjang..



Thursday, July 22, 2010

jom ke melaka mall

Pameran Pengantin 2010
Melaka Mall, Melaka
20 - 25 Julai 2010


teringin jugak nak pergi weekend ni.. mesti cantik-cantik semuanya..
jom-jom..
tak nak kawin lagi pun takpe, just cuci mata..


p/s : puasa separuh hari je hari ni, lepas tu ke laut cafe... tak tahan lah perut ni..

707

maaf yer..
emosi aku tak berapa nak betul dah..
faham-faham je lah, sekali sebulan..
hoho..
penat mengadap coding..
nak mengadap 'miami ink' pulak..
tau apa 'miami ink'?
bukak 707 sekarang..
entah kenapa suka sangat tengok diorang mengukir lukisan di badan..
tapi aku tak kan sesekali mencuba..
HARAM..


p/s : LA ink pun aku suka tengok jugak.. :)



Wednesday, July 21, 2010

senyumlah selagi termampu..


mood untuk ke lab sudah takde lagi dah...
isnin... tak pergi lab pun..
selasa...tak pergi lab jugak..
rabu.. tak tau nak pergi ke tak..
sebabnya, malam maybe ada discussion dengan en duen..
khamis & jumaat??
duk rumah je lah..sebenarnya, study kat rumah lagi best lah...
minggu ni aku sangatlah rajin belajar di rumah..
alhamdulillah..
mengejar masa yang sangat-sangat cemburu dengan aku??
apehal kau cemburu sangat??
aku takde pun ngorat balak kau...
hehe..


senyumlah selagi kau berdaya SER..
walau perit macam mana pun kehidupan aku..
terpaksa aku tabahkan hati..

" hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi"
"hadapi dengan tenang jiwa, semua kan baik-baik saja"

(◕‿◕❀)(◡‿◡❀)


Tuesday, July 20, 2010

terbaik punya..

ni juadah tengahari aku sabtu yang lepas... lame duk perap kan?? dah masak ranum dah.. dah boleh basi pun..hehehe..

abaikan meja kotak agilent itu
[pujaan hati penghuni-penghuni rumah kitorang bila nak makan mengadap tv..]

nasi ayam terbaik..
nasi sedap, ayam sedap, sambal sedap, sos kicap sedap, sup pun sedap..
memang best la nasi ayam dia, takde lagi yang boleh lawan kot..
kedai nasi ayam ni akan menjadi tumpuan aku kalau malas nak makan megi kat rumah..
start motor, tak sampai 5 minit dah sampai..
tapau je lah.. malu nak makan kat situ sorang-sorang..
nak try tak??kat pekan durian tunggal... haruslah di bumi melaka kan??
kalau ada sape-sape nak try leh roger aku..
pastu pandai-pandai lah open table untuk aku..

ω 

p/s : tiba-tiba promote nasi ayam durian tunggal pulak.. kena mintak komisyen kat tokey dia ni.. kurang-kurang bagi aku makan free bila aku g sane kan??haha..


Monday, July 19, 2010

dah patah..

dah patah dah wiser kat helmet aku.. uwaaa..
takde duit lah nak tukar wiser baru..
aku letak je tape dulu.. harap-harap tahan la sampai dah ade duit.. tak pun tahan sampai bila-bila lah.. bila dah letak tape ni, dah tak leh nak gerak-gerak dah wiser tu.. tutup je muka tu.. beli nasi ayam pun tak bukak helmet, so memang tertutup je lah muka aku...
takde ke yang nak sponsor wiser baru kat aku??
(mintak simpati)

p/s : helmet SGV je pun.. helmet apollo aku kena curik kat pejabat pos.. huh, mencik betul..


Sunday, July 18, 2010

hebat sangat ke tunjuk jari tengah tu??

petang tadi selepas jalan-jalan cari ketenangan, (cheewah tenang abes la kan..), singgah kejap kat mydin mitc.. stok maggi dah abes... so, singgah kejap.. nasib baik masuk-masuk je terus dapat parking, kebetulan ada orang nak keluar.. tu pun masuk je walaupun tak boleh masuk.. nak parking dekat punya pasal.. syukur-syukur, sebab takde kereta lain pun yang menunggu..

tiba- tiba aku nampak kereta viva kat sebelah aku ni (kereta ni parking bukan kat tempat parking, just kat tepi je).. sekali nampak driver tu tunjuk jari tengah dia tu kat satu kereta myvi depan dia.. tau apa makna jari tengah tu??hehe...orang putih panggil 'f**k' ... hebat sangat ke tunjuk jari tengah tu?? mentang-mentang la driver kereta myvi macam nerd je.. kalau ye pun nak marah, tak payah la nak tunjuk kan jari tengah tu kan?? agaknya, myvi tu tak perasan viva yang tak sopan tu tengah tunggu.. benci aku dengan orang yang macam tu.. masuk dalam mydin jumpa pulak si driver viva tu.. aku cepat cam orang okey..

berlagak nak mampus kan??



aku bom sekali baru tau.. hehe.. oleh kerana terpaksa ikut trak askar yang bawak meriam ni (betul dah kot meriam) dengan slow and steady, aku snap lah gambar ni tadi..


p/s : aku dah pesan siap-siap kat mr driver(jangan marah ye?) aku, jangan nak gatal-gatal tunjuk jari tengah tu kalau marah.. sangat benci okey..


Saturday, July 17, 2010

hitam itu menawan

contest lagi.... hehe.. time kasih tau untuk cik aida sebab tagged cik sersire.. hehe..
tajuk contest ni adalah hitam itu menawan..



syarat dan peraturan nye :
  • menjadi follower missyaniabdullah..
  • gambar mesti hitam putih..korang edit la jadi hitam putih
  • gamba bebas janji hitam putih..
  • buat entry khas dalam blog korang kenapa korang suka pic itu dan linkkan kepada belog missyaniabdullah
  • kena letakkan banner contest di side bar belog korang...and mesti linkan pada belog missyaniabdullah
  • sila tinggalkan link korang di bawah contest ini..senang nak usha
  • tag kan kepada 5 rakan blogger yg lain
  • contest bermula pada 1hb Julai 2010 - 31 Julai 2010..keputusan akan diberitahu seminggu dr tarikh tutup.
  • hadiah menanti anda : 1st place - album gamba 2nd place -coklat

gambar hitam putih yang aku nak pertaruhkan adalah gambar ni...

..senyuman itu..
ni bukan aku, ni adalah anak buah aku, dhiyauddin darwish.. sebenarnya gambar ni dah sedia hitam putih, aku tak edit pun.. maybe ibu dia dah setting camera siap-siap kot.. aku rasa gambar ni cantik sangat, sebab darwish sangat comel dengan aksi macam tu.. boleh kan jadi model kanak-kanak.. darwish pandang apa tu??sengih-sengih comel.. adeihh, senyuman tu lah yang buat aku rindu-rindu je kat dia..


ermm, kena tag orang ye..




Friday, July 16, 2010

duyung cantik vs duyung tak berapa nak cantik

dah macam-macam duyung dah keluar sekarang..
si cantik maya karin dalam filem duyung.. memang sangat sesuai jadi ikan duyung.


si cantik dyesebel.. cantik bukan??


yang ni pulak macam-macam ada.. cantik, hensem, berlipat-lipat... oopss, terkutuk pulak. maaf.. ni duyung aridinata.. aku tengok sekali je, so tak tau lah macam mana kisah dia.. seksi meksi lah.. rozie rashid tu sangatlah seksi.. adoii.. tak sanggup aku nak tengok lah.. cerita ini ada di slot lagenda kat tv3 tak silap aku.. pukul 4.30 petang..

last sekali adalah dugong.. cerita jadi dugong tak nak ke diorang buat??hehe..


pictures kredit to google..

tak sngaja makan..

tak sengaja makan di sini.. di mana??
tekalah sendiri...

ada coke...coke ke pepsi ye??haha, lupa sudah.. ada chicken soup for today and also two plates with two pairs of spoon, fork and knife.. (nak speaking sikit)


this is spaghetti bolognese with chicken meatball.. and who's that gurl which wearing the kotak-kotak blouse?? guess who?? answer pliz..broken english..haha


ini adalah jawapan di manakah kitorang termakan tadi kan??pizza dan semestinya makan di pizza hut tadi.. bukan sengaja nak menghabeskan wang ringgit yang dah makin lama makin kering ni, tapi secara tak sengaja okey..


p/s : dapat ke tak??