:: follow me :: tq so much be my follower ::

Thursday, April 1, 2010

solat sunat hajat

teringat satu ceramah agama yang aku sempat attend masa balik kampung hari tu..aku malas sebenarnya nak g dengar ceramah ni tapi akak-akak aku (jah n kak ngah) join, so aku join jugak la..mengaku tu..hehhe..semuanya perempuan, mak orang ada bini orang ada and aku of course anak dara orang..puan penceramah tu berkongsi satu rahsia dengan kitorang semua..(penceramah ni sedara aku jugak, teh yah aku panggil walaupun dia dah pangkat tok dengan aku)..teh yah ni cakap, sebelum berkahwin anak perempuan dia dah buat solat hajat selama 2 tahun..tau tak apa hajat dia??dia berhajat nak dapat suami yang soleh..and sampai sekarang, suami dia tak pernah nak tinggikan suara dengan dia..best kan??sejak aku dengar ceramah tu la, aku rasa pilihan yang aku buat ni tepat..sebab mungkin si dia tidak ditakdirkan untuk aku..insyaallah, aku akan cuba buat apa yang disuruh oleh teh yah..tak salah kan kita mencuba??untuk masa depan kita jugak..aku sempat google jap tadi..macam mana nak buat solat hajat..(aku pernah buat baru2 ni, untuk tenangkan hati..insyaallah lepas ni aku akan amalkan)

solat sunat hajat

dilakukan sebanyak 2 rakaat seelok-eloknya selepas kita bangun malam, selepas solat sunat Tahajjud dan Solat Sunat Taubat.

Caranya,

Niat: Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.

Rakaat Pertama: baca Al-fatihah dan Ayat Qursi(7 kali bacaan)

Rakaat Ke-dua: baca Al-fatihah dan Surah Al-Ikhlas (Qulhuwallah hu ahad) (5 kali bacaan)

Semasa sujud yang terakhir sebelum duduk tahiyat Akhir, doalah ke hadrat Ilahi apa sahaja hajat (pastikan hajat yang baik). Semasa berhajat, eloklah kita sebutkannya di dalam hati tanpa menzahirkan suara. Selepas solat elok kita terus berzikir mengingati Allah, atau teruskan dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran sehinggalah waktu Subuh.

InsyaAllah,apa yang aku kongsi ini mendekatkan diri kita kepada Allah..amin.

aku bukan la baik macam ustazah..jahat jugak..tapi tak salah rasanya aku berkongsi..untuk aku dan juga korang2 yang baca blog aku..sapa tak nak suami soleh kan??doakan aku jugak k..

2 comments:

  1. info yg baek nih..nk wt jugak la..walau diri ini xbaek tp nk juga suami yg baek...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..moga amalkan selalu...yg wajib jgn lupa...

    ReplyDelete